HUBUNGI: +60175658397

Tarbiah Kreatif - Grafik Design & MultimediaTarbiah Kreatif - Grafik Design & Multimedia

Tarbiah Kreatif - Grafik Design & Multimedia

TARBIAH KREATIF (002894685-V)

+60175658397
Email: admin@tarbiahkreatif.edu.my

Tarbiah Kreatif
12868 Jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Open in Google Maps
  • Utama
  • Korporat
    • Founder
    • Pasukan Kami
  • Akademi
    • Kelas Intensif TK+
    • Kursus Jangka Pendek
      • Kursus Adobe Photoshop
      • Kursus Adobe Illustrator
      • Kursus Adobe Indesign
      • Kursus Canva Visual Worksuite
      • Kursus Adobe Premiere Pro
      • Kursus Microsoft Office
      • Kursus Google Workspace
      • Kursus Pengurusan Penyiaran OBS Studio & StreamYard
      • Kursus TikTok Content Creator
      • Kursus Video Editing CapCut
      • Kursus AI Prompt : ChatGPT & Midjourney
      • Kursus Pemerkasaan Media Digital
      • Bengkel TEKNODUAT : Cabaran Kandungan Dakwah Kreatif
      • Kursus Google Looker Studio
      • Kursus Fotografi
    • Persijilan Profesional
      • Microsoft Office Specialist
      • Adobe Certified Professional
      • Google Certified Educator
    • Kursus Awam
    • Program TVET SLDN
      • SKM Tahap 3 : Rekabentuk Grafik (Digital)
    • Personal Coaching
    • Latihan Industri
  • Servis
    • The Kreatif Print
    • The Kreatif Studio
    • Penerbitan
      • Buku Mudahnya Design Canva
      • Nota Grafik
      • Islamic Planner 2023
    • Bilik Seminar
  • Langgan
    • Adobe Creative Cloud
    • Canva Pro
    • StreamYard
    • Microsoft Office
    • Google Workspace
  • Blog & Tutorial
  • Event
    • Seminar MEGA Canva 2023
    • Webinar Canva Pro 2023 : Bina Jenama
    • Projek Kreatif : Adobe Visual Design
    • Kem Cuti Sekolah : Grafik Junior
    • Webinar Grafik Mega Canva 2022
    • Multimedia Week 2022
    • Karnival Seni Kreatif Digital ’22
  • Home
  • 2019
  • August
September 27, 2023

Month: August 2019

Mukmin Itu Laksana Pohon Yang Baik

Friday, 16 August 2019 by Izzuddin Ismail

Perumpamaan yang sangat menarik adalah seorang Mukmin itu laksana pohon yang baik (Surah Ibrahim : 24-25).  Kalimatan thoyyibah (kalimat yang baik) laksana pohon yang baik (syajaratun thoyyibah). Kalimah yang baik itu adalah laa ilaha illallah (syahadah). 

Dalam Tafsir Jaami’ul Bayan, Ibnu Jarir Ath-Thabari juga menjelaskan kalimatan thoyyibah adalah penyaksian tiada tuhan selain Allah, dan  syajarotun toyyibahadalah seorang Mukmin, ashluha tsabitun artinya laa ilaha illallah yang tertanam di dalam hati seorang Mukmin, wa far’uha fis-samaai yakni amal perbuatannya akan diangkat ke langit.

Jika kita renungkan ayat di atas, indikator pohon yang baik atau berkualiti ada tiga perkara: Pertama, ashluha tsabitun (akarnya menghujam ke perut bumi). Akar yang kuat menjadi dasar dan tumpuan tumbuhnya pohon yang besar.

Di sinilah pentingnya peranan sang penanam yang ikhlas dan sungguh-sungguh, berkorban tanaga, pikiran dan memerlukan waktu yang cukup lama.  Semakin dalam akarnya, maka semakin kuat pula pohon itu. Tidak mudah tumbang walau dihentam badai. Akar ibarat akidah tauhid (iman) yang tertanam di dalam lubuk hati sanubari seorang mukmin.

Jika akidahnya kuat, maka ia mampu menghadapi dugaan dan godaan hidup seberat apapun.  Akidah tauhid harus ditanamkan oleh orang tua dan guru kepada anak sejak dini. Peranan keduanya sebagai pendidik  sangat penting agar akar akidah anak menghujam ke lubuk hati sanubari. (QS.31:13).

