MODUL 1
Konsep dan kegunaan
Bezakan fungsi AI generatif, jenis output dan batasannya. Pilih tugasan yang sesuai tanpa menyerahkan keputusan kritikal kepada AI.



TARBIAH KREATIF (002894685-V)
+60175658397
Email: admin@tarbiahkreatif.edu.my
Tarbiah Kreatif
12868 Jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah, 21300 Kuala Nerus, Terengganu
KURSUS & PERSEDIAAN PENSIJILAN · MALAYSIA
Pearson Critical Career Skills: Generative AI Foundations
Asas yang boleh digunakan merentas alat.
Kursus Pearson Generative AI Foundations untuk menggunakan AI generatif merentas alat, membina prompt dan menilai output secara bertanggungjawab.
UNTUK SIAPA
Pekerja pengetahuan, pendidik, pelajar dan usahawan yang mahu mengukuhkan asas penggunaan GenAI.
Membolehkan peserta menggunakan Generative AI Foundations dalam tugasan praktikal, menilai kualiti hasil kerja dan mengenal pasti persediaan yang diperlukan sebelum peperiksaan.
Hasil pembelajaran dan aktiviti di sini ialah reka bentuk latihan TK. Keputusan peperiksaan rasmi dinilai berasingan oleh badan pensijilan.
KANDUNGAN KURSUS
MODUL 1
Bezakan fungsi AI generatif, jenis output dan batasannya. Pilih tugasan yang sesuai tanpa menyerahkan keputusan kritikal kepada AI.
MODUL 2
Tetapkan konteks, arahan, contoh dan format. Bandingkan beberapa versi prompt serta rekod sebab penambahbaikan.
MODUL 3
Periksa ketepatan, kesesuaian, bias dan sumber. Bina log semakan supaya hasil kerja boleh dinilai semula.
MODUL 4
Urus data, hak penggunaan bahan dan pendedahan penggunaan AI. Sediakan workflow kerja yang mengekalkan semakan manusia.
JADUAL LATIHAN
Cadangan 9.00 pagi–5.00 petang. Waktu rehat, tahap peserta dan slot peperiksaan diselaraskan sebelum cohort bermula.
HARI 1
Banding output alat → bina prompt untuk ringkasan dan komunikasi → refine dengan konteks → uji sumber, bias dan batasan.
HARI 2
Empat domain: kaedah/teknik GenAI; penciptaan prompt; refinement; implikasi etika, undang-undang dan sosial. Drill senario dan penilaian output.
HARI 3
Mock bermasa, semakan kelemahan dan latihan pembetulan. Check-in serta peperiksaan rasmi jika slot dan kesiapsiagaan disahkan. Akhiri dengan refleksi domain dan pelan pembelajaran; soalan sebenar peperiksaan tidak dikongsi. Pelan amalan AI bertanggungjawab untuk kerja.
SEBELUM MENDAFTAR
Demonstrasi ringkas, latihan berpandu, tugasan individu atau berkumpulan, semakan projek dan latihan bermasa. Format fizikal, dalam talian atau in-house dibincangkan mengikut kemudahan serta akses aplikasi.
Bawa laptop yang sesuai dan akses akaun/lesen seperti dimaklumkan sebelum kelas. Jika diagnostik menunjukkan jurang asas, pasukan TK akan mencadangkan pra-pembelajaran.
PEPERIKSAAN RASMI
Peperiksaan hari ketiga hanya dijalankan apabila slot, akaun calon, pusat dan kesiapsiagaan disahkan. Jika belum tersedia, slot digunakan untuk mock tambahan, klinik dan pelan penjadualan exam.
Rujukan rasmi pensijilan ↗Yuran latihan, voucher, lesen, cukai dan retake yang berkenaan dinyatakan dalam sebut harga. Borang booking ini ialah permohonan; ia belum mengesahkan tempat atau pembayaran.
MULAKAN PERANCANGAN
Booking individu atau mohon latihan untuk pasukan. Pilihan track ini akan dimasukkan ke borang untuk semakan anda.
SOALAN LAZIM
Semak prasyarat di atas. Bootcamp memfokuskan latihan praktikal dan persediaan peperiksaan. Peserta yang belum mempunyai asas berkaitan mungkin memerlukan latihan tambahan sebelum menyertai.
Kit prompt diuji, output kerja dan log semakan sumber. Hasil ini disemak dalam kelas berdasarkan kriteria tugasan TK.
Ya. Pilih Berkumpulan pada borang booking dan nyatakan bilangan peserta, format serta tempoh cadangan. Pasukan TK akan menyediakan cadangan mengikut tahap dan keperluan organisasi.
Tidak. Pensijilan rasmi memerlukan kelulusan peperiksaan yang berkenaan. Kehadiran latihan dan projek TK tidak menggantikan keputusan vendor.
TEROKA PILIHAN LAIN
← Kembali ke Pearson Generative AI Foundations
Lihat semua Sijil Profesional ↗Kami boleh bantu ada memilih kursus, buat tempahan, mohon dan semak sijil.