- Utama
- Korporat
- Akademi
- Servis
- Langgan
- Blog & Tutorial
- Event



TARBIAH KREATIF (002894685-V)
+60175658397
Email: admin@tarbiahkreatif.edu.my
Tarbiah Kreatif
12868 Jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah, 21300 Kuala Nerus, Terengganu
Kami sedang mencari bakat baharu yang konfiden, rajin belajar, dan meminati dunia kreatif & teknologi. Jika anda seorang pelatih (trainee) yang inginkan cabaran sebenar, ini tempat anda.
Menguruskan dokumentasi, data syarikat, dan membantu melicinkan operasi harian pejabat dengan sistematik.
Belajar mengendalikan program, kursus, logistik majlis, dan berinteraksi dengan peserta secara profesional.
Hasilkan visual pemasaran yang kreatif, modul latihan, serta pelajari teknikal mesin percetakan.
Merakam momen rasmi acara, menghasilkan video korporat, dan mencipta konten media sosial yang menarik.
Menguruskan kempen media sosial (FB, TikTok, IG), penulisan ayat jualan (copywriting), dan strategi pemasaran.
Meneroka teknologi AI terkini, penyelenggaraan IT, dan pembangunan laman web syarikat.
Ceritakan secara ringkas tentang kursus pengajian, kemahiran, hobi, atau apa yang anda suka buat. AI kami akan cadangkan jawatan paling sesuai untuk anda!
💡 Tips Surat Iringan (Copy & Paste):
Pendedahan terus dalam bidang printing, studio rakaman & pengendalian latihan korporat.
Bersedia untuk menyertai pasukan kami mengembara ke seluruh Malaysia bagi urusan kerja.
Elaun makan disediakan. Hotel & penginapan ditanggung sepenuhnya semasa urusan latihan luar.
Peluang mendapatkan sijil diiktiraf seperti Adobe, Microsoft, Google, dan SKM.
Latihan intensif dalam bidang grafik, multimedia, teknologi AI, dan literasi digital.
Kami berbesar hati mengumumkan bahawa Tarbiah Kreatif menyokong penuh program MyNEXT bagi penempatan Latihan Industri (Internship). Program ini dijalankan di bawah inisiatif LiKES dan National Structured Internship Programme (MySIP) anjuran TalentCorp.
Kadar elaun yang kompetitif dan disokong insentif.
Struktur latihan yang terjamin kualitinya.
Hantarkan resume dan portfolio (jika ada) anda terus ke emel kami: