HUBUNGI: +60175658397

Tarbiah Kreatif - Grafik Design & MultimediaTarbiah Kreatif - Grafik Design & Multimedia

Tarbiah Kreatif - Grafik Design & Multimedia

TARBIAH KREATIF (002894685-V)

+60175658397
Email: admin@tarbiahkreatif.edu.my

Tarbiah Kreatif
12868 Jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Open in Google Maps
  • Utama
  • Korporat
    • Founder
    • Pasukan Kami
  • Akademi
    • Kelas Intensif TK+
    • Kursus Jangka Pendek
      • Adobe
        • Kursus Adobe Photoshop
        • Kursus Adobe Illustrator
        • Kursus Adobe Indesign
        • Kursus Adobe Premiere Pro
        • Kursus Motion Graphics Adobe After Effects
      • Microsoft
        • Kursus Microsoft 365 with Copilot
      • Canva
        • Kursus Canva Visual Suite
      • Google
        • Kursus Google Workspace with Gemini
        • Kursus Google Looker Studio
      • Artificial Intelligence (AI)
        • Kursus Gen. AI for Office Productivity
        • Kursus Gen. AI for Arts Creativity
      • Social Media
        • Kursus TikTok Content Creator
        • Kursus Pemerkasaan Media Digital
        • Kursus Video Editing CapCut
        • Bengkel TEKNODUAT : Cabaran Kandungan Dakwah Kreatif
      • Kursus Pengurusan Penyiaran OBS Studio & StreamYard
      • Kursus Fotografi
    • Persijilan Profesional
      • Microsoft Office Specialist
      • Adobe Certified Professional
      • Google Certified Educator
    • Kursus Awam
    • Program TVET SLDN
      • SKM Tahap 3 : Rekabentuk Grafik (Digital)
    • Personal Coaching
    • Latihan Industri
  • Servis
    • The Kreatif Print
    • The Kreatif Studio
    • Penerbitan
      • Buku Mudahnya Design Canva
      • Nota Grafik
      • Islamic Planner 2023
    • Bilik Seminar
  • Langgan
    • Adobe Creative Cloud
    • Canva Pro
    • CapCut Pro
    • StreamYard
    • Microsoft Office
    • Google Workspace
  • Blog & Tutorial
  • Event
    • 2025
      • Taqwim 2025
    • 2024
      • Taqwim 2024
      • Webinar Kreatif 2024
    • 2023
      • Webinar Canva Pro 2023 : Bina Jenama
      • Kem Cuti Sekolah : Grafik Junior
      • Projek Kreatif : Adobe Visual Design
      • Seminar MEGA Canva 2023
    • 2022
      • Webinar Grafik Mega Canva 2022
      • Karnival Seni Kreatif Digital ’22
      • Multimedia Week 2022
  • Home
  • 2019
  • October
May 24, 2025

Month: October 2019

Adobe Perkenal Photoshop dan Illustrator Versi Penuh Untuk iPad

Wednesday, 23 October 2019 by Izzuddin Ismail

Sebagaimana telah diumumkan sejak Oktober tahun lalu, Adobe masih giat membangunkan perisian Adobe Photoshop versi iPad dengan keupayaan sepenuhnya seperti di platform PC.

Perisian ini dijadualkan akan dilancarkan selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Terkini, Adobe juga telah mengumumkan untuk membawa Adobe Illustrator sepenuhnya ke platform iPad menyusul selepas Adobe Photoshop dan dijadualkan akan berada di pasaran pada tahun depan.

https://www.youtube.com/watch?v=ccSBlU8YB90

Ini mungkin mengubah pasaran Apple yang agak merosot kerana Macbook Pro dan iMac sehingga kini masih belum dikuasakan dengan pen dan skrin sentuh. Maka, pengguna dan peminat Apple kini mempunyai pilihan dengan menggunakan iPad tanpa perlu berhijrah kepada jenama lain.

Selain Adobe, pereka grafik juga mempunyai pilihan yang setara di platform iPad iaitu Affinity Designer yang telah mendahului lebih awal sebagai perisian reka grafik cross platform, dan Autodesk Sketch Pro.

Affinity Designer boleh digunakan secara cross platform dan mudah diselaraskan (synchronize).

