Adobe Photoshop dan Illustrator, kedua software ini sangat popular dikalangan pereka grafik. Yang lain pun ada juga, tapi kami boleh katakan dua ini antara yang paling popular digunakan. Dalam kerja-kerja design khasnya, masih terdapat ramai yang keliru antara dua perisian ini.
Ada sesetengah kerja dalam percetakan sesuai kita guna AI (Adobe Illustrator) untuk design dan ada sesetengah sesuai guna PS (Photoshop).
Lebih jelas lagi, design yang mengunakan AI akan menghasilkan design yang dipanggil vector image manakala design yang dihasilkan menggunakan PS pula dipanggil raster image. Bezanya, vector image ini apabila dibesarkan artwork tidak akan pecah atau kabur. Tidak seperti raster image yang bergantung kepada resolusi pixel.
Sebagai contoh, design logo atau t-shirt lebih baik guna AI untuk dapatkan format vector (walaupun guna PS pun boleh, sebab sekarang banyak method untuk produksi), tapi kalau nak edit gambar guna PS lebih bagus, ada banyak teknik manipulasi yang lawa-lawa boleh buat.
Sekarang ni, nak buat design name card atau banting guna PS pun boleh. Tapi pastikan mengikut ukuran saiz yang tepat.
Kebetulan menyetuh tentang perbezaan AI vs PS, di bawah ini ada infografik ringkas disediakan oleh M.A Kather dengan mudah menjelaskan 13 perbezaan antara kedua software ini.
Sumber: HaiCetak