FORGOT YOUR DETAILS?

Terus ke kandungan

PRODUKTIVITI PEJABAT

Microsoft Office Specialist Malaysia

Siapkan dokumen, analisis dan pembentangan dengan lebih kemas.

Latihan Microsoft 365 Apps berasaskan tugasan kerja, dengan pilihan Word, Excel atau PowerPoint.

Tempoh latihan3 hari setiap track
PenyertaanIndividu & berkumpulan
PendekatanPraktikal + persediaan exam
Jadual & yuranMelalui sebut harga

PILIH FOKUS ANDA

Satu program, pilihan mengikut keperluan.

Satu bootcamp bagi setiap track. Buka pilihan untuk melihat hasil projek, pembelajaran dan jadualnya.

WordMicrosoft Office Specialist: Word Associate (Microsoft 365 Apps)Dokumen panjang yang mudah dikemas kini.3 hari

HASIL PROJEK

Laporan 5–8 halaman dan PDF.

Projek latihan TK dinilai berasingan daripada keputusan peperiksaan vendor.

Lihat penerangan penuh kursus ↗

Selepas latihan, anda boleh:

  • Menggunakan styles, sections dan rujukan.
  • Menyusun jadual, grafik dan header/footer.
  • Mengurus semakan serta konsistensi dokumen.

HARI 1 · PRAKTIKAL

Laporan kerja → styles, sections dan table of contents → jadual, gambar, header/footer → eksport PDF.

HARI 2 · PERSEDIAAN EXAM

Dokumen; teks/perenggan/section; jadual/senarai; rujukan; grafik; kolaborasi.

HARI 3 · PENILAIAN

Mock bermasa, semakan kelemahan dan latihan pembetulan. Check-in serta peperiksaan rasmi jika slot dan kesiapsiagaan disahkan. Akhiri dengan refleksi domain dan pelan pembelajaran; soalan sebenar peperiksaan tidak dikongsi.

ExcelMicrosoft Office Specialist: Excel Associate (Microsoft 365 Apps)Data kerja yang tersusun dan mudah dibaca.3 hari

HASIL PROJEK

Workbook jualan latihan dengan formula dan carta.

Projek latihan TK dinilai berasingan daripada keputusan peperiksaan vendor.

Lihat penerangan penuh kursus ↗

Selepas latihan, anda boleh:

  • Mengurus table, sort dan filter.
  • Menggunakan formula serta rujukan sel.
  • Memilih carta dan memeriksa ralat data.

HARI 1 · PRAKTIKAL

Workbook jualan → table, sort/filter → formula asas dan IF → conditional formatting, carta dan print area.

HARI 2 · PERSEDIAAN EXAM

Workbook/worksheet; cells/ranges; tables; formulas/functions; charts. Fokus kemahiran Associate.

HARI 3 · PENILAIAN

Mock bermasa, semakan kelemahan dan latihan pembetulan. Check-in serta peperiksaan rasmi jika slot dan kesiapsiagaan disahkan. Akhiri dengan refleksi domain dan pelan pembelajaran; soalan sebenar peperiksaan tidak dikongsi.

PowerPointMicrosoft Office Specialist: PowerPoint Associate (Microsoft 365 Apps)Slaid cadangan yang konsisten dan terarah.3 hari

HASIL PROJEK

Deck cadangan 6–8 slaid.

Projek latihan TK dinilai berasingan daripada keputusan peperiksaan vendor.

Lihat penerangan penuh kursus ↗

Selepas latihan, anda boleh:

  • Mengawal theme, master dan layout.
  • Mempersembahkan data serta media.
  • Mengatur animasi dan penyampaian.

HARI 1 · PRAKTIKAL

Brief pitch → theme dan layout → carta, SmartArt, media → animasi terkawal dan presenter settings.

HARI 2 · PERSEDIAAN EXAM

Presentations; slides; text/shapes/images; tables/charts/SmartArt/media; transitions/animations.

HARI 3 · PENILAIAN

Mock bermasa, semakan kelemahan dan latihan pembetulan. Check-in serta peperiksaan rasmi jika slot dan kesiapsiagaan disahkan. Akhiri dengan refleksi domain dan pelan pembelajaran; soalan sebenar peperiksaan tidak dikongsi.

KESESUAIAN KURSUS

Siapa yang sesuai?

Pentadbiran, operasi, HR, kewangan, pendidik dan graduan yang menggunakan Microsoft Office.

Objektif kursus

Meningkatkan ketepatan dan kecekapan hasil kerja melalui fungsi aplikasi serta latihan bermasa.

Persediaan & prasyarat

  • Asas aplikasi pilihan diperlukan; profil calon lazimnya mempunyai sekitar 150 jam latihan dan pengalaman hands-on.
  • Gunakan aplikasi desktop Microsoft 365 yang sepadan dengan versi peperiksaan; edisi web sahaja tidak meliputi semua tugasan.
  • Tiada sijil akademik terdahulu ditetapkan bagi track ini. Penilaian awal membantu menentukan persediaan tambahan.

PEPERIKSAAN & PENCAPAIAN

Fahami laluan sebelum mendaftar.