#tarbiyyahkreatif
www.tarbiyyahkreatif.com

Read more
  • Published in Uncategorized
No Comments

Bengkel Kuasai Grafik Perkasa Pemasaran Digital & Usahawan Percetakan

Tuesday, 22 October 2019 by Izzuddin Ismail
  • cof
  • dav

KUALA TERENGGANU – Bengkel Kuasai Grafik selama 3 hari telah berlangsung dengan jayanya pada 11-13 Oktober 2019 di Tarbiyyah Kreatif Training Centre Kuala Terengganu. Bengkel ini merangkumi latihan visual grafik perisian Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan Adobe Indesign.

Sambutan yang hangat memenuhkan bilik seminar Tarbiyyah Kreatif Training Centre. Peserta yang hadir terdiri daripada para usahawan, designer, trainer grafik, pegawai IT, pelajar dan guru yang hadir dari pelbagai daerah di Terengganu, Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Terdapat juga peserta-peserta yang telah hadir beberapa sesi kerana ingin mengulangkaji dan menggilap kemahiran yang ada.

Latihan ini merangkumi servis percetakan biasa, korporat, media sosial termasuk penerbitan buku.

Semangat para peserta ditonjolkan dengan hasil kerja yang dihantar untuk sesi penilaian oleh jurulatih.

Semoga program ini dapat menambah nilai dan mutu perkhidmatan serta pemasaran perniagaan masing-masing.

Read more
  • Published in Uncategorized
No Comments

Tarbiyyah Kreatif Turut Menjayakan Karnival Inovasi ICT Negeri Terengganu 2019

Tuesday, 22 October 2019 by Izzuddin Ismail

KUALA TERENGGANU – Karnival Inovasi ICT Negeri Terengganu 2019 telah berlangsung dengan jayanya pada 6-8 Oktober 2019 di Terengganu Digital Hub – TD1303 Coworking Space. Pelbagai program menarik diadakan antaranya, pertandingan Esport seperti PUBG dan Mobile Legend, pertandingan Bayblade, Demonstrasi Robotik dan Percetakan 3D, Science Challenge, Cabaran Stem, Robot Tracer, Pengalaman Virtual Reality dan Portable Dome Show.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Tekonlogi Maklumat, Ariffin Deraman berkata, program tersebut  ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negeri Terengganu. 

Program tersebut merupakan flatform  terbaik bagi memberi pendedahan dan kesedaran tentang perkembangan teknologi ICT semasa serta memberi peluang  kepada pengunjung untuk mengikuti taklimat  dan bengkel ICT yang ditawarkan secara percuma oleh pemiliknya. 

Antaranya ialah MCMC, MDEC, MAMPU, PDRM, Marii, SMEcorp, MIDF, Softbravo, Tarbiyyah Kreatif, MAGIC dan TD1303

YB Ariffin Deraman, EXCO Kerajaan Negeri Terengganu merangkap ADUN Alur Limbat.

Tarbiyyah Kreatif turut menyumbang tenaga dengan slot Adobe Illustrator Workshop pada 6 Oktober 2019.

Sebanyak 22 agensi pempamer daripada  jabatan dan agensi kerajaan dan swasta serta sekolah2 di seluruh negeri Terengganu turut mengambil bahagian untuk mempamerkan hasil produk inovasi ICT.

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 8 Oktober 2019.

Read more
  • Published in Uncategorized
No Comments

Pencalonan Malaysia Website Award 2019

Monday, 21 October 2019 by Izzuddin Ismail

Alhamdulillah, TK telah disenaraikan dalam pencalonan bagi Malaysia Website Award 2019 dan jika direzekikan Allah mendapat undian ramai akan menerima FAVOURITE WEBSITE AWARD (COMMERCIAL) 2019. InsyaAllah.

Tanda sokongan, anda boleh UNDI kami untuk anugerah berprestij ini di link berikut:
https://www.mwa.my/…/tarbiyyah-kreatif-grafik-design-multim…

Terima kasih.

