HUBUNGI: +60175658397

Tarbiah Kreatif - Grafik Design & MultimediaTarbiah Kreatif - Grafik Design & Multimedia

Tarbiah Kreatif - Grafik Design & Multimedia

TARBIAH KREATIF (002894685-V)

+60175658397
Email: admin@tarbiahkreatif.my

Tarbiah Kreatif
284A Jalan Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Open in Google Maps
  • UTAMA
  • SIAPA KAMI
  • AKADEMI
    • Kursus Jangka Pendek
      • Bengkel Grafik Adobe Photoshop
      • Bengkel Grafik Adobe Illustrator
      • Bengkel Grafik Adobe Indesign
      • Bengkel Mudahnya Design Canva
      • Bengkel Videografik Adobe Premiere Pro
      • Bengkel Videografik: Adobe After Effects
      • Bengkel Microsoft Office
      • Bengkel Google Workspace & Google My Business
      • Bengkel Pengurusan Broadcasting & Live Streaming
      • Bengkel Pemerkasaan Media
      • Bengkel Design & Video Smartphone
      • Bengkel TEKNODUAT
      • Bengkel Fotografi
    • Program Perantis
    • Kursus Jangka Panjang
    • Personal Coaching
    • Latihan Industri
  • PROGRAM TVET SLDN
    • SKM Tahap 3 Kursus Rekabentuk Grafik (Digital)
    • SKM Tahap 3 Kursus Ilustrasi Digital
    • SKM Tahap 3 Kursus Rekabentuk Visual Web dan Aplikasi Mudah Alih (UI/UX)
    • SKM Tahap 3 Kursus Fotografi
    • SKM Tahap 3 Kursus Operasi Jualan dan Pemasaran
    • SKM Tahap 3 Kursus Pengumpulan Data
  • KEDAI
  • SERVIS
    • The Kreatif Print
    • The Kreatif Studio
    • Penerbit Tarbiah Kreatif
    • Bilik Seminar
    • Nota Grafik Usrah
  • LANGGAN
    • Adobe Creative Cloud
    • Canva Pro
    • StreamYard
    • Microsoft Office
    • Google Workspace
  • BLOG & TUTORIAL
  • Home
  • 2019
June 30, 2022

Year: 2019

Persijilan Grafik & Multimedia

Saturday, 21 December 2019 by admin

LAMARAN DIBUKA BUAT MEREKA YANG SUDI
30 ORANG BERTUAH UNTUK KAMI PIMPIN BERSAMA

Persijilan Grafik & Multimedia 1.0 anjuran bersama Tarbiyyah Kreatif, Rizq Designer dan Ustaz Designer Creative bertempat di TD1303 Kuala Terengganu bermula 18 Januari hingga 4 April 2020.

💠Kami nak bantu 30 orang untuk teroka dunia multimedia.

  • Bukan orang ke-18 atau orang ke-19 tapi sampai ke 30 orang yang terpilih.
  • Kami tak nak janjikan bulan dan bintang.. Kami hanya nak kongsi apa yang boleh bagi..
  • Bukan dari seorang.. Bukan juga dua orang..
  • Tapi Dari KAMI BERTIGA … Saya Ulangg!! KAMI BERTIGA.. Bukan Madu Tiga 😅

APA YG ANDA AKAN BELAJAR SEPANJANG 6 SESI NI?

Cara menghasilkan Segala Bahan Multimedia yang memukau dan OHSEM

  • Illustrator – 18 Januari 2020 & 15 Februar 2020
  • Photoshop – 29 Februari 2020 & 7 Mac 2020
  • After Effects – 21 Mac 2020 & 4 April 2020

Anda akan dibantu secara LIVE dan PRAKTIKAL untuk BASIC & ADVANCE

➡Jadi datang dan belajar dari mula. (Jika dah power, tak perlu hadir) khusus utk newbie.

💚” 30%% teori 70% teknikal, pastikan anda bersedia mental & fizikal”💚

Oke.. Bila PERSIJILAN ni?

# JANUARI – APRIL 2020
# Lokasi Pun Bukan Kaleng-Kaleng di TD1303 Kuala Terengganu terr..

BERAPA YURAN?
Hanya RM200/seorang/DUA SESI
Hanya RM200/seorang/DUA SESI
Hanya RM200/seorang/DUA SESI

Jap..tunggu kejap!
Itu harga untuk Pendaftaran! Kami faham, kalau baru nak mula belajar, bajet pun terhad je.

