
Harga semasa Adobe Photoshop yang sebenar dan terkini (CC 2018) ialah RM88.87/bulanan. Harga berbeza sekiranya anda beli dalam pakej. Kalau anda nak yang ori, boleh check harga semasa di https://www.adobe.com/sea/ creativecloud/plans.html.
Tapi ada cara untuk dapatkan Photoshop yang ORI tapi FREE. Bukan trial version. Tapi FULL version. Macam mana tu??
Mudah saja dan ia LEGAL. Bukan PIRATE atau CRACK tau!
IKUTI 6 LANGKAH MUDAH DI BAWAH:
1. Daftar akaun My Adobe di web www.adobe.com

2. Sila ke pautan “Other downloads” di https://www.adobe.com/sea/downloads/other-downloads.html
3. Pilih Adobe CS2.

4. Klik “Accept”

5. Pilih English > Adobe Photoshop CS2. Mulakan download.

6. Install ke PC / laptop anda. Nombor lesen seperti yang tertera di web.

NOTA: Versi ini dikeluarkan oleh Adobe pada tahun 2005. Ia mempunyai banyak perbezaan dengan versi CS yang terkemudian yang berakhir pada tahun 2012. Manakala versi CC bermula tahun 2013 hingga kini. Justeru, Adobe CC mempunyai banyak kelebihan berbanding versi CS.
Versi CS2 ini amat ringan namun, tidak lagi boleh digunakan untuk komputer Windows 10 dan OS X 10.4 hingga yang terkini.