Bermula 2013, dengan kepesatan kemajuan teknologi gajet dan internet, trend design telah berubah dari zaman realism (penuh efek – 3D, flares, detail texture dll) di era millennium ke flat design (solid flat color tanpa sebarang efek).
Faktor trend ini adalah bagi memudahkan perkongsian dan akses maklumat ke pelbagai peranti dan di seluruh pelusuk dunia, walaupun dengan kelajuan internet “super siput”.
Kemudian, beralih ke trend semi flat (konsep flat dicampur warna gradient atau sedikit efek seperti shadow dan flat 3D dengan warna solid) sekitar 2016 hingga kini.
Pelbagai konsep diadun bersama konsep flat dan semi-flat design. Antara yang menjadi trend kemudian ialah flat doodle, typography, origami dll.
Sekitar 2017, sebahagian web menukar konsep kepada hand drawing dan duotones dan kini bright color gradients.
Walau bagaimanapun, semua konsep ini masih relevan dan ada peminatnya yang tersendiri.
Di antara penganalisis dan “trend setter” utama dalam dunia reka grafik ialah web Shutterstock.com. Anda boleh ikuti web ini untuk perkembangan design semasa.
Berdasarkan pengalaman kami yang mengikuti analisis trend sejak 2012, kebiasaanya, trend akan meledak di US dan Eropah kemudian merebak ke Malaysia selepas 2-3 tahun berikutnya.
Ok. Cukup ni dulu secara ringkas. Anda boleh pelbagaikan design poster dengan 14 pilihan konsep design ini.
Selamat mencuba!