Sebagaimana telah diumumkan sejak Oktober tahun lalu, Adobe masih giat membangunkan perisian Adobe Photoshop versi iPad dengan keupayaan sepenuhnya seperti di platform PC.
Perisian ini dijadualkan akan dilancarkan selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Terkini, Adobe juga telah mengumumkan untuk membawa Adobe Illustrator sepenuhnya ke platform iPad menyusul selepas Adobe Photoshop dan dijadualkan akan berada di pasaran pada tahun depan.
Ini mungkin mengubah pasaran Apple yang agak merosot kerana Macbook Pro dan iMac sehingga kini masih belum dikuasakan dengan pen dan skrin sentuh. Maka, pengguna dan peminat Apple kini mempunyai pilihan dengan menggunakan iPad tanpa perlu berhijrah kepada jenama lain.
Selain Adobe, pereka grafik juga mempunyai pilihan yang setara di platform iPad iaitu Affinity Designer yang telah mendahului lebih awal sebagai perisian reka grafik cross platform, dan Autodesk Sketch Pro.
#tarbiyyahkreatif
www.tarbiyyahkreatif.com