MODUL 1
Analisis keperluan digital
Kenal pasti masalah, pengguna dan batasan sebelum merancang penyelesaian berasaskan beberapa alat.



TARBIAH KREATIF (002894685-V)
+60175658397
Email: admin@tarbiahkreatif.edu.my
Tarbiah Kreatif
12868 Jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah, 21300 Kuala Nerus, Terengganu
KURSUS & PERSEDIAAN PENSIJILAN · MALAYSIA
IC3 Digital Literacy Global Standard Six (GS6) — Level 3
Gabungkan kemahiran untuk menyelesaikan masalah.
Kursus IC3 GS6 Level 3 untuk menyepadukan kemahiran digital dalam tugasan berbilang langkah dengan penilaian maklumat dan keputusan yang lebih teliti.
UNTUK SIAPA
Peserta yang telah menguasai kompetensi Level 2 dan bersedia untuk projek digital bersepadu.
Membolehkan peserta menggunakan GS6 Level 3 dalam tugasan praktikal, menilai kualiti hasil kerja dan mengenal pasti persediaan yang diperlukan sebelum peperiksaan.
Hasil pembelajaran dan aktiviti di sini ialah reka bentuk latihan TK. Keputusan peperiksaan rasmi dinilai berasingan oleh badan pensijilan.
KANDUNGAN KURSUS
MODUL 1
Kenal pasti masalah, pengguna dan batasan sebelum merancang penyelesaian berasaskan beberapa alat.
MODUL 2
Tentukan kualiti bukti, bandingkan pilihan dan jelaskan rasional keputusan dalam projek.
MODUL 3
Gabungkan dokumen, data dan komunikasi dalam satu hasil projek. Urus kolaborasi serta kawalan kualiti.
MODUL 4
Nilai keselamatan, identiti digital, hak penggunaan bahan dan kesan keputusan. Bentangkan pembaikan projek.
JADUAL LATIHAN
Cadangan 9.00 pagi–5.00 petang. Waktu rehat, tahap peserta dan slot peperiksaan diselaraskan sebelum cohort bermula.
HARI 1
Baiki proses digital pasukan → diagnosis proses rekaan → laporan, carta, media dan panduan.
HARI 2
Tujuh bidang GS6: asas teknologi, kewarganegaraan digital, pengurusan maklumat, penciptaan kandungan, komunikasi, kolaborasi dan keselamatan. Pertimbangan dan penyelesaian masalah, semakan rakan serta pembaikan.
HARI 3
Mock bermasa, semakan kelemahan dan latihan pembetulan. Check-in serta peperiksaan rasmi jika slot dan kesiapsiagaan disahkan. Akhiri dengan refleksi domain dan pelan pembelajaran; soalan sebenar peperiksaan tidak dikongsi. Peperiksaan Level 3 sahaja.
SEBELUM MENDAFTAR
Demonstrasi ringkas, latihan berpandu, tugasan individu atau berkumpulan, semakan projek dan latihan bermasa. Format fizikal, dalam talian atau in-house dibincangkan mengikut kemudahan serta akses aplikasi.
Bawa laptop yang sesuai dan akses akaun/lesen seperti dimaklumkan sebelum kelas. Jika diagnostik menunjukkan jurang asas, pasukan TK akan mencadangkan pra-pembelajaran.
PEPERIKSAAN RASMI
Peperiksaan hari ketiga hanya dijalankan apabila slot, akaun calon, pusat dan kesiapsiagaan disahkan. Jika belum tersedia, slot digunakan untuk mock tambahan, klinik dan pelan penjadualan exam.
Rujukan rasmi pensijilan ↗Yuran latihan, voucher, lesen, cukai dan retake yang berkenaan dinyatakan dalam sebut harga. Borang booking ini ialah permohonan; ia belum mengesahkan tempat atau pembayaran.
MULAKAN PERANCANGAN
Booking individu atau mohon latihan untuk pasukan. Pilihan track ini akan dimasukkan ke borang untuk semakan anda.
SOALAN LAZIM
Semak prasyarat di atas. Bootcamp memfokuskan latihan praktikal dan persediaan peperiksaan. Peserta yang belum mempunyai asas berkaitan mungkin memerlukan latihan tambahan sebelum menyertai.
Portfolio projek digital, panduan pengguna dan log penyelesaian. Hasil ini disemak dalam kelas berdasarkan kriteria tugasan TK.
Ya. Pilih Berkumpulan pada borang booking dan nyatakan bilangan peserta, format serta tempoh cadangan. Pasukan TK akan menyediakan cadangan mengikut tahap dan keperluan organisasi.
Tidak. Pensijilan rasmi memerlukan kelulusan peperiksaan yang berkenaan. Kehadiran latihan dan projek TK tidak menggantikan keputusan vendor.
TEROKA PILIHAN LAIN
← Kembali ke IC3 Digital Literacy GS6
Lihat semua Sijil Profesional ↗Kami boleh bantu ada memilih kursus, buat tempahan, mohon dan semak sijil.