Jadi kami nak bantu anda..

*HARGA EARLY BIRD*
Hanya RM150/seorang/DUA SESI
Hanya RM150/seorang/DUA SESI
Hanya RM150/seorang/DUA SESI

Jimat RM50 sehingga 25 Disember pada Rabu- 12am sahaja tau!

OKEY MACAM MANA NAK DAFTAR?
Ada Team Kami Menanti Wasap Anda..

www.wasap.my/60195710712/NkJoin3Sifoo
www.wasap.my/60195710712/NkJoin3Sifoo

Pendaftaran adalah TERHAD Lambat…tinggal. Kami hanya ingin yg serius utk belajar dan dibantu.

#SHARE& VIRALKAN, kami akan doakan anda berjaya!

www.wasap.my/60195710712/NkJoin3Sifoo
www.wasap.my/60195710712/NkJoin3Sifoo

Read more
  • Published in Uncategorized
No Comments

Bengkel Teknodu’at Hasilkan Bahan Dakwah

Monday, 16 December 2019 by admin

BANGI: Seramai 30 peserta mewakili Dewan Pemuda, Muslimat dan mahasiswa dari PAS Kawasan dan Negeri seluruh Malaysia telah menghadiri Bengkel Tekno Du’at yang diadakan di sini semalam.

  • Bengkel Teknodu’at 2019

Pengerusi Lajnah Dakwah Muslimat PAS Malaysia, Dr Mardhiyah Hayati Salleh berkata, bengkel ini akan dapat mengisi kekurangan bahan-bahan dakwah untuk digunakan bersama kepada pelbagai entiti dakwah di bawah PAS.

“Bahan-bahan dakwah yang terhasil akan memudahkan para pendakwah mendekati masyarakat sama ada di media sosial mahupun di lapangan dengan sasaran dakwah lebih luas di mana skop penyediaan bahan merangkumi keperluan masyarakat Muslim mahupun bukan-Muslim.

“Kerjasama daripada semua pihak dalam penyediaan, dan design bahan dakwah diharapkan akan mewujudkan medium dakwah yang berinovasi dalam penyampaian dakwah sesuai dengan kehendak masyarakat alaf baru.”

Pengerusi Lajnah Dakwah Muslimat PAS Malaysia, Dr Mardhiyah Hayati Salleh

Setiausaha Lajnah Dakwah Pemuda PAS Pusat, Ustaz Hafizul Husni Alias telah memberi penghargaan kepada semua peserta kerana dapat mencapai sasaran cabaran penganjur untuk menghasilkan 100 reka bentuk bahan dakwah dalam program tersebut.

Beliau membangkitkan permasalahan yang berlaku terdahulu iaitu Lajnah Dakwah mengalami kekangan kerana kekurangan tenaga untuk menghasilkan bahan dakwah atau risalah sebagai edaran ketika melaksanakan street dakwah.

“Program ini telah merintis penghasilan pelbagai bahan dakwah untuk sebaran ke seluruh negara dan ini akan disusuli dengan penyediaan ‘Manual Dakwah’ oleh Dewan Pemuda PAS Pusat sebagai kit lengkap untuk para pendakwah PAS di Malaysia.”

Setiausaha Lajnah Dakwah Pemuda PAS Pusat, Ustaz Hafizul Husni Alias

Bengkel yang bertemakan Membina Media Didik Islamik ini adalah anjuran bersama Lajnah Dakwah Muslimat PAS Malaysia dan Pemuda PAS Malaysia telah memilih Founder Tarbiyyah Kreatif, Ustaz Izzuddin Ismail selaku penceramah dan pembimbing.

Antara pengisian bengkel oleh penceramah adalah mengenai Konsep Design, Teknik Viral dan ‘Tips and Tricks, Fundamental Of Grafic Design’ yang telah menjadi panduan kepada para peserta menghasilkan bahan-bahan meliputi 24 maudhu’ dakwah yang telah ditentukan.

Bersempena program tersebut juga, Lajnah Dakwah Muslimat telah melancarkan laman rasmi mereka iaitu Dakwah Muslimat Malaysia yang akan menjadi momentum untuk menyebarluaskan dakwah di media sosial. – HARAKAHDAILY 15/12/2019

bengkeldesign dakwahtekno du'atteknoduat
Read more
  • Published in Uncategorized
No Comments

Bengkel Grafik Asas Photoshop & Illustrator di Selangor

Saturday, 14 December 2019 by admin

Bagi yang menunggu-nunggu jadual bengkel grafik Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator dari kami di sekitar Lembah Kelang, anda pasti teruja dengan dua bengkel ini.

