Bagi menyemarakkan semangat cintakan negara dan kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini, Tarbiah Kreatif mengadakan cabaran reka grafik menggunakan aplikasi dalam talian, Canva. Pertandingan Poster dan Video Kreatif ini berdasarkan tema Hari Kebangsaan Ke-64 “Malaysia Prihatin” berlangsung pada 31 Ogos hingga 10 September.
Pelbagai hadiah istimewa berjumlah RM3,000 untuk dimenangi.
Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Peserta diminta untuk menghantar poster bersaiz 1080 x 1080 px atau video berdurasi tidak melebihi 2 minit yang dihasilkan menggunakan Canva selewat-lewatnya pada 10 September 2021.
Untuk maklumat lanjut mengenai Tarbiah Kreatif, sila layari www.tarbiahkreatif.my atau di laman Facebook, Tarbiah Kreatif.