Visual Design
Reka bentuk komunikasi visual untuk kegunaan korporat termasuk identiti visual, bahan kempen, grafik media sosial, penerbitan digital serta bahan promosi rasmi.



TARBIAH KREATIF (002894685-V)
+60175658397
Email: admin@tarbiahkreatif.edu.my
Tarbiah Kreatif
12868 Jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah, 21300 Kuala Nerus, Terengganu
Tentang Kami
Tarbiah Kreatif ialah sebuah akademi latihan profesional berdaftar dan bertauliah yang memfokuskan kepada Artificial Intelligence (AI), Visual Design, Videografi & Multimedia serta Literasi Digital di Malaysia.
Tarbiah Kreatif diasaskan pada tahun 2013 oleh Ts. Mohd Izzuddin Ismail, seorang jurulatih profesional dan perunding dalam bidang grafik, multimedia, dan AI.
Sejak penubuhan, kami komited membantu individu dan organisasi bersedia menghadapi dunia kerja digital yang pantas berubah. Pengalaman merentas sektor ini menjadikan pendekatan latihan kami lebih praktikal, relevan, dan selari dengan keperluan sebenar industri.
Empat teras utama yang saling melengkapi dalam ekosistem kerja digital moden.
Reka bentuk komunikasi visual untuk kegunaan korporat termasuk identiti visual, bahan kempen, grafik media sosial, penerbitan digital serta bahan promosi rasmi.
Produksi kandungan video, rakaman, suntingan, storytelling visual, motion graphics serta pembangunan kandungan multimedia untuk media sosial dan pendidikan.
Penguasaan kemahiran digital untuk dunia kerja moden merangkumi produktiviti pejabat, pengurusan maklumat, komunikasi digital dan penggunaan teknologi berkesan.
Aplikasi AI dalam tugasan harian, penghasilan kandungan, automasi kerja, generative media serta integrasi AI dalam aliran kerja organisasi.
Latihan direka untuk membangunkan kemahiran kerja sebenar, bukan sekadar pengetahuan teori. Fokus latihan meliputi integrasi AI, design, video, dan kandungan digital dalam satu aliran kerja.
Sebagai penyedia latihan yang berintegriti, kami mempunyai hubungan profesional dengan:
Evolusi Tarbiah Kreatif dalam memacu transformasi digital melalui kolaborasi strategik dan projek berimpak tinggi.
Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai rakan strategik pendidikan bersama UniSZA dan Tajdid Corporation Sdn. Bhd. Turut terlibat dalam Karnival Tech.Com Terengganu di PSKT pada tahun 2024 dan 2025.
Dilantik sebagai pembangun modul lanjutan (ToT) untuk program MDEC GLOW (Global Online Workforce). Berperanan sebagai Rakan Kolaborasi Latihan Korporat dalam National Training Week (NTW) 2023-2024.
Memeterai MoU bersama Politeknik Malaysia bagi memperkasakan agenda latihan teknikal dan vokasional (TVET). Terlibat dalam projek NCER - empowerNCER (Kursus Multimedia Kreatif) di Kolej Komuniti Bandar Baharu.
Tersenarai sebagai calon akhir (Finalis) dalam Anugerah Belia Terengganu 2021, mengiktiraf sumbangan dalam pembangunan modal insan belia.
Membentuk kerjasama rasmi melalui MoU bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka untuk pembangunan program latihan digital.
Penglibatan aktif sebagai pempamer dan rakan kerjasama dalam menjayakan Karnival ICT Terengganu di TD1303, anjuran Kerajaan Negeri Terengganu.
Kami menyediakan pelbagai laluan pembelajaran dan persijilan bagi meningkatkan kredibiliti peserta dalam pasaran kerja.
Menawarkan lebih 50 kursus dari 4 bidang utama (literasi digital, AI, visual design, videografi dan kandungan multimedia) dalam 3 tahap pilihan.
Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
Program persijilan profesional oleh industri (Adobe, Microsoft, Google, Canva dll). TK adalah pusat latihan dan peperiksaan Certiport dan ICDL. Program berkembar ini turut mendapat sijil yang dikeluarkan oleh Tarbiah Kreatif.
Kursus persijilan profesional oleh badan yang diiktiraf di Malaysia (MBOT, HRD Corp, PERKESO dll), juga dengan kerjasama universiti awam seperti UniSZA.
Kami menyokong matlamat Sustainable Development Goals.
Melalui inisiatif:
"Profesional. Praktikal. Beretika."
Latihan yang memberi impak nyata kepada peserta dan organisasi.
Membantu peserta menguasai teknologi kreatif dan AI serta cekap menyelesaikan cabaran komunikasi dan digital organisasi.
Menjadi pusat ekosistem latihan digital dan AI yang dipercayai, relevan dengan industri dan memberi impak kepada masyarakat Malaysia.
Ya. Semua peserta menerima Sijil Penyertaan. Bagi kursus persijilan profesional (Adobe/Microsoft), anda akan menerima sijil bertaraf antarabangsa jika lulus ujian berkaitan.
Ya, Tarbiah Kreatif adalah penyedia latihan berdaftar HRD Corp (TP). Majikan yang layak boleh memohon tuntutan skim latihan melalui geran SBL-Khas.
Kursus kami terbuka kepada semua termasuk agensi kerajaan, pekerja korporat, usahawan, pelajar, dan sesiapa yang ingin meningkatkan kemahiran digital dan multimedia.
Kami menawarkan kedua-duanya. Latihan fizikal di pusat latihan kami atau premis anda (in-house), serta latihan dalam talian (virtual) secara langsung melalui Zoom/Google Meet.
Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web kami dengan memilih kursus yang diminati atau menghubungi admin kami melalui WhatsApp untuk pendaftaran berkumpulan dan invois korporat.
Ya, kami menawarkan modul In-House Training yang boleh disesuaikan mengikut keperluan spesifik organisasi anda, sama ada fokus kepada pemasaran digital, rekaan grafik, atau AI untuk produktiviti.
Peserta disarankan membawa komputer riba (laptop) sendiri dengan perisian berkaitan (seperti Adobe Photoshop, Illustrator, atau Microsoft Office) telah dipasang untuk sesi praktikal yang optimum.
Kami menyediakan kumpulan sokongan alumni (seperti di Telegram) di mana peserta boleh bertanya soalan susulan, berkongsi hasil kerja, dan mendapatkan tips terkini daripada tenaga pengajar.