Anda boleh ikuti Bengkel Kombo kami Asas Adobe Ps dan Ai di Masjid Al-Quddus, Seri Kembangan pada 21 & 22 Disember 2019 atau Bengkel Grafik Asas Adobe Photoshop pada 4 Januari depan di Masjid Fastabiqul Khayrat, Batu 3, Shah Alam, Selangor.

Dua siri bengkel ini juga kami laksanakan sebagai sebahagian tugas dakwah untuk mengimarahkan masjid di samping mengumpul dana bagi sekolah agama rakyat dan masjid oleh penganjur.

Hubungi nombor yang tertera di poster untuk pendaftaran.

Read more
  • Published in Uncategorized
No Comments

Kenali Adobe Photoshop CC 2020

Monday, 25 November 2019 by admin

Adobe telah melancarkan Adobe Creative Cloud 2020 beberapa minggu lepas. Untuk Adobe Photoshop, beberapa ciri-ciri telah dikemaskini, sungguh mengujakan dan memudahkan kerja anda. Jom cuci mata!

Read more
  • Published in Uncategorized
No Comments

Bengkel Advanced Photoshop dan Illustrator Siri Terakhir 2019

Sunday, 10 November 2019 by admin

INGIN TINGKATKAN KEMAHIRAN VISUAL GRAFIK?

Takkan nak sama je tahap design dulu dengan sekarang… JOM belajar guna tools dan advance features Adobe Photoshop dan Illustrator!

Kami telah mengendalikan pelbagai kursus dan bengkel tahap ADVANCE untuk para pereka grafik dan trainer yang nak UPGRADE SKILLS diorang.

InsyaAllah, atas permintaan ramai Tarbiyyah Kreatif akan meneruskan Bengkel Visual Grafik: Advanced Photoshop akan diadakan pada 30 November dan Bengkel Visual Grafik: Advanced Illustrator pada 7 Disember, siri terakhir pada tahun ini di Tarbiyyah Kreatif Training Centre, Kuala Terengganu.

Klik pautan di atas atau di ruangan fb.com/tarbiyyahkreatif/events untuk kandungan kursus dan maklumat lanjut mengenai bengkel ini.

Pendaftaran DIBUKA sekarang! TERHAD 30 orang sahaja!

Scan QR CODE atau layari https://tiny.cc/grafiknov atau wasap terus kami untuk pendaftaran:
www.wasap.my/60105758397/AdvancedPhotoshop
www.wasap.my/60105758397/AdvancedIllustrator

#TarbiyyahKreatif
#BengkelGrafik
#advancedPhotoshop

Read more
  • Published in Uncategorized
No Comments

Adobe Perkenal Photoshop dan Illustrator Versi Penuh Untuk iPad

Wednesday, 23 October 2019 by admin

Sebagaimana telah diumumkan sejak Oktober tahun lalu, Adobe masih giat membangunkan perisian Adobe Photoshop versi iPad dengan keupayaan sepenuhnya seperti di platform PC.

Perisian ini dijadualkan akan dilancarkan selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Terkini, Adobe juga telah mengumumkan untuk membawa Adobe Illustrator sepenuhnya ke platform iPad menyusul selepas Adobe Photoshop dan dijadualkan akan berada di pasaran pada tahun depan.

Ini mungkin mengubah pasaran Apple yang agak merosot kerana Macbook Pro dan iMac sehingga kini masih belum dikuasakan dengan pen dan skrin sentuh. Maka, pengguna dan peminat Apple kini mempunyai pilihan dengan menggunakan iPad tanpa perlu berhijrah kepada jenama lain.

Selain Adobe, pereka grafik juga mempunyai pilihan yang setara di platform iPad iaitu Affinity Designer yang telah mendahului lebih awal sebagai perisian reka grafik cross platform, dan Autodesk Sketch Pro.

Affinity Designer boleh digunakan secara cross platform dan mudah diselaraskan (synchronize).

#tarbiyyahkreatif
www.tarbiyyahkreatif.com

Read more
  • Published in Uncategorized
No Comments

Bengkel Kuasai Grafik Perkasa Pemasaran Digital & Usahawan Percetakan

Tuesday, 22 October 2019 by admin
  • cof
  • dav

KUALA TERENGGANU – Bengkel Kuasai Grafik selama 3 hari telah berlangsung dengan jayanya pada 11-13 Oktober 2019 di Tarbiyyah Kreatif Training Centre Kuala Terengganu. Bengkel ini merangkumi latihan visual grafik perisian Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan Adobe Indesign.