Read more
  • Published in Uncategorized
No Comments

Tanda Dicintai Allah

Monday, 21 October 2019 by Izzuddin Ismail

Permata tak bisa di poles tanpa gesekan, manusia tak bisa sempurna tanpa ujian

SSesungguhnya ujian yang Allah berikan kepada kita, hakikatnya merupakan salah satu sarana untuk mentarbiyah manusia agar menjadi manusia yang beriman, bertauhid dan berilmu.

Sebagaimana orang belajar untuk mendapatkan gelar sarjana atau kenaikan tingkat pendidikan haruslah dilakukan ujian dan harus dimiliki guru pembimbing. Begitu juga dalam proses mendapatkan Tauhid, iman dan Ilmu Allah. Lalu siapa guru pembimbingnya sudah tentu adalah nabi Muhammad Saw.

Dalam hal ujian, Rasul sendiri menyatakan bahwa proses kenabian yang dijalaninya bersama para nabi-nabi adalah yang terberat.

Suatu hari seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berat cobaannya?” Beliau SAW menjawab: “Para nabi, kemudian orang-orang saleh, kemudian yang sesudah mereka secara berurutan berdasarkan tingkat kesalehannya. Seseorang akan diberikan ujian sesuai dengan kadar agamanya. Bila ia kuat, ditambah cobaan baginya. Kalau ia lemah dalam agamanya, akan diringankan cobaan baginya. Seorang mukmin akan tetap diberi cobaan, sampai ia berjalan di muka bumi ini tanpa dosa sedikit pun.” (HR Bukhari).

Namun demikian Tuhan meyakinkan bahwa ujian yang diturunkan kepada manusia adalah sesuai dengan kadar kemampuan masing-masing orang. Tuhan mengajarkan untuk menghadapinya dengan menjadikan diri sabar dan shalat sebagai penolong.

Firman Allah : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir” (Albaqarah : 286)

Apakah setelah naik tingkat dan derajat lalu urusan selesai?

Firman Allah: “ Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Alankabut :2 )

Naiknya derajat atau tingkatan tersebut bukan berarti urusan selesai, karena hidup ini adalah proses yang terus berlanjut. Semakin tinggi atau derajat seseorang maka semakin tinggi resiko yang akan dihadapinya. Ibarat seseorang dekat dengan raja, maka segala perbuatan dan prilakuanya harus mencerminkan loyalitasnya.

Karena itu harus terus waspada dan menjaga sopan santun kepada rajanya. Sedikit saja menyeleweng atau bersebrangan pendapat akan dinilai raja sebagai sikap yang menentang.

Firman Allah : Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Albaqarah 214).

Orang yang mencapai tahapan ini akan bersedih jika mendapatkan kemuliaan atau kebaikan dengan berucap istighfar dan sebaliknya akan bergembira jika musibah datang menemuinya dengan mengucapkan hamdallah. Musibah yang datang akan disikapi dengan suka cita sebagai tetap adanya kasih sayang Allah kepada dirinya dan adanya kesempatan naik tingkat bila dapat melalui ujian musibah itu.

Sesuai Firman Allah : Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi Jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan. (Ali Imran 120)

Wallahu a’lam

Sumber: Utusan Malaysia

Read more
  • Published in Uncategorized
No Comments

Media Cetak vs Media Digital

Monday, 21 October 2019 by Izzuddin Ismail

Ramai yang bertanya kami tentang masa depan media cetak terutamanya setelah berakhirnya sebuah legasi surat khabar, Utusan Malaysia. Wallahua’lam…

Bagi kami sama ada buku, banner, bunting, poster dan semua bahan iklan bercetak… Ia masih kekal relevan, melainkan suatu masa nanti ada media lain yang mampu tukar ganti. Contohnya semua orang akan pakai billboard elektronik sahaja dengan harga yang murah. Mungkin masa itu bahan cetak tidak lagi laku.

Tetapi setakat ini tiada tanda begitu. Bahan visual grafik statik tetap dipamer sekalipun di media sosial dan internet, videografik makin mendominasi setiap platform.

Jadi, tidak salah untuk anda terus menyediakan perlhidmatan atau menggunakan bahan visual statik seperti poster, infografik, banner dll.

