Cinta Quran, Sayang Sunnah: Cipta Keseronokan Dalam Jiwa Anak-anak Terhadap Al-Quran
Membina peribadi Muslim adalah jauh lebih sukar dari mendidik kognitif. Pembentukan peribadi anak-anak memerlukan kefahaman dan penghayatan yang akan diterjemah dalam diri mereka.
Marilah bermula sekarang! Berseronoklah dalam mewujudkan CINTA pada Al-Quran! Pelbagai aktiviti menarik dalam Slot Eksplorasi Ibrah Al-Quran yang bakal dikongsikan bersama anak-anak nanti. Isikan cuti sekolah 2020 anak anda dengan penuh bermakna!
Setiap permainan yang dimainkan bersama anak-anak semestinya berdasarkan ayat-ayat Al-Quran yang menjadikan mereka lebih memahami, setiap permasalahan dalam kehidupan ini pastinya ada penyelesaiannya yang sudah Allah catatkan didalam Al-Quran.
Jangan lepaskan peluang ini untuk bersama-sama mewujudkan rasa CINTA kepada Al-Quran dalam diri anak-anak.
Tarikh : 17, 18 dan 19 Mac 2020
Hari : Selasa , Rabu dan Khamis
Tempat : Tarbiyyah Kreatif Training Centre, Wakaf Tembesu Kuala Terengganu
Jalan Gong Badak, Kampung Wakaf Tembesu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Terbuka untuk anak-anak berumur : 7 hingga 12 tahun
Tempat adalah terhad kepada 30 orang sahaja!
Hubungi kami segera untuk pendaftaran program
www.wasap.my/60199929682/DaftarQS2020
www.wasap.my/60163761102/DaftarQS2020
#TarbiyyahKreatif
#CintaAlQuranSayangiSunnah
#ProgramCutiSekolah2020
#KemCutiSekolah2020
- Published in Dakwah Kreatif
Pengajian Percuma Bersama Qari Bantu Penguasaan Al-Quran
KUALA TERENGGANU – Mengambil keberkatan bulan Ramadhan lalu, Tarbiyyah Kreatif Training Centre bertempat di Kg.Wakaf Tembesu mengambil inisiatif dengan membuka peluang kepada masyarakat memperbaiki dan menguasai bacaan Al-Quran bersama Qari Sheikh Bilal Al-Hossayny yang merupakan juri Majlis Tilawah Al-Quran Negeri Terengganu dan pernah menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa. Beliau yang berasal dari Iraq kini sedang menyiapkan pengajian di peringkat ijazah doktor falsafah di Universiti Malaysia Terengganu.
Kelas Tadarrus Al-Quran untuk dewasa ini diadakan setiap Jumaat bermula 10 Mei lalu dengan menekankan tajwid dan belajar secara talaqqi musyafahah bersama guru Qari Sheikh. Namun, ruang kelas dan masa mengikat jumlah penyertaan dihadkan 30 orang bagi satu sesi pengajian buat masa ini. Selain mengikuti bacaan Qari Sheikh dan pengajaran dalam tajwid, peserta juga diberi ruang menyampaikan bacaan masing-masing untuk disemak.
Tanpa mengenakan sebarang yuran, kelas ini merupakan sebuah program kemasyarakatan Tarbiyyah Kreatif di samping menganjurkan pelbagai bengkel grafik dan multimedia menggunakan perisian Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe Indesign, Adobe After Effects dan pelbagai lagi secara bertahap.
Menurut En. Mohd Izzuddin Ismail, Pengurus Tarbiyyah Kreatif, kelas talaqqi ini diadakan secara berterusan sehingga tamat atau ke tahap tarannum sebagai salah satu sumbangan TK kepada masyarakat setempat.
