MODUL 1
Brief, media dan sequence
Susun shot list, folder dan metadata. Pilih sequence berdasarkan rakaman dan destinasi video.



TARBIAH KREATIF (002894685-V)
+60175658397
Email: admin@tarbiahkreatif.edu.my
Tarbiah Kreatif
12868 Jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah, 21300 Kuala Nerus, Terengganu
KURSUS & PERSEDIAAN PENSIJILAN · MALAYSIA
Digital Video Using Adobe Premiere
Sunting cerita video yang jelas dan kemas.
Kursus Adobe Premiere Pro untuk menyunting video korporat atau kandungan pendek dengan cerita, audio dan eksport yang tersusun.
UNTUK SIAPA
Editor video, pegawai multimedia, pendidik dan pencipta kandungan yang sudah biasa dengan timeline.
Membolehkan peserta menggunakan Premiere Pro dalam tugasan praktikal, menilai kualiti hasil kerja dan mengenal pasti persediaan yang diperlukan sebelum peperiksaan.
Hasil pembelajaran dan aktiviti di sini ialah reka bentuk latihan TK. Keputusan peperiksaan rasmi dinilai berasingan oleh badan pensijilan.
KANDUNGAN KURSUS
MODUL 1
Susun shot list, folder dan metadata. Pilih sequence berdasarkan rakaman dan destinasi video.
MODUL 2
Bina rough cut, trim rentak dan gunakan B-roll untuk menyokong mesej. Perbaiki kesinambungan antara shot.
MODUL 3
Seimbangkan dialog dan muzik, semak warna antara klip dan hasilkan tajuk serta captions yang boleh dibaca.
MODUL 4
Semak missing media, audio peaks, safe areas dan tetapan eksport. Serahkan video siap bersama projek yang tersusun.
JADUAL LATIHAN
Cadangan 9.00 pagi–5.00 petang. Waktu rehat, tahap peserta dan slot peperiksaan diselaraskan sebelum cohort bermula.
HARI 1
Brief video → media bin, trim dan B-roll → audio, colour, captions → eksport promosi.
HARI 2
Drill pengurusan media, timeline, titles, transisi, tahap audio dan tetapan eksport.
HARI 3
Mock bermasa, semakan kelemahan dan latihan pembetulan. Check-in serta peperiksaan rasmi jika slot dan kesiapsiagaan disahkan. Akhiri dengan refleksi domain dan pelan pembelajaran; soalan sebenar peperiksaan tidak dikongsi.
SEBELUM MENDAFTAR
Demonstrasi ringkas, latihan berpandu, tugasan individu atau berkumpulan, semakan projek dan latihan bermasa. Format fizikal, dalam talian atau in-house dibincangkan mengikut kemudahan serta akses aplikasi.
Bawa laptop yang sesuai dan akses akaun/lesen seperti dimaklumkan sebelum kelas. Jika diagnostik menunjukkan jurang asas, pasukan TK akan mencadangkan pra-pembelajaran.
PEPERIKSAAN RASMI
Peperiksaan hari ketiga hanya dijalankan apabila slot, akaun calon, pusat dan kesiapsiagaan disahkan. Jika belum tersedia, slot digunakan untuk mock tambahan, klinik dan pelan penjadualan exam.
Rujukan rasmi pensijilan ↗Yuran latihan, voucher, lesen, cukai dan retake yang berkenaan dinyatakan dalam sebut harga. Borang booking ini ialah permohonan; ia belum mengesahkan tempat atau pembayaran.
MULAKAN PERANCANGAN
Booking individu atau mohon latihan untuk pasukan. Pilihan track ini akan dimasukkan ke borang untuk semakan anda.
SOALAN LAZIM
Semak prasyarat di atas. Bootcamp memfokuskan latihan praktikal dan persediaan peperiksaan. Peserta yang belum mempunyai asas berkaitan mungkin memerlukan latihan tambahan sebelum menyertai.
Video promosi 30–60 saat, fail projek dan MP4. Hasil ini disemak dalam kelas berdasarkan kriteria tugasan TK.
Ya. Pilih Berkumpulan pada borang booking dan nyatakan bilangan peserta, format serta tempoh cadangan. Pasukan TK akan menyediakan cadangan mengikut tahap dan keperluan organisasi.
Tidak. Pensijilan rasmi memerlukan kelulusan peperiksaan yang berkenaan. Kehadiran latihan dan projek TK tidak menggantikan keputusan vendor.
TEROKA PILIHAN LAIN
← Kembali ke Adobe Certified Professional
Lihat semua Sijil Profesional ↗Kami boleh bantu ada memilih kursus, buat tempahan, mohon dan semak sijil.