Latihan membina kemahiran dan kesiapsiagaan. Tarikh peperiksaan rasmi tertakluk kepada tempahan, pusat, akaun calon serta tahap persediaan.

Maklumat badan pensijilan
  • Peperiksaan aplikasi dijalankan melalui Certiport; tempoh, bahasa dan SKU disahkan dalam panduan cohort.
  • Satu kelulusan memberi credential aplikasi berkaitan. MOS Associate gabungan memerlukan tiga exam aplikasi yang layak, dengan sekurang-kurangnya satu exam Microsoft 365 Apps.
  • Laluan TK: MO-110 + MO-210 + MO-310 dalam bootcamp berasingan. MOS Expert gabungan memerlukan Associate dan dua exam Expert yang layak; ia di luar pelancaran ini.
  • Polisi semasa MOS menyatakan tempoh lima tahun bagi credential yang tertakluk kepada polisi baharu. Semak rekod individu bagi sijil lama.

CARA LATIHAN DIJALANKAN

Tiga hari yang mempunyai fokus jelas.

Cadangan waktu 9.00 pagi–5.00 petang, dengan enam jam aktif sehari termasuk penilaian dan slot exam. Jadual cohort disahkan sebelum kelas.

Sebelum kelas

Semak tahap dan akses

Diagnostik ringkas, persediaan peranti, akaun, lesen serta latihan asas tambahan apabila diperlukan.

Dalam kelas

Siapkan dan baiki

Demo, tugasan berpandu, projek dan latihan bermasa. Jurulatih memberi maklum balas pada hasil sebenar.

Selepas latihan

Teruskan dengan pelan

Refleksi kemahiran, pembetulan portfolio dan tindakan seterusnya. Jika exam belum ditempah, sesi klinik mengisi slot penilaian.

INDIVIDU ATAU PASUKAN

Dapatkan cadangan latihan yang sesuai.

Sebut harga menyatakan track, bilangan peserta, format, bahan, akses perisian, voucher peperiksaan dan polisi retake yang berkenaan. Pilihan fizikal, dalam talian atau in-house disemak mengikut program.

Mohon sebut harga

SOALAN LAZIM

Maklumat sebelum membuat pilihan.

Bolehkah mengambil satu aplikasi sahaja?

Ya. Setiap aplikasi mempunyai bootcamp dan peperiksaan tersendiri.

Adakah satu kursus memberi gelaran MOS Associate gabungan?

Tidak. Tiga kelulusan aplikasi yang memenuhi aturan vendor diperlukan.

Adakah sijil diberi jika tidak lulus?

Credential MOS memerlukan kelulusan rasmi. Sijil penyertaan TK mempunyai tujuan yang berbeza.

Adakah peperiksaan pasti berlangsung pada hari ketiga?

Slot itu digunakan untuk exam hanya apabila tempahan, keperluan pusat dan kesiapsiagaan peserta disahkan. Jika belum tersedia, hari ketiga meneruskan mock, klinik dan pelan penjadualan exam.

Adakah permohonan ini mengesahkan tempat?

Belum. Pasukan TK akan menyemak keperluan, mengemukakan jadual dan sebut harga, kemudian membantu proses pengesahan penyertaan.

LANGKAH SETERUSNYA

Mari rancang latihan anda.

Beritahu pilihan kursus dan keperluan penyertaan. Pasukan Tarbiah Kreatif akan membantu menyemak kesesuaian, jadual serta sebut harga.

  • Satu borang untuk semua pilihan program.
  • Individu atau kumpulan organisasi.
  • Tiada pembayaran diperlukan pada langkah ini.

Tanda * ialah medan wajib. Permohonan ini belum mengesahkan tempat atau tempahan exam.

01 Pilihan penyertaan

    Boleh memilih beberapa track untuk jadual berasingan.

    02 Maklumat untuk dihubungi
    03 Keperluan latihan
    Notis privasi permohonan

    Maklumat borang digunakan oleh Tarbiah Kreatif untuk menyemak keperluan kursus, menghubungi anda, menyediakan sebut harga dan mengurus permohonan. Akses terhad kepada petugas yang diberi kuasa. Maklumat tidak dihantar kepada badan peperiksaan melalui borang ini.

    Pendaftaran peperiksaan atau perkhidmatan tambahan memerlukan proses dan maklumat berasingan. Anda boleh meminta akses, pembetulan atau pemadaman yang berkenaan melalui admin@tarbiahkreatif.edu.my. Rekod akan disemak untuk pemadaman apabila tidak lagi diperlukan, tertakluk kepada kewajipan penyimpanan yang berkenaan.

    Pemasaran adalah pilihan berasingan dan boleh ditarik balik. Jika analitik pilihan diaktifkan, hanya peristiwa penggunaan dan label kempen disimpan; nama, e-mel, telefon dan mesej tidak dihantar sebagai parameter analitik.

    Selepas berjaya disimpan, nombor rujukan akan dipaparkan.

    Nama aplikasi dan pensijilan ialah milik pemilik masing-masing. Visual program digunakan untuk pengenalan; pensijilan tertakluk kepada peperiksaan rasmi.
    Semak penyertaan
    TOP