Sambutan yang hangat memenuhkan bilik seminar Tarbiyyah Kreatif Training Centre. Peserta yang hadir terdiri daripada para usahawan, designer, trainer grafik, pegawai IT, pelajar dan guru yang hadir dari pelbagai daerah di Terengganu, Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Terdapat juga peserta-peserta yang telah hadir beberapa sesi kerana ingin mengulangkaji dan menggilap kemahiran yang ada.

Latihan ini merangkumi servis percetakan biasa, korporat, media sosial termasuk penerbitan buku.

Semangat para peserta ditonjolkan dengan hasil kerja yang dihantar untuk sesi penilaian oleh jurulatih.

Semoga program ini dapat menambah nilai dan mutu perkhidmatan serta pemasaran perniagaan masing-masing.

Read more
  • Published in Uncategorized
No Comments

Tarbiyyah Kreatif Turut Menjayakan Karnival Inovasi ICT Negeri Terengganu 2019

Tuesday, 22 October 2019 by admin

KUALA TERENGGANU – Karnival Inovasi ICT Negeri Terengganu 2019 telah berlangsung dengan jayanya pada 6-8 Oktober 2019 di Terengganu Digital Hub – TD1303 Coworking Space. Pelbagai program menarik diadakan antaranya, pertandingan Esport seperti PUBG dan Mobile Legend, pertandingan Bayblade, Demonstrasi Robotik dan Percetakan 3D, Science Challenge, Cabaran Stem, Robot Tracer, Pengalaman Virtual Reality dan Portable Dome Show.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Tekonlogi Maklumat, Ariffin Deraman berkata, program tersebut  ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negeri Terengganu. 

Program tersebut merupakan flatform  terbaik bagi memberi pendedahan dan kesedaran tentang perkembangan teknologi ICT semasa serta memberi peluang  kepada pengunjung untuk mengikuti taklimat  dan bengkel ICT yang ditawarkan secara percuma oleh pemiliknya. 

Antaranya ialah MCMC, MDEC, MAMPU, PDRM, Marii, SMEcorp, MIDF, Softbravo, Tarbiyyah Kreatif, MAGIC dan TD1303

YB Ariffin Deraman, EXCO Kerajaan Negeri Terengganu merangkap ADUN Alur Limbat.

Tarbiyyah Kreatif turut menyumbang tenaga dengan slot Adobe Illustrator Workshop pada 6 Oktober 2019.

Sebanyak 22 agensi pempamer daripada  jabatan dan agensi kerajaan dan swasta serta sekolah2 di seluruh negeri Terengganu turut mengambil bahagian untuk mempamerkan hasil produk inovasi ICT.

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 8 Oktober 2019.

Read more
  • Published in Uncategorized
No Comments

Pencalonan Malaysia Website Award 2019

Monday, 21 October 2019 by admin

Alhamdulillah, TK telah disenaraikan dalam pencalonan bagi Malaysia Website Award 2019 dan jika direzekikan Allah mendapat undian ramai akan menerima FAVOURITE WEBSITE AWARD (COMMERCIAL) 2019. InsyaAllah.

Tanda sokongan, anda boleh UNDI kami untuk anugerah berprestij ini di link berikut:
https://www.mwa.my/…/tarbiyyah-kreatif-grafik-design-multim…

Terima kasih.

Read more
  • Published in Uncategorized
No Comments

Tanda Dicintai Allah

Monday, 21 October 2019 by admin

Permata tak bisa di poles tanpa gesekan, manusia tak bisa sempurna tanpa ujian

SSesungguhnya ujian yang Allah berikan kepada kita, hakikatnya merupakan salah satu sarana untuk mentarbiyah manusia agar menjadi manusia yang beriman, bertauhid dan berilmu.

Sebagaimana orang belajar untuk mendapatkan gelar sarjana atau kenaikan tingkat pendidikan haruslah dilakukan ujian dan harus dimiliki guru pembimbing. Begitu juga dalam proses mendapatkan Tauhid, iman dan Ilmu Allah. Lalu siapa guru pembimbingnya sudah tentu adalah nabi Muhammad Saw.

