MODUL 1
Workbook dan data
Urus worksheets, formats, ranges dan tetapan cetak. Kenal pasti data tidak konsisten sebelum analisis.



TARBIAH KREATIF (002894685-V)
+60175658397
Email: admin@tarbiahkreatif.edu.my
Tarbiah Kreatif
12868 Jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah, 21300 Kuala Nerus, Terengganu
KURSUS & PERSEDIAAN PENSIJILAN · MALAYSIA
Microsoft Office Specialist: Excel Associate (Microsoft 365 Apps)
Data kerja yang tersusun dan mudah dibaca.
Kursus Microsoft Excel MOS untuk mengurus data, menggunakan formula dan membina laporan ringkas yang boleh disemak.
UNTUK SIAPA
Pentadbir, pegawai kewangan, operasi, jualan dan pelajar yang bekerja dengan spreadsheet.
Membolehkan peserta menggunakan Excel dalam tugasan praktikal, menilai kualiti hasil kerja dan mengenal pasti persediaan yang diperlukan sebelum peperiksaan.
Hasil pembelajaran dan aktiviti di sini ialah reka bentuk latihan TK. Keputusan peperiksaan rasmi dinilai berasingan oleh badan pensijilan.
KANDUNGAN KURSUS
MODUL 1
Urus worksheets, formats, ranges dan tetapan cetak. Kenal pasti data tidak konsisten sebelum analisis.
MODUL 2
Bina Excel Table, sorting serta filtering untuk menjawab soalan operasi tanpa mengubah data sumber secara cuai.
MODUL 3
Gunakan rujukan relatif/absolut serta fungsi yang dipadankan dengan objektif MO-210. Semak kesilapan formula melalui contoh kerja.
MODUL 4
Pilih carta yang sesuai, kemaskan label dan sediakan ringkasan prestasi. Hantar workbook dengan formula yang boleh diperiksa.
JADUAL LATIHAN
Cadangan 9.00 pagi–5.00 petang. Waktu rehat, tahap peserta dan slot peperiksaan diselaraskan sebelum cohort bermula.
HARI 1
Workbook jualan → table, sort/filter → formula asas dan IF → conditional formatting, carta dan print area.
HARI 2
Workbook/worksheet; cells/ranges; tables; formulas/functions; charts. Fokus kemahiran Associate.
HARI 3
Mock bermasa, semakan kelemahan dan latihan pembetulan. Check-in serta peperiksaan rasmi jika slot dan kesiapsiagaan disahkan. Akhiri dengan refleksi domain dan pelan pembelajaran; soalan sebenar peperiksaan tidak dikongsi.
SEBELUM MENDAFTAR
Demonstrasi ringkas, latihan berpandu, tugasan individu atau berkumpulan, semakan projek dan latihan bermasa. Format fizikal, dalam talian atau in-house dibincangkan mengikut kemudahan serta akses aplikasi.
Bawa laptop yang sesuai dan akses akaun/lesen seperti dimaklumkan sebelum kelas. Jika diagnostik menunjukkan jurang asas, pasukan TK akan mencadangkan pra-pembelajaran.
PEPERIKSAAN RASMI
Peperiksaan hari ketiga hanya dijalankan apabila slot, akaun calon, pusat dan kesiapsiagaan disahkan. Jika belum tersedia, slot digunakan untuk mock tambahan, klinik dan pelan penjadualan exam.
Rujukan rasmi pensijilan ↗Yuran latihan, voucher, lesen, cukai dan retake yang berkenaan dinyatakan dalam sebut harga. Borang booking ini ialah permohonan; ia belum mengesahkan tempat atau pembayaran.
MULAKAN PERANCANGAN
Booking individu atau mohon latihan untuk pasukan. Pilihan track ini akan dimasukkan ke borang untuk semakan anda.
SOALAN LAZIM
Semak prasyarat di atas. Bootcamp memfokuskan latihan praktikal dan persediaan peperiksaan. Peserta yang belum mempunyai asas berkaitan mungkin memerlukan latihan tambahan sebelum menyertai.
Workbook jualan latihan dengan formula dan carta. Hasil ini disemak dalam kelas berdasarkan kriteria tugasan TK.
Ya. Pilih Berkumpulan pada borang booking dan nyatakan bilangan peserta, format serta tempoh cadangan. Pasukan TK akan menyediakan cadangan mengikut tahap dan keperluan organisasi.
Tidak. Pensijilan rasmi memerlukan kelulusan peperiksaan yang berkenaan. Kehadiran latihan dan projek TK tidak menggantikan keputusan vendor.
TEROKA PILIHAN LAIN
← Kembali ke Microsoft Office Specialist
Lihat semua Sijil Profesional ↗Kami boleh bantu ada memilih kursus, buat tempahan, mohon dan semak sijil.