MODUL 1
Brief dan sistem visual
Tentukan audiens, mesej, saiz artwork dan batas penggunaan aset. Bina palet warna dan hierarki tipografi bagi satu kempen.



TARBIAH KREATIF (002894685-V)
+60175658397
Email: admin@tarbiahkreatif.edu.my
Tarbiah Kreatif
12868 Jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah, 21300 Kuala Nerus, Terengganu
KURSUS & PERSEDIAAN PENSIJILAN · MALAYSIA
Graphic Design & Illustration Using Adobe Illustrator
Grafik vektor untuk identiti dan kempen.
Kursus Adobe Illustrator untuk membina logo, ikon dan grafik vektor yang konsisten bagi cetakan serta komunikasi digital.
UNTUK SIAPA
Pereka grafik, pegawai komunikasi, usahawan dan pendidik yang perlu menghasilkan aset vektor.
Membolehkan peserta menggunakan Illustrator dalam tugasan praktikal, menilai kualiti hasil kerja dan mengenal pasti persediaan yang diperlukan sebelum peperiksaan.
Hasil pembelajaran dan aktiviti di sini ialah reka bentuk latihan TK. Keputusan peperiksaan rasmi dinilai berasingan oleh badan pensijilan.
KANDUNGAN KURSUS
MODUL 1
Tentukan audiens, mesej, saiz artwork dan batas penggunaan aset. Bina palet warna dan hierarki tipografi bagi satu kempen.
MODUL 2
Latih Pen Tool, anchor points, Pathfinder dan Shape Builder. Bina set ikon dengan ketebalan garisan yang konsisten.
MODUL 3
Gunakan swatches, gradients, appearance dan pengurusan teks. Bezakan warna skrin dengan keperluan cetakan.
MODUL 4
Sediakan variasi logo serta beberapa saiz poster dalam satu dokumen. Semak bleed, linked assets dan eksport SVG/PDF/PNG.
JADUAL LATIHAN
Cadangan 9.00 pagi–5.00 petang. Waktu rehat, tahap peserta dan slot peperiksaan diselaraskan sebelum cohort bermula.
HARI 1
Brief kempen → Pen dan Shape Builder → warna, tipografi dan layers → siapkan logo serta poster.
HARI 2
Drill industri kreatif, persediaan dokumen, path, transform, clipping mask, teks dan penerbitan.
HARI 3
Mock bermasa, semakan kelemahan dan latihan pembetulan. Check-in serta peperiksaan rasmi jika slot dan kesiapsiagaan disahkan. Akhiri dengan refleksi domain dan pelan pembelajaran; soalan sebenar peperiksaan tidak dikongsi.
SEBELUM MENDAFTAR
Demonstrasi ringkas, latihan berpandu, tugasan individu atau berkumpulan, semakan projek dan latihan bermasa. Format fizikal, dalam talian atau in-house dibincangkan mengikut kemudahan serta akses aplikasi.
Bawa laptop yang sesuai dan akses akaun/lesen seperti dimaklumkan sebelum kelas. Jika diagnostik menunjukkan jurang asas, pasukan TK akan mencadangkan pra-pembelajaran.
PEPERIKSAAN RASMI
Peperiksaan hari ketiga hanya dijalankan apabila slot, akaun calon, pusat dan kesiapsiagaan disahkan. Jika belum tersedia, slot digunakan untuk mock tambahan, klinik dan pelan penjadualan exam.
Rujukan rasmi pensijilan ↗Yuran latihan, voucher, lesen, cukai dan retake yang berkenaan dinyatakan dalam sebut harga. Borang booking ini ialah permohonan; ia belum mengesahkan tempat atau pembayaran.
MULAKAN PERANCANGAN
Booking individu atau mohon latihan untuk pasukan. Pilihan track ini akan dimasukkan ke borang untuk semakan anda.
SOALAN LAZIM
Semak prasyarat di atas. Bootcamp memfokuskan latihan praktikal dan persediaan peperiksaan. Peserta yang belum mempunyai asas berkaitan mungkin memerlukan latihan tambahan sebelum menyertai.
Logo latihan, poster dan eksport SVG/PDF. Hasil ini disemak dalam kelas berdasarkan kriteria tugasan TK.
Ya. Pilih Berkumpulan pada borang booking dan nyatakan bilangan peserta, format serta tempoh cadangan. Pasukan TK akan menyediakan cadangan mengikut tahap dan keperluan organisasi.
Tidak. Pensijilan rasmi memerlukan kelulusan peperiksaan yang berkenaan. Kehadiran latihan dan projek TK tidak menggantikan keputusan vendor.
TEROKA PILIHAN LAIN
← Kembali ke Adobe Certified Professional
Lihat semua Sijil Profesional ↗Kami boleh bantu ada memilih kursus, buat tempahan, mohon dan semak sijil.