Selain itu, beliau sering menyertai program kebajikan ke pedalaman Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia menerusi Pusat Dakwah Serantau (PDS) dan Persatuan Kebajikan Perubatan dan Pengubatan Islam Malaysia (DARUSSYIFA') dalam misi pendidikan dan kesihatan.
Di persada antarabangsa, beliau pernah menjayakan beberapa misi kebajikan dan kemanusian ke Cambodia dan Afrika bersama NGO, Yayasan Amal Malaysia.
Akademik
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman. Kemudian, menduduki SPM di Kolej Islam Sains Terengganu (KIST) pada tahun 2004.
Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian di Kolej Matrikulasi Pahang sebelum memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Bioindustri di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak.
Selain itu, beliau turut memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang Rekabentuk Grafik (Digital) dan sedang menyiapkan Diploma Kandungan Kreatif di Kolej Islam Antarabangsa.
Kerjaya
Beliau pernah bertugas di sektor awam di peringkat kementerian, GLC, swasta dan NGO sebagai:
-
Ketua Operasi, Eksekutif Khidmat Pelanggan dan Komunikasi Strategik, Darul Iman Training Centre (DITC)
-
Penolong Setiausaha (Gred 41), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
-
Mudir, Pusat Dakwah Serantau (PDS), Yayasan Amal Malaysia
-
Pensyarah Jemputan & Tutor Industri di beberapa buah universiti awam
-
Pen. Pegawai Tadbir, Pusat Komunikasi Korporat & Pengurusan Perhubungan (CCoRM), UniSZA