#tarbiyyahkreatif
#mediacetakvsdigital

Read more
  • Published in Uncategorized
No Comments

14 Konsep Design dan Trend Grafik

Monday, 21 October 2019 by Izzuddin Ismail

Bermula 2013, dengan kepesatan kemajuan teknologi gajet dan internet, trend design telah berubah dari zaman realism (penuh efek – 3D, flares, detail texture dll) di era millennium ke flat design (solid flat color tanpa sebarang efek).

Faktor trend ini adalah bagi memudahkan perkongsian dan akses maklumat ke pelbagai peranti dan di seluruh pelusuk dunia, walaupun dengan kelajuan internet “super siput”.

Kemudian, beralih ke trend semi flat (konsep flat dicampur warna gradient atau sedikit efek seperti shadow dan flat 3D dengan warna solid) sekitar 2016 hingga kini.

Pelbagai konsep diadun bersama konsep flat dan semi-flat design. Antara yang menjadi trend kemudian ialah flat doodle, typography, origami dll.

Sekitar 2017, sebahagian web menukar konsep kepada hand drawing dan duotones dan kini bright color gradients.

Walau bagaimanapun, semua konsep ini masih relevan dan ada peminatnya yang tersendiri.

Di antara penganalisis dan “trend setter” utama dalam dunia reka grafik ialah web Shutterstock.com. Anda boleh ikuti web ini untuk perkembangan design semasa.

Berdasarkan pengalaman kami yang mengikuti analisis trend sejak 2012, kebiasaanya, trend akan meledak di US dan Eropah kemudian merebak ke Malaysia selepas 2-3 tahun berikutnya.

Ok. Cukup ni dulu secara ringkas. Anda boleh pelbagaikan design poster dengan 14 pilihan konsep design ini.

Selamat mencuba!

#tarbiyyahkreatif
#graphictrends

Read more
  • Published in Uncategorized
No Comments

Recent Posts

  • Analisis Teori UX (User Experience) dalam Antaramuka Canva: Keberkesanan, Cabaran & Implikasi terhadap Reka Bentuk Digital

    Dalam era digital yang semakin berkembang, peng...
  • 5 Alat AI yang Patut Anda Cuba Untuk Mempermudah Penyuntingan Video!

    Dalam era digital yang berkembang pesat, penyun...
  • Bagaimana AI Akan Mengubah Dunia Kerja di Masa Hadapan?

    Kecerdasan buatan (AI) bukan lagi sekadar tekno...
  • Cara Edit Video Seperti Pro di CapCut: Panduan Lengkap untuk Beginner

    CapCut kini menjadi salah satu aplikasi mobile ...
  • AI & Inovasi Masa Depan: Bagaimana AI Akan Mengubah Dunia?

    Teknologi kecerdasan buatan (AI) bukan lagi sek...

Recent Comments

    Archives

    • March 2025
    • September 2021
    • December 2020
    • November 2020
    • October 2020
    • August 2020
    • July 2020
    • April 2020
    • March 2020
    • January 2020
    • December 2019
    • November 2019
    • October 2019
    • September 2019
    • August 2019
    • June 2019
    • May 2019
    • April 2019
    • January 2019
    • December 2018
    • November 2018
    • October 2018
    • September 2018
    • August 2018
    • July 2018
    • March 2018
    • January 2018
    • November 2017
    • September 2017
    • March 2017
    • May 2015
    • December 2014

    Categories

    • Uncategorized

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    Featured Posts

    • Analisis Teori UX (User Experience) dalam Antaramuka Canva: Keberkesanan, Cabaran & Implikasi terhadap Reka Bentuk Digital

      0 comments
    • 5 Alat AI yang Patut Anda Cuba Untuk Mempermudah Penyuntingan Video!

      0 comments
    • Bagaimana AI Akan Mengubah Dunia Kerja di Masa Hadapan?

      0 comments
    • Cara Edit Video Seperti Pro di CapCut: Panduan Lengkap untuk Beginner

      0 comments
    • AI & Inovasi Masa Depan: Bagaimana AI Akan Mengubah Dunia?

      0 comments
    • Tarbiah Kreatif
    • The Kreatif Print
    • The Kreatif Studio
    • GET SOCIAL
    Tarbiah Kreatif - Grafik Design & Multimedia

    © 2023 Hakcipta Terpelihara. TARBIAH KREATIF™

    TOP