FORGOT YOUR DETAILS?

Terus ke kandungan

AI UNTUK KERJA & KEPIMPINAN

Microsoft AI Certification: AB-730 & AB-731

Pilih kemahiran AI untuk kerja harian atau kepimpinan organisasi.

Dua laluan yang berbeza: memperkemas kerja dengan AI, atau merancang penerapan AI dalam organisasi.

Tempoh latihan3 hari setiap track
PenyertaanIndividu & berkumpulan
PendekatanPraktikal + persediaan exam
Jadual & yuranMelalui sebut harga

PILIH FOKUS ANDA

Satu program, pilihan mengikut keperluan.

Satu bootcamp bagi setiap track. Buka pilihan untuk melihat hasil projek, pembelajaran dan jadualnya.

AB-730Microsoft Certified: AI Business Professional (AB-730)AI untuk tugasan kerja harian.3 hari

HASIL PROJEK

Memo dua halaman, slaid ringkas dan log semakan fakta.

Projek latihan TK dinilai berasingan daripada keputusan peperiksaan vendor.

Lihat penerangan penuh kursus ↗

Selepas latihan, anda boleh:

  • Membina prompt dengan tujuan, konteks dan format output.
  • Menghasilkan ringkasan serta kandungan perniagaan.
  • Mengatur perbualan dan menyemak fakta, rujukan serta data.

HARI 1 · PRAKTIKAL

Diagnosis workflow → demo Copilot → eksperimen prompt → kajian, analisis, memo dan pembentangan; demo agent mengikut lesen.

HARI 2 · PERSEDIAAN EXAM

Asas GenAI (25–30%); prompts/conversations (35–40%); draf dan analisis kandungan perniagaan (25–30%). Senario perlindungan maklumat dan kerjasama.

HARI 3 · PENILAIAN

Mock bermasa, semakan kelemahan dan latihan pembetulan. Check-in serta peperiksaan rasmi jika slot dan kesiapsiagaan disahkan. Akhiri dengan refleksi domain dan pelan pembelajaran; soalan sebenar peperiksaan tidak dikongsi. Pelan produktiviti 30 hari.

AB-731Microsoft Certified: AI Transformation Leader (AB-731)Keputusan AI dan penerimaan dalam organisasi.3 hari

HASIL PROJEK

Kanvas keputusan, daftar risiko dan roadmap 90 hari.

Projek latihan TK dinilai berasingan daripada keputusan peperiksaan vendor.

Lihat penerangan penuh kursus ↗

Selepas latihan, anda boleh:

  • Memprioritikan tiga peluang AI mengikut impak dan risiko.
  • Membanding pilihan beli, bina atau perluas penyelesaian.
  • Menetapkan ukuran kejayaan, pemilik dan strategi adoption.

HARI 1 · PRAKTIKAL

Petakan masalah dan baseline → banding penyelesaian → bengkel prioriti use case → andaian kos/manfaat dan pilot.

HARI 2 · PERSEDIAAN EXAM

Nilai perniagaan GenAI (35–40%); aplikasi/perkhidmatan AI Microsoft (35–40%); strategi pelaksanaan/adoption (20–25%).

HARI 3 · PENILAIAN

Mock bermasa, semakan kelemahan dan latihan pembetulan. Check-in serta peperiksaan rasmi jika slot dan kesiapsiagaan disahkan. Akhiri dengan refleksi domain dan pelan pembelajaran; soalan sebenar peperiksaan tidak dikongsi. Pembentangan roadmap dan tindakan pertama.

KESESUAIAN KURSUS

Siapa yang sesuai?

Eksekutif, pentadbir dan pengguna Microsoft 365 untuk AB-730; pengurus, pemimpin pasukan serta peneraju transformasi untuk AB-731.

Objektif kursus

Menghasilkan workflow AI yang disemak manusia atau pelan pelaksanaan AI dengan nilai perniagaan yang jelas.

Persediaan & prasyarat

  • AB-730: asas Microsoft 365 dan pengalaman menggunakan alat GenAI, prompts serta bahan kerja digital. Coding tidak diperlukan.
  • AB-731: kefahaman proses organisasi, perubahan/adoption, Microsoft 365 dan ekosistem Microsoft AI. AB-730 bukan prerequisite rasmi AB-731.
  • Akaun, lesen Copilot dan ciri tenant disemak sebelum kelas. Copilot Chat percuma tidak dianggap setara dengan semua ciri berlesen. Gunakan data simulasi.

PEPERIKSAAN & PENCAPAIAN

Fahami laluan sebelum mendaftar.