Kedua, far’uha fis-samai (dahannya menjulang ke langit). Pohon yang sudah berurat berakar, akan menumbuhkan batang yang besar, dahan dan ranting yang banyak serta berdaun lebat.   Ia akan membekalkan oksigen yang bersih dan kesejukan bagi manusia. Hijau dan menyejukkan.

Inilah ibarat seorang Mukmin yang taat dalam menjalankan syariat Islam, baik dalam ibadah ritual maupun sosial (muamalah). Akidah (iman) yang kuat harus tampak pada kepatuhan dalam menjalankan ibadah ketika menjalankan aktiviti sehari-hari.  

Ketiga, tu’tii ukulaha kulla hiin (berbuah setiap waktu). Pohon yang baik tidak hanya berakar kuat dan berdahan besar, tapi juga berbuah banyak dan enak. Bukan hanya pada musimnya, tapi di setiap musim tiada henti. Pohon berbuah  menguntungkan pemiliknya dan orang lain. Semakin bagus kualitinya, semakin tinggi pula harganya.

Inilah perumpamaan Mukmin yang berakhlak karimah. Akidah dan syariat yang kuat dan benar mestilah berbuah akhlak mulia (karakter islami).

“Sebaik-baik keislaman seseorang adalah yang terbaik akhlakhnya”. 

(HR. At-Turmudzi)

Akhlak karimah inilah yang mulai pudar dari sebahagian anak-anak, orang tua, pemimpin, politikus hari ini.  Pendidikan karakter hanya berhasil  jika ada model. Dalam sejarah, tidak ada yang berhasil menjadi model kecuali Nabi Muhammad SAW. (Rujuk Surah Al-Ahzab : 21).

Ibu bapa di rumah dan guru di sekolah perlu menjadi pilar utama dan bertanggung jawab dalam menanamkan akidah, menjalankan syariat dan teladan dalam akhlak karimah. Insya Allah, anak-anak kita akan menjadi “pohon yang baik”.

Amin. Wallahu a’lam bish-shawab.

Read more
  • Published in Uncategorized
No Comments

Flat VS Realism Design Trend

Wednesday, 14 August 2019 by Izzuddin Ismail

Design berkonsep flat telah menguasai trend dunia grafik sejak 2013 hingga sekarang kerana ciri-cirinya:

  • Fail yang ringan dan mesra semua gadjet dan dalam semua kelajuan internet.
  • Tanpa efek. Tidak memerlukan ‘shadow’, ‘flare’ bagai, tekstur, gradien dan lain-lain kerana ia akan memberatkan fail dan loading. Teknik warna gelap menggantikan ‘shadow’.
  • Warna yang menyerlah. Warna flat yang solid tidak terlalu terang, tapi tidak pula kusam. Sesuai dan mudah dipilih.
  • Tipografi. Tulisan yang sederhana. Mudah dibaca.

REALISM
Sejak 2013 lagi, kami jarang hasilkan grafik sarat efek 3D dan lain-lain berkonsep realism walaupun mahir kerana ia agak ketinggalan. Zaman realism bermula pada gerbang alaf 21 (tahun 1999 – 2012) di mana orang berlumba-lumba menghasilkan design dengan efek 3D kerana perkembangan animasi 3D ketika itu.

Lihat saja konsep design di web tahun 2000-an… ditambah fungsi hover dan lain-lain.

FLAT MENGUASAI TREND
Setelah ledakan internet 3G dan 4G, dunia inginkan bahan mudah diakses di internet di seluruh pelusuh dunia, hatta di ceruk kampung dan dengan peranti yang berkualiti rendah. Maka, bahan grafik mesti berkonsep minimal untuk mudahkan capaian. Kejar trafik dan viral. Justeru, flat menjadi pilihan berbanding design yang sarat tetapi sukar dicapai atau dikongsi. Baik dalam medium visual design grafik mahupun video grafik. Muncullah trend infografik dan tipografi.

Trend ini sudah sekian lama wujud, namun dipopularkan kembali oleh Microsoft menerusi Windows 8 dan Google menerusi OS Android. Realism pula ibarat Apple dan sememangnya Apple masih berkonsep realism. Masih tetap ada market tapi dilihat eksklusif dan tidak semua orang mampu capai.

ADAPTASI FLAT-REALISM
Namun sejak 2016, trend ini mula beradaptasi dengan tambahan efek daripada teknik realism dan digelar semi-flat design.