Dalam hal ujian, Rasul sendiri menyatakan bahwa proses kenabian yang dijalaninya bersama para nabi-nabi adalah yang terberat.

Suatu hari seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berat cobaannya?” Beliau SAW menjawab: “Para nabi, kemudian orang-orang saleh, kemudian yang sesudah mereka secara berurutan berdasarkan tingkat kesalehannya. Seseorang akan diberikan ujian sesuai dengan kadar agamanya. Bila ia kuat, ditambah cobaan baginya. Kalau ia lemah dalam agamanya, akan diringankan cobaan baginya. Seorang mukmin akan tetap diberi cobaan, sampai ia berjalan di muka bumi ini tanpa dosa sedikit pun.” (HR Bukhari).

Namun demikian Tuhan meyakinkan bahwa ujian yang diturunkan kepada manusia adalah sesuai dengan kadar kemampuan masing-masing orang. Tuhan mengajarkan untuk menghadapinya dengan menjadikan diri sabar dan shalat sebagai penolong.

Firman Allah : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir” (Albaqarah : 286)

Apakah setelah naik tingkat dan derajat lalu urusan selesai?

Firman Allah: “ Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Alankabut :2 )

Naiknya derajat atau tingkatan tersebut bukan berarti urusan selesai, karena hidup ini adalah proses yang terus berlanjut. Semakin tinggi atau derajat seseorang maka semakin tinggi resiko yang akan dihadapinya. Ibarat seseorang dekat dengan raja, maka segala perbuatan dan prilakuanya harus mencerminkan loyalitasnya.

Karena itu harus terus waspada dan menjaga sopan santun kepada rajanya. Sedikit saja menyeleweng atau bersebrangan pendapat akan dinilai raja sebagai sikap yang menentang.

Firman Allah : Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Albaqarah 214).

Orang yang mencapai tahapan ini akan bersedih jika mendapatkan kemuliaan atau kebaikan dengan berucap istighfar dan sebaliknya akan bergembira jika musibah datang menemuinya dengan mengucapkan hamdallah. Musibah yang datang akan disikapi dengan suka cita sebagai tetap adanya kasih sayang Allah kepada dirinya dan adanya kesempatan naik tingkat bila dapat melalui ujian musibah itu.

Sesuai Firman Allah : Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi Jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan. (Ali Imran 120)

Wallahu a’lam

Sumber: Utusan Malaysia

Read more
  • Published in Uncategorized
No Comments
  • 1
  • 2
  • 3

Recent Posts

  • Tarbiah Kreatif Anjur Pertandingan Poster & Video Kreatif Canva

    Bagi menyemarakkan semangat cintakan negara dan...
  • kalendar puasa 2021

    PERCUMA! Kalendar Puasa 2021

    Sempena tahun baru 2021 yang bakal menjelang ti...
  • Tukar Background di Google Meet

    Inginkan privasi atau latar yang lebih menarik?...
  • Bengkel PowerPoint Gaya Korporat, 31 Okt di Kuala Terengganu

    Bosan template PowerPoint yang lama? Warna tak ...
  • Trend Flat Design vs Realism dalam Media

    Setiap tahun saya akan update trend terkini dal...

Recent Comments

    Archives

    • September 2021
    • December 2020
    • November 2020
    • October 2020
    • August 2020
    • July 2020
    • April 2020
    • March 2020
    • January 2020
    • December 2019
    • November 2019
    • October 2019
    • September 2019
    • August 2019
    • June 2019
    • May 2019
    • April 2019
    • January 2019
    • December 2018
    • November 2018
    • October 2018
    • September 2018
    • August 2018
    • July 2018
    • March 2018
    • January 2018
    • November 2017
    • September 2017
    • March 2017
    • May 2015
    • December 2014

    Categories

    • Uncategorized

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    Featured Posts

    • Tarbiah Kreatif Anjur Pertandingan Poster & Video Kreatif Canva

      0 comments
    • kalendar puasa 2021

      PERCUMA! Kalendar Puasa 2021

      0 comments
    • Tukar Background di Google Meet

      0 comments
    • Bengkel PowerPoint Gaya Korporat, 31 Okt di Kuala Terengganu

      0 comments
    • Trend Flat Design vs Realism dalam Media

      0 comments
    • DISCLAIMER
    • SUPPORT POLICY
    • LEGAL
    • GET SOCIAL
    Tarbiah Kreatif - Grafik Design & Multimedia

    © 2018 Hakcipta Terpelihara. TARBIYYAH KREATIF

    TOP