FORGOT YOUR DETAILS?

Terus ke kandungan

KURSUS & PERSEDIAAN PENSIJILAN · MALAYSIA

Kursus AI Transformation Leader AB-731

Microsoft Certified: AI Transformation Leader (AB-731)

Keputusan AI dan penerimaan dalam organisasi.

Kursus AI Transformation Leader untuk menilai peluang AI dan membina pelan adoption yang selari dengan keutamaan organisasi.

Tempoh cadangan3 hari
Track / peperiksaanAB-731
PenyertaanIndividu & berkumpulan
Yuran & jadualMohon sebut harga

UNTUK SIAPA

Kemahiran yang berkaitan dengan kerja anda.

Ketua jabatan, pengurus, pemilik perniagaan dan peneraju transformasi digital.

Objektif kursus

Membolehkan peserta menggunakan AI Transformation Leader dalam tugasan praktikal, menilai kualiti hasil kerja dan mengenal pasti persediaan yang diperlukan sebelum peperiksaan.

Hasil pembelajaran

  • Memprioritikan tiga peluang AI mengikut impak dan risiko.
  • Membanding pilihan beli, bina atau perluas penyelesaian.
  • Menetapkan ukuran kejayaan, pemilik dan strategi adoption.

Hasil pembelajaran dan aktiviti di sini ialah reka bentuk latihan TK. Keputusan peperiksaan rasmi dinilai berasingan oleh badan pensijilan.

KANDUNGAN KURSUS

Modul praktikal AI Transformation Leader.

MODUL 1

Peluang dan hasil perniagaan

Petakan masalah proses, pihak berkepentingan dan ukuran kejayaan sebelum memilih teknologi.

MODUL 2

Pemilihan penyelesaian

Bandingkan peranan Microsoft 365 Copilot dan Foundry Tools pada tahap keputusan perniagaan, tanpa membina kod aplikasi.

MODUL 3

Adoption dan perubahan

Rancang pilot, latihan pengguna, komunikasi dan sokongan. Tentukan pemilik tindakan serta cara mengumpul maklum balas.

MODUL 4

Governance dan roadmap

Nilai data, risiko serta semakan manusia. Bentangkan roadmap 90 hari dengan prioriti, KPI dan kriteria meneruskan pilot.

JADUAL LATIHAN

Tiga hari dengan hasil yang jelas.

Cadangan 9.00 pagi–5.00 petang. Waktu rehat, tahap peserta dan slot peperiksaan diselaraskan sebelum cohort bermula.

HARI 1

Petakan masalah dan baseline → banding penyelesaian → bengkel prioriti use case → andaian kos/manfaat dan pilot.

HARI 2

Nilai perniagaan GenAI (35–40%); aplikasi/perkhidmatan AI Microsoft (35–40%); strategi pelaksanaan/adoption (20–25%).

HARI 3

Mock bermasa, semakan kelemahan dan latihan pembetulan. Check-in serta peperiksaan rasmi jika slot dan kesiapsiagaan disahkan. Akhiri dengan refleksi domain dan pelan pembelajaran; soalan sebenar peperiksaan tidak dikongsi. Pembentangan roadmap dan tindakan pertama.

SEBELUM MENDAFTAR

Prasyarat & persediaan.

  • AB-731: kefahaman proses organisasi, perubahan/adoption, Microsoft 365 dan ekosistem Microsoft AI. AB-730 bukan prerequisite rasmi AB-731.
  • Akaun, lesen Copilot dan ciri tenant disemak sebelum kelas. Copilot Chat percuma tidak dianggap setara dengan semua ciri berlesen. Gunakan data simulasi.

Kaedah latihan

Demonstrasi ringkas, latihan berpandu, tugasan individu atau berkumpulan, semakan projek dan latihan bermasa. Format fizikal, dalam talian atau in-house dibincangkan mengikut kemudahan serta akses aplikasi.

Bawa laptop yang sesuai dan akses akaun/lesen seperti dimaklumkan sebelum kelas. Jika diagnostik menunjukkan jurang asas, pasukan TK akan mencadangkan pra-pembelajaran.

PEPERIKSAAN RASMI

Bezakan latihan dengan pencapaian sijil.

Peperiksaan hari ketiga hanya dijalankan apabila slot, akaun calon, pusat dan kesiapsiagaan disahkan. Jika belum tersedia, slot digunakan untuk mock tambahan, klinik dan pelan penjadualan exam.

Rujukan rasmi pensijilan ↗
  • AB-730 dan AB-731 ialah peperiksaan berasingan, masing-masing sekitar 45 minit melalui Pearson VUE.
  • Bahasa latihan Melayu tidak bermaksud bahasa peperiksaan Melayu tersedia. Bahasa, ID, polisi retake dan slot disahkan semasa tempahan.
  • Harga Microsoft AI tidak disamakan dengan MOS. Mohon sebut harga mengikut track.

Yuran latihan, voucher, lesen, cukai dan retake yang berkenaan dinyatakan dalam sebut harga. Borang booking ini ialah permohonan; ia belum mengesahkan tempat atau pembayaran.

MULAKAN PERANCANGAN

Rancang kursus AI Transformation Leader anda.

Booking individu atau mohon latihan untuk pasukan. Pilihan track ini akan dimasukkan ke borang untuk semakan anda.

Buka borang booking ↗

SOALAN LAZIM

Sebelum anda membuat booking.

Adakah kursus AI Transformation Leader sesuai untuk pemula?

Semak prasyarat di atas. Bootcamp memfokuskan latihan praktikal dan persediaan peperiksaan. Peserta yang belum mempunyai asas berkaitan mungkin memerlukan latihan tambahan sebelum menyertai.

Apakah yang akan saya hasilkan?

Kanvas keputusan, daftar risiko dan roadmap 90 hari. Hasil ini disemak dalam kelas berdasarkan kriteria tugasan TK.

Bolehkah organisasi menempah kursus ini?

Ya. Pilih Berkumpulan pada borang booking dan nyatakan bilangan peserta, format serta tempoh cadangan. Pasukan TK akan menyediakan cadangan mengikut tahap dan keperluan organisasi.

Adakah sijil profesional diberikan secara automatik?

Tidak. Pensijilan rasmi memerlukan kelulusan peperiksaan yang berkenaan. Kehadiran latihan dan projek TK tidak menggantikan keputusan vendor.

TEROKA PILIHAN LAIN

Track dalam Microsoft AI Certification.

← Kembali ke Microsoft AI Certification

Lihat semua Sijil Profesional ↗
Booking AI Transformation Leader ↗
TOP