Sebab itu kami sentiasa memilih warna design yang solid flat… Kadang-kadang mix juga dengan shadow, flare dan gradient. Konsep semi-flat.

www.tarbiyyahkreatif.com
#tarbiyyahkreatif

Read more
  • Published in Uncategorized
No Comments

Pengajian Percuma Bersama Qari Bantu Penguasaan Al-Quran

Wednesday, 07 August 2019 by Izzuddin Ismail

KUALA TERENGGANU – Mengambil keberkatan bulan Ramadhan lalu, Tarbiyyah Kreatif Training Centre bertempat di Kg.Wakaf Tembesu mengambil inisiatif dengan membuka peluang kepada masyarakat memperbaiki dan menguasai bacaan Al-Quran bersama Qari Sheikh Bilal Al-Hossayny yang merupakan juri Majlis Tilawah Al-Quran Negeri Terengganu dan pernah menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa. Beliau yang berasal dari Iraq kini sedang menyiapkan pengajian di peringkat ijazah doktor falsafah di Universiti Malaysia Terengganu.

Kelas Tadarrus Al-Quran untuk dewasa ini diadakan setiap Jumaat bermula 10 Mei lalu dengan menekankan tajwid dan belajar secara talaqqi musyafahah bersama guru Qari Sheikh. Namun, ruang kelas dan masa mengikat jumlah penyertaan dihadkan 30 orang bagi satu sesi pengajian buat masa ini. Selain mengikuti bacaan Qari Sheikh dan pengajaran dalam tajwid, peserta juga diberi ruang menyampaikan bacaan masing-masing untuk disemak.

Tanpa mengenakan sebarang yuran, kelas ini merupakan sebuah program kemasyarakatan Tarbiyyah Kreatif di samping menganjurkan pelbagai bengkel grafik dan multimedia menggunakan perisian Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe Indesign, Adobe After Effects dan pelbagai lagi secara bertahap.

Menurut En. Mohd Izzuddin Ismail, Pengurus Tarbiyyah Kreatif, kelas talaqqi ini diadakan secara berterusan sehingga tamat atau ke tahap tarannum sebagai salah satu sumbangan TK kepada masyarakat setempat.

“Kami sangat berbesar hati di atas kesudian Qari Sheikh yang memilik sanad Al-Quran bersama kami memberikan khidmat pendidikan Al-Quran kepada masyarakat awam. Kelas talaqqi al-Quran ini memberi satu makna yang penting bagi kami dan semoga Allah memberkati usaha ini dan para peserta pengajian. Terima kasih di atas sambutan dan sokongan semua pihak kepada kami dalam menjayakan pengajian ini.”

Izzuddin Ismail, Pengurus Tarbiyyah Kreatif

Dalam bidang grafik dan multimedia, Tarbiyyah Kreatif telah menjalankan latihan sejak 2013 untuk pelbagai segmen; kerajaan, swasta, universiti awam dan swasta, usahawan serta komuniti masyarakat di seluruh negara. Pada Disember 2017, Tarbiyyah Kreatif membuka Tarbiyyah Kreatif Training Centre di Kuala Terengganu sebagai pusat latihan utama. Ia bertujuan untuk meberi pendedahan, melatih dan mendidik masyarakat terutama golongan muda dan para usahawan di Pantai Timur untuk bersaing di peringkat nasional dalam dunia teknologi digital memandangkan industri ini masih belum giat dijalankan di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengajian Quran atau bengkel grafik dan multimedia, sila layari www.tarbiyyahkreatif atau melalui halaman Facebook dan Instagram Tarbiyyah Kreatif atau hubungi 017-5658397 untuk pertanyaan dan penyertaan.

  • sdr
  • cof
  • cof
  • cof
  • cof
  • cof
  • cof
  • cof
  • dav
  • dav
  • ptr
  • ptr
Read more
  • Published in Uncategorized
No Comments

Bengkel Grafik di Lembah Kelang Ogos 2019

Thursday, 01 August 2019 by Izzuddin Ismail

USTAZ BILA NAK BUAT BENGKEL DI LEMBAH KLANG PLAK? DAH LAMA TAK NAMPAK TURUN KL BUAT BENGKEL GRAFIK. 
.
Okeylah memandangkan ramai juga yang bertanya kami untuk adakan bengkel grafik di area Lembah Klang…

kami cube..kami cube penuhi hajat sahabat-sahabat disana..😉

So, apa kata kita buat survey sikit siapa yang berminat untuk belajar grafik Asas Adobe Photoshop dan Asas Adobe Illustrator pada 31 Ogos & 1 September 2019
komen sikit kat bawah “saya nak!”😃

Cukup 10 orang yang betul-betuk serius nak join, kami sanggup turun ke sana walaupon jauh 😊

Kita sambut kemerdekaan dengan join kelas Bengkel Grafik jom…!

