Bengkel Video Dakwah di UPSI
Bengkel Video Dakwah bersama adik-adik mahasiswa di UPSI. Kehadiran penuh 100 orang dari pelbagai bangsa dan agama. Hebat Al-Mursyidin Club. Tahun lepas juga begini… bersama kami dalam Bengkel Adobe Photoshop. Mahasiswa UPSI antara pelanggan tetap kami. Setiap tahun, dua, tiga kali kami bermusafir ke Tanjung Malim. Terima kasih banyak-banyak.
Paling seronok bila review hasil karya diorang. Ramai berbakat! Thanks for your big effort to create such awesome videos!
Juga terima kasih di atas hadiah yang cukup bermakna buat kami.
- Published in Uncategorized
VECTORIZE: Bengkel Adobe Illustrator di PPAS Shah Alam
Berakhir sudah bengkel VECTORIZE: Adobe Illustrator for Beginner buat julung kalinya di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Raja Uda, Shah Alam hari ini. Alhamdulillah. Kami berasa amat terharu dengan komitmen peserta yang sanggup hadir dari seluruh pelusuk tanah air, dari Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan lain-lain.
Terima kasih kerana memilih perkhidmatan kami. Semoga bermanfaat.
- Published in Uncategorized
Bengkel Grafik Asas Adobe Illustrator di Bangi Gateway
Alhamdulillah. FULL HOUSE! Selesai Bengkel Grafik Adobe Illustrator di Bangi Gateway kelmarin. Terima kasih semua yang sudi gilap kemahiran grafik dengan kami terutama yang datang jauh dari Pahang, Kedah, Melaka dan Johor. Semoga tuan/puan terus maju ke hadapan! InsyaAllah.
- Published in Uncategorized
Bengkel Adobe Photoshop (Beginner) di PPAS Shah Alam
Selesai sudah Bengkel Adobe Photoshop (Beginner) kelmarin. Sambung lagi 2 minggu, 25hb untuk Bengkel Advanced Photoshop. Seat ada lagi kosong. Berminat, sila pm kami.
Tak kira anda mahasiswa, usahawan, lepasan ijazah atau bekerja dalam apa jua bidang, atau nak belajar sekadar hobi, atau isi masa lapang kami sedia membantu.
- Published in Uncategorized