“Kami sangat berbesar hati di atas kesudian Qari Sheikh yang memilik sanad Al-Quran bersama kami memberikan khidmat pendidikan Al-Quran kepada masyarakat awam. Kelas talaqqi al-Quran ini memberi satu makna yang penting bagi kami dan semoga Allah memberkati usaha ini dan para peserta pengajian. Terima kasih di atas sambutan dan sokongan semua pihak kepada kami dalam menjayakan pengajian ini.”
Izzuddin Ismail, Pengurus Tarbiyyah Kreatif
Dalam bidang grafik dan multimedia, Tarbiyyah Kreatif telah menjalankan latihan sejak 2013 untuk pelbagai segmen; kerajaan, swasta, universiti awam dan swasta, usahawan serta komuniti masyarakat di seluruh negara. Pada Disember 2017, Tarbiyyah Kreatif membuka Tarbiyyah Kreatif Training Centre di Kuala Terengganu sebagai pusat latihan utama. Ia bertujuan untuk meberi pendedahan, melatih dan mendidik masyarakat terutama golongan muda dan para usahawan di Pantai Timur untuk bersaing di peringkat nasional dalam dunia teknologi digital memandangkan industri ini masih belum giat dijalankan di sini.
Untuk maklumat lanjut mengenai pengajian Quran atau bengkel grafik dan multimedia, sila layari www.tarbiyyahkreatif atau melalui halaman Facebook dan Instagram Tarbiyyah Kreatif atau hubungi 017-5658397 untuk pertanyaan dan penyertaan.

sdr 
cof 
cof 
cof 
cof 
cof 
cof 
cof 
dav 
dav 
ptr 
ptr
- Published in Dakwah Kreatif
Peraduan Grafik: Nasihat Puasaraya 2019
Sertai peraduan design kata-kata hikmah Nasihat Puasaraya 2019 anjuran TK.SYARAT-SYARAT UMUM PENYERTAAN1. Penyertaan atas nama individu sahaja. Penyertaan karya tidak terhad. Hanya yang terbaik akan dipilih. Boleh mengandungi imej tunggal atau karya pukal atau dalam satu album sehingga 10 imej dengan tema yang sama.2. Terbuka kepada seluruh rakyat berwarganegara Malaysia termasuk non-Muslim.3. Sekiranya mengandungi gambar, hendaklah mendapat kebenaran komersil atau memiliki hakcipta karya.4. Mengandungi sekurang-kurangnya SATU potongan atau sebutan ayat Al-Quran atau Hadis (terjemahan) atau mutiara kata yang baik atau infografik dakwah berkaitan Ramadhan, al-Quran dan Aidilfitri.5. Meletakkan logo penganjur dalam karya sebagai tanda karya ini adalah khas untuk peraduan ini.6. Dimuatnaik ke halaman Facebook dengan hashtag: #puasaraya dan #tarbiyyahkreatif7. Karya anda hendaklah dihantar menerusi emel dalam bentuk softcopy raw
(Ai/Ps/Cdr dll) ke admin@tarbiyyahkreatif.com selewat-lewatnya pada 31 Mei 2019 jam 5.00 petang. Penyertaan selepas tempoh tersebut tidak akan dilayan.SYARAT KHAS PERADUAN1. Karya dibina di atas saiz sekurang-kurangnya 1080 x 1080 pixel (segi empat sama).2. Format warna RGB.HADIAH PERADUAN5X Hadiah Utama : Baucar bernilai RM150
5X Hadiah Saguhati : Bernilai RM50Karya akan diadili 60% berdasarkan hantaran (post) di Facebook dengan jumlah LIKE, SHARE dan COMMENTS terbanyak dan 40% daripada penilaian panel juri TK.Keputusan pemenang pertandingan daripada Tarbiyyah Kreatif adalah muktamad.Keputusan akan diumumkan pada 2 Jun 2019 secara LIVE VIDEO di laman Facebook Tarbiyyah Kreatif.TAJAANKami juga turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menaja hadiah bagi para pemenang. Hubungi kami di talian tarbiyyah.wasap.my
- Published in Berita & Aktiviti