#BengkelGrafikTarbiyyahKreatif
#BengkelAdobePhotoshop
#BengkelGrafikLembahKlang

Read more
  • Published in Uncategorized
No Comments

Nak Buat Efek POWER Macam ni?

Thursday, 01 August 2019 by Izzuddin Ismail

Nak Belajar Buat “POWER” Macam Ni?

Jika anda hadir ke Bengkel Advanced Illustrator dan Bengkel Advanced Photoshop pada bulan ini di Tarbiyyah Kreatif Training Centre Kuala Terengganu, anda akan dapat buat efek pada teks seperti ini dan pelbagai teknik yang akan memantapkan hasil kerja grafik anda sama ada pengiklanan digital atau percetakan.

+ Features Adobe Ai dan Ps yang Terkini
+ Tools yang Ramai Tak Tahu Guna
+ Trend Grafik Semasa
+ Advanced Templates
+ Sijil
+ Nota Modul
+ Manipulasi Foto (Photoshop)
+ Macam-macam lagi…

*****************************************

Hubungi kami di talian www.wasap.my/60105758397/advancedAiPs. Terhad 20 orang sahaja satu sesi bengkel!

KALAU NAK DAFTAR UNTUK DUA BENGKEL TERUS BOLEH KE USTAZ?
.
Ramai pulak yang tanye untuk daftar dua bengkel terus, maklumlah kan alang-alang menyeluk pekasam biar sampai hadam semua bab design Ai dan Ps ni kan.
.
DAH TU, KALAU DAFTAR DUA BENGKEL SKALI NI TAK KAN TAK ADA DISKAUN USTAZ?

Eh, Eh mestilah ada.. Kami nak bagi harga Istimewa buat mereka yang setia dan sentiasa menyokong kami 😊..

#PROMOSI EARLY BIRD😱😱😱😱
.
Promosi Early Bird Daftar Untuk 2 Bengkel skaligus Potongan sehingga 15%

Potongan hingga15% Harga pasti lebih Jimat!😱

Promosi ini hanya terhad Untuk 20 Penyertaan pertama yang berdaftar sahaja!

Apa tunggu lagi, bukan senang nak dapat harga promosi early bird ni, jarang-jarang berlaku 😁..kelas advanced pulak tu bukan “beshe beshe” 😬Jom daftar cepat-cepat!

Read more
  • Published in Uncategorized
No Comments

Recent Posts

  • Tarbiah Kreatif Anjur Pertandingan Poster & Video Kreatif Canva

    Bagi menyemarakkan semangat cintakan negara dan...
  • kalendar puasa 2021

    PERCUMA! Kalendar Puasa 2021

    Sempena tahun baru 2021 yang bakal menjelang ti...
  • Tukar Background di Google Meet

    Inginkan privasi atau latar yang lebih menarik?...
  • Bengkel PowerPoint Gaya Korporat, 31 Okt di Kuala Terengganu

    Bosan template PowerPoint yang lama? Warna tak ...
  • Trend Flat Design vs Realism dalam Media

    Setiap tahun saya akan update trend terkini dal...

Recent Comments

    Archives

    • September 2021
    • December 2020
    • November 2020
    • October 2020
    • August 2020
    • July 2020
    • April 2020
    • March 2020
    • January 2020
    • December 2019
    • November 2019
    • October 2019
    • September 2019
    • August 2019
    • June 2019
    • May 2019
    • April 2019
    • January 2019
    • December 2018
    • November 2018
    • October 2018
    • September 2018
    • August 2018
    • July 2018
    • March 2018
    • January 2018
    • November 2017
    • September 2017
    • March 2017
    • May 2015
    • December 2014

    Categories

    • Uncategorized

    Meta

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    Featured Posts

    • Tarbiah Kreatif Anjur Pertandingan Poster & Video Kreatif Canva

      0 comments
    • kalendar puasa 2021

      PERCUMA! Kalendar Puasa 2021

      0 comments
    • Tukar Background di Google Meet

      0 comments
    • Bengkel PowerPoint Gaya Korporat, 31 Okt di Kuala Terengganu

      0 comments
    • Trend Flat Design vs Realism dalam Media

      0 comments
    • Utama
    • Siapa Kami
    • Blog
    • GET SOCIAL
    Tarbiah Kreatif - Grafik Design & Multimedia

    © 2023 Hakcipta Terpelihara. TARBIAH KREATIF™

    TOP