MODUL 1
Peranti dan fail
Kenali fungsi peranti, aplikasi dan storan. Latih penamaan fail, folder serta pencarian semula bahan kerja.



TARBIAH KREATIF (002894685-V)
+60175658397
Email: admin@tarbiahkreatif.edu.my
Tarbiah Kreatif
12868 Jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah, 21300 Kuala Nerus, Terengganu
KURSUS & PERSEDIAAN PENSIJILAN · MALAYSIA
IC3 Digital Literacy Global Standard Six (GS6) — Level 1
Bina keyakinan dengan asas digital.
Kursus IC3 GS6 Level 1 untuk membina asas penggunaan teknologi, maklumat dan komunikasi digital dalam tugasan harian.
UNTUK SIAPA
Pengguna baharu, pelajar dan pekerja yang memerlukan asas literasi digital tersusun.
Membolehkan peserta menggunakan GS6 Level 1 dalam tugasan praktikal, menilai kualiti hasil kerja dan mengenal pasti persediaan yang diperlukan sebelum peperiksaan.
Hasil pembelajaran dan aktiviti di sini ialah reka bentuk latihan TK. Keputusan peperiksaan rasmi dinilai berasingan oleh badan pensijilan.
KANDUNGAN KURSUS
MODUL 1
Kenali fungsi peranti, aplikasi dan storan. Latih penamaan fail, folder serta pencarian semula bahan kerja.
MODUL 2
Gunakan carian asas, kenal pasti sumber dan bezakan maklumat relevan dengan kandungan yang meragukan.
MODUL 3
Hasilkan dokumen ringkas serta mesej digital yang jelas. Gunakan etika komunikasi dan kredit sumber.
MODUL 4
Kenali kata laluan, phishing dan maklumat peribadi. Latih pilihan selamat melalui senario harian.
JADUAL LATIHAN
Cadangan 9.00 pagi–5.00 petang. Waktu rehat, tahap peserta dan slot peperiksaan diselaraskan sebelum cohort bermula.
HARI 1
Kit kerja digital pertama → folder, memo, slaid dan e-mel profesional → semakan langkah kerja.
HARI 2
Tujuh bidang GS6: asas teknologi, kewarganegaraan digital, pengurusan maklumat, penciptaan kandungan, komunikasi, kolaborasi dan keselamatan. Pengenalan melalui kuiz senario, navigasi, sumber dan keselamatan.
HARI 3
Mock bermasa, semakan kelemahan dan latihan pembetulan. Check-in serta peperiksaan rasmi jika slot dan kesiapsiagaan disahkan. Akhiri dengan refleksi domain dan pelan pembelajaran; soalan sebenar peperiksaan tidak dikongsi. Peperiksaan Level 1 sahaja.
SEBELUM MENDAFTAR
Demonstrasi ringkas, latihan berpandu, tugasan individu atau berkumpulan, semakan projek dan latihan bermasa. Format fizikal, dalam talian atau in-house dibincangkan mengikut kemudahan serta akses aplikasi.
Bawa laptop yang sesuai dan akses akaun/lesen seperti dimaklumkan sebelum kelas. Jika diagnostik menunjukkan jurang asas, pasukan TK akan mencadangkan pra-pembelajaran.
PEPERIKSAAN RASMI
Peperiksaan hari ketiga hanya dijalankan apabila slot, akaun calon, pusat dan kesiapsiagaan disahkan. Jika belum tersedia, slot digunakan untuk mock tambahan, klinik dan pelan penjadualan exam.
Rujukan rasmi pensijilan ↗Yuran latihan, voucher, lesen, cukai dan retake yang berkenaan dinyatakan dalam sebut harga. Borang booking ini ialah permohonan; ia belum mengesahkan tempat atau pembayaran.
MULAKAN PERANCANGAN
Booking individu atau mohon latihan untuk pasukan. Pilihan track ini akan dimasukkan ke borang untuk semakan anda.
SOALAN LAZIM
Semak prasyarat di atas. Bootcamp memfokuskan latihan praktikal dan persediaan peperiksaan. Peserta yang belum mempunyai asas berkaitan mungkin memerlukan latihan tambahan sebelum menyertai.
Folder projek, memo satu halaman, tiga slaid dan checklist keselamatan. Hasil ini disemak dalam kelas berdasarkan kriteria tugasan TK.
Ya. Pilih Berkumpulan pada borang booking dan nyatakan bilangan peserta, format serta tempoh cadangan. Pasukan TK akan menyediakan cadangan mengikut tahap dan keperluan organisasi.
Tidak. Pensijilan rasmi memerlukan kelulusan peperiksaan yang berkenaan. Kehadiran latihan dan projek TK tidak menggantikan keputusan vendor.
TEROKA PILIHAN LAIN
← Kembali ke IC3 Digital Literacy GS6
Lihat semua Sijil Profesional ↗Kami boleh bantu ada memilih kursus, buat tempahan, mohon dan semak sijil.