Bengkel Grafik Asas Adobe Illustrator di Bangi Gateway
Alhamdulillah. FULL HOUSE! Selesai Bengkel Grafik Adobe Illustrator di Bangi Gateway kelmarin. Terima kasih semua yang sudi gilap kemahiran grafik dengan kami terutama yang datang jauh dari Pahang, Kedah, Melaka dan Johor. Semoga tuan/puan terus maju ke hadapan! InsyaAllah.
- Published in Uncategorized
Bengkel Adobe Photoshop (Beginner) di PPAS Shah Alam
Selesai sudah Bengkel Adobe Photoshop (Beginner) kelmarin. Sambung lagi 2 minggu, 25hb untuk Bengkel Advanced Photoshop. Seat ada lagi kosong. Berminat, sila pm kami.
Tak kira anda mahasiswa, usahawan, lepasan ijazah atau bekerja dalam apa jua bidang, atau nak belajar sekadar hobi, atau isi masa lapang kami sedia membantu.
- Published in Uncategorized
Menuju ke Alam Lensa bersama Mahasiswa UPSI
Alhamdulillah, hebat mahasiswa UPSI. Bengkel khusus photo editing menggunakan aplikasi Adobe Photoshop dan video editing menggunakan Adobe After Effects ini sangat mengujakan. Ada di kalangan mahasiswa Sains Komputer turut hadir. Pelajar Muslim dan Non-Muslim tak kekok untuk sertai, belajar bersama kami untuk kuasai dua perisian ini di Bilik Seminar Pusat Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dan… Setiap kali program di UPSI, jumlah peserta mencecah 100 orang! Penat tapi bersemangat dan seronok bila ramai-ramai macam ni. TAHNIAH penganjur, Al-Mursyidin Club!
Semoga bermanfaat!
- Published in Uncategorized
Bengkel Grafik Asas Adobe Illustrator di Kg Sri Aman, Puchong
Alhamdulillah, Bengkel Grafik Asas Adobe Illustrator bersama masyarakat Kg Sri Aman, Puchong berjalan dengan jayanya pada Ahad lalu. Terima kasih kepada JKP Zon 12 MPSJ di atas jemputan dan juga para peserta di atas komitmen dan ketekunan belajar sehingga tamat program. Semoga bermanfaat.
- Published in Uncategorized