Bengkel Teknodu’at Hasilkan Bahan Dakwah
BANGI: Seramai 30 peserta mewakili Dewan Pemuda, Muslimat dan mahasiswa dari PAS Kawasan dan Negeri seluruh Malaysia telah menghadiri Bengkel Tekno Du’at yang diadakan di sini semalam.
Bengkel Teknodu’at 2019
Pengerusi Lajnah Dakwah Muslimat PAS Malaysia, Dr Mardhiyah Hayati Salleh berkata, bengkel ini akan dapat mengisi kekurangan bahan-bahan dakwah untuk digunakan bersama kepada pelbagai entiti dakwah di bawah PAS.
“Bahan-bahan dakwah yang terhasil akan memudahkan para pendakwah mendekati masyarakat sama ada di media sosial mahupun di lapangan dengan sasaran dakwah lebih luas di mana skop penyediaan bahan merangkumi keperluan masyarakat Muslim mahupun bukan-Muslim.
“Kerjasama daripada semua pihak dalam penyediaan, dan design bahan dakwah diharapkan akan mewujudkan medium dakwah yang berinovasi dalam penyampaian dakwah sesuai dengan kehendak masyarakat alaf baru.”
Pengerusi Lajnah Dakwah Muslimat PAS Malaysia, Dr Mardhiyah Hayati Salleh
Setiausaha Lajnah Dakwah Pemuda PAS Pusat, Ustaz Hafizul Husni Alias telah memberi penghargaan kepada semua peserta kerana dapat mencapai sasaran cabaran penganjur untuk menghasilkan 100 reka bentuk bahan dakwah dalam program tersebut.
Beliau membangkitkan permasalahan yang berlaku terdahulu iaitu Lajnah Dakwah mengalami kekangan kerana kekurangan tenaga untuk menghasilkan bahan dakwah atau risalah sebagai edaran ketika melaksanakan street dakwah.
“Program ini telah merintis penghasilan pelbagai bahan dakwah untuk sebaran ke seluruh negara dan ini akan disusuli dengan penyediaan ‘Manual Dakwah’ oleh Dewan Pemuda PAS Pusat sebagai kit lengkap untuk para pendakwah PAS di Malaysia.”
Setiausaha Lajnah Dakwah Pemuda PAS Pusat, Ustaz Hafizul Husni Alias
Bengkel yang bertemakan Membina Media Didik Islamik ini adalah anjuran bersama Lajnah Dakwah Muslimat PAS Malaysia dan Pemuda PAS Malaysia telah memilih Founder Tarbiyyah Kreatif, Ustaz Izzuddin Ismail selaku penceramah dan pembimbing.

Antara pengisian bengkel oleh penceramah adalah mengenai Konsep Design, Teknik Viral dan ‘Tips and Tricks, Fundamental Of Grafic Design’ yang telah menjadi panduan kepada para peserta menghasilkan bahan-bahan meliputi 24 maudhu’ dakwah yang telah ditentukan.
Bersempena program tersebut juga, Lajnah Dakwah Muslimat telah melancarkan laman rasmi mereka iaitu Dakwah Muslimat Malaysia yang akan menjadi momentum untuk menyebarluaskan dakwah di media sosial. – HARAKAHDAILY 15/12/2019
- Published in Uncategorized
Bengkel Grafik Advanced Adobe Illustrator di KT
JOM UPGRADE skill Adobe Ai! Pakat mari Bengkel Grafik Advanced Illustrator buat pertama kali kat Gong Badok, Kuala Tranung.
Walaupun reti doh gune tapi selama ni duk main download dan edit design dari freepik je. Banyok fungsi tools tu dok tau lagi… Horr…
Molek ngat la mari belajor sini…
Hok Kite Akan Belajor:
+ Bezier Curve (advanced) – Pen Tools
+ Blend Tools (advanced)
+ Masking and Opacity Masking
+ 3D modeling
+ CC 2018 new features
+ Symbols & Styles
+ Glyphs
+ Transform (advanced)
Dok jupe kat tempat lain macam ni. Dengan harga yang sangat istimewa. Terhad 20 orang je! Kite dok repeat banyok kali kelas special untuk ADVANCED ni.
Nok masuk, wasap terus!
www.wasap.my/60175658397
Maklumat lanjut:
https://www.facebook.com/events/330418820870685/
- Published in Uncategorized
Bengkel Grafik Asas Adobe Illustrator di Kg Sri Aman, Puchong
Alhamdulillah, Bengkel Grafik Asas Adobe Illustrator bersama masyarakat Kg Sri Aman, Puchong berjalan dengan jayanya pada Ahad lalu. Terima kasih kepada JKP Zon 12 MPSJ di atas jemputan dan juga para peserta di atas komitmen dan ketekunan belajar sehingga tamat program. Semoga bermanfaat.
- Published in Uncategorized