Latihan membina kemahiran dan kesiapsiagaan. Tarikh peperiksaan rasmi tertakluk kepada tempahan, pusat, akaun calon serta tahap persediaan.

Maklumat badan pensijilan
  • AB-730 dan AB-731 ialah peperiksaan berasingan, masing-masing sekitar 45 minit melalui Pearson VUE.
  • Bahasa latihan Melayu tidak bermaksud bahasa peperiksaan Melayu tersedia. Bahasa, ID, polisi retake dan slot disahkan semasa tempahan.
  • Harga Microsoft AI tidak disamakan dengan MOS. Mohon sebut harga mengikut track.

CARA LATIHAN DIJALANKAN

Tiga hari yang mempunyai fokus jelas.

Cadangan waktu 9.00 pagi–5.00 petang, dengan enam jam aktif sehari termasuk penilaian dan slot exam. Jadual cohort disahkan sebelum kelas.

Sebelum kelas

Semak tahap dan akses

Diagnostik ringkas, persediaan peranti, akaun, lesen serta latihan asas tambahan apabila diperlukan.

Dalam kelas

Siapkan dan baiki

Demo, tugasan berpandu, projek dan latihan bermasa. Jurulatih memberi maklum balas pada hasil sebenar.

Selepas latihan

Teruskan dengan pelan

Refleksi kemahiran, pembetulan portfolio dan tindakan seterusnya. Jika exam belum ditempah, sesi klinik mengisi slot penilaian.

INDIVIDU ATAU PASUKAN

Dapatkan cadangan latihan yang sesuai.

Sebut harga menyatakan track, bilangan peserta, format, bahan, akses perisian, voucher peperiksaan dan polisi retake yang berkenaan. Pilihan fizikal, dalam talian atau in-house disemak mengikut program.

Mohon sebut harga

SOALAN LAZIM

Maklumat sebelum membuat pilihan.

Perlukah pandai coding?

Coding tidak diperlukan untuk kedua-dua laluan ini. Fokusnya ialah penggunaan kerja, keputusan dan penerapan AI.

Adakah semua fungsi Copilot disediakan?

Akses ciri bergantung pada lesen dan tenant cohort. Senarai akses serta alternatif demo dimaklumkan sebelum kelas.

Adakah peperiksaan pasti berlangsung pada hari ketiga?

Slot itu digunakan untuk exam hanya apabila tempahan, keperluan pusat dan kesiapsiagaan peserta disahkan. Jika belum tersedia, hari ketiga meneruskan mock, klinik dan pelan penjadualan exam.

Adakah permohonan ini mengesahkan tempat?

Belum. Pasukan TK akan menyemak keperluan, mengemukakan jadual dan sebut harga, kemudian membantu proses pengesahan penyertaan.

LANGKAH SETERUSNYA

Mari rancang latihan anda.

Beritahu pilihan kursus dan keperluan penyertaan. Pasukan Tarbiah Kreatif akan membantu menyemak kesesuaian, jadual serta sebut harga.

  • Satu borang untuk semua pilihan program.
  • Individu atau kumpulan organisasi.
  • Tiada pembayaran diperlukan pada langkah ini.

Tanda * ialah medan wajib. Permohonan ini belum mengesahkan tempat atau tempahan exam.

01 Pilihan penyertaan

    Boleh memilih beberapa track untuk jadual berasingan.

    02 Maklumat untuk dihubungi
    03 Keperluan latihan
    Notis privasi permohonan

    Maklumat borang digunakan oleh Tarbiah Kreatif untuk menyemak keperluan kursus, menghubungi anda, menyediakan sebut harga dan mengurus permohonan. Akses terhad kepada petugas yang diberi kuasa. Maklumat tidak dihantar kepada badan peperiksaan melalui borang ini.

    Pendaftaran peperiksaan atau perkhidmatan tambahan memerlukan proses dan maklumat berasingan. Anda boleh meminta akses, pembetulan atau pemadaman yang berkenaan melalui admin@tarbiahkreatif.edu.my. Rekod akan disemak untuk pemadaman apabila tidak lagi diperlukan, tertakluk kepada kewajipan penyimpanan yang berkenaan.

    Pemasaran adalah pilihan berasingan dan boleh ditarik balik. Jika analitik pilihan diaktifkan, hanya peristiwa penggunaan dan label kempen disimpan; nama, e-mel, telefon dan mesej tidak dihantar sebagai parameter analitik.

    Selepas berjaya disimpan, nombor rujukan akan dipaparkan.

    Nama aplikasi dan pensijilan ialah milik pemilik masing-masing. Visual program digunakan untuk pengenalan; pensijilan tertakluk kepada peperiksaan rasmi.
    Semak penyertaan
    TOP