Tarbiah Kreatif Anjur Pertandingan Poster & Video Kreatif Canva
Bagi menyemarakkan semangat cintakan negara dan kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini, Tarbiah Kreatif mengadakan cabaran reka grafik menggunakan aplikasi dalam talian, Canva. Pertandingan Poster dan Video Kreatif ini berdasarkan tema Hari Kebangsaan Ke-64 “Malaysia Prihatin” berlangsung pada 31 Ogos hingga 10 September.
Pelbagai hadiah istimewa berjumlah RM3,000 untuk dimenangi.
Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Peserta diminta untuk menghantar poster bersaiz 1080 x 1080 px atau video berdurasi tidak melebihi 2 minit yang dihasilkan menggunakan Canva selewat-lewatnya pada 10 September 2021.
Untuk maklumat lanjut mengenai Tarbiah Kreatif, sila layari www.tarbiahkreatif.my atau di laman Facebook, Tarbiah Kreatif.
- Published in Uncategorized
PERCUMA! Kalendar Puasa 2021
Sempena tahun baru 2021 yang bakal menjelang tiba, kami di Tarbiah Kreatif ingin mengedarkan Kalendar Puasa 2021 yang beresolusi tinggi dan sedia untuk dicetak dalam saiz A2, A3 atau A4.
Klik pautan di bawah untuk muat turun pada resolusi sebenar.
Terima kasih. Semoga ia menjadi kerja amal buat kita semua, memberikan semangat, iltizam dan rujukan untuk melaksanakan ibadah puasa sunat dan wajib.
Doakan kami.
#tarbiahkreatif
#kalendarpuasa2021
- Published in Uncategorized
Tukar Background di Google Meet
Inginkan privasi atau latar yang lebih menarik? Anda kini boleh ubah kepada latar virtual di Google Meet seperti juga di Skype, Zoom dan Microsoft Team.
Pilihan ini hanya tersedia bagi pengguna PC. Versi Android dan iOS masih belum ada fungsi tukar latar.
Tukar di Luar / Sebelum Talian
Pergi ke Google Meet > pilih meeting anda. Di ruang kanan bawah, klik Change Background.
Pilihan:
1. Kaburkan latar – Klik Blur your background.
2. Kabur sedikit – Klik Slightly blur your background.
3. Pilihan latar sedia ada – Klik gambar latar pilihan.
4. Muat naik latar sendiri – Klik Add “+”.
Klik “Join Now”.
P/s: Mengubah latar mungkin akan memperlahankan peranti anda.
Tukar Ketika Dalam Talian
Di sebelah kanan bawah, klik “More”. Klik “Change background”.
Anda juga mempunyai 4 pilihan seperti sebelum dalam talian.
P/s: Kamera akan dihidupkan secara automatik apabila anda klik “Change background”.
Tiada Pilihan untuk Menukar Latar?
Fungsi ini hanya wujud sekiranya anda memenuhi spesifikasi berikut:
- Chrome version M84 dan ke atas.
- Windows 64-bit sahaja.
- Enable / “on” Chrome Hardware.
- Browser yang menyokong WebGL 2.0.
- Published in Uncategorized
Bengkel PowerPoint Gaya Korporat, 31 Okt di Kuala Terengganu
Bosan template PowerPoint yang lama? Warna tak menarik? Design tak menawan? Infografik kurang mengancam? Gambar tak WOW?Nak nampak lebih profesional?MEH! Atas permintaan sahabat-sahabat, kami bawakan kembali Bengkel PowerPoint Gaya Korporat pada 31 Oktober ini di Tarbiah Kreatif – Grafik & Multimedia Kuala Terengganu.
Anda boleh mengubah persepsi atau pandang pertama orang yang sangat BERHARGA kepada syarikat anda melalui persembahan slide korporat yang POWER!
APA YANG ANDA AKAN PEROLEHI DARIPADA BENGKEL NI?
Anda akan dibimbing bagaimana untuk menghasilkan dan menyusun infografik syarikat anda dalam slide yang sepatutnya.Anda juga akan dibekalkan contoh yang lengkap. Tinggal lagi tukar gambar dan perkataan je. Bukan hanya edit. Kami bimbing sekali macam mana nak bina dan guna template.
Anda akan dapat menghasilkan slaid, iklan infografik, video infografik korporat, siap animasi, PDF softcopy profil syarikat ready to print yang LEBIH POWER dan BERTARAF DESIGNER PROFESIONAL! InsyaAllah.
PALING BEST! Ada tips & trik macam mana nak buat animasi yang bagus, font yang sedap pandang, warna yang WOW, gambar yang best, video yang cun! Program PADAT 1 hari siap latihan yang dibimbing dan akan disiapkan dalam bengkel.
TERHAD 15 orang sahaja di musim PKP ini. Sila patuhi SOP.
Maklumat lanjut di:https://www.facebook.com/events/3432680283511943/
Daftar segera di:https://tiny.cc/pptkorporat
KLIK TERUS ye!https://tiny.cc/pptkorporat
- Published in Uncategorized
Trend Flat Design vs Realism dalam Media
Setiap tahun saya akan update trend terkini dalam grafik berdasarkan trend global. Malah, ia dijadikan slot khusus dalam setiap siri bengkel grafik Tarbiah Kreatif – Grafik & Multimedia.
Saya pernah menulis tentang hal ni di sini:
https://tarbiahkreatif.my/blog/2019/10/21/14-konsep-design-dan-trend-grafik/
Bermula 2013, dengan kepesatan kemajuan teknologi gajet dan internet, trend design telah berubah dari zaman realism (penuh efek – 3D, flares, detail texture dll) di era millennium ke flat design (solid flat color tanpa sebarang efek). Kemudian, trend semi flat antara tahun 2015-2016.
Microsoft antara yang terawal. Android menyusul. Apple yang cuba mengekalkan ciri eksklusifnya akhirnya terpaksa mengikut arus dengan mengubah design 3D kepada semi flat.Trend itu juga berkembang ke Malaysia, baik dalam media cetak, media sosial, TV, UI/UX dan OS. Termasuk juga video, presentation dan animasi infografik. Semuanya beralih. Tukar kepada flat.
Tarbiah Kreatif – Grafik & Multimedia sejak awal dibina pada penghujung 2012 mengetengahkan konsep ringkas flat design. Kami gunakan ikon-ikon minimalis dalam karya design dakwah dan cuba ketengahkan flat design walaupun masih baru ketika itu. Beberapa siri penerangan isu semasa juga kami diterbitkan dalam bentuk infografik flat design. Kemudian, buku Nota Grafik Usrah.
Ada sahabat-sahabat menyapa saya, kenapa sebahagian media dakwah dan media rasmi kerajaan masih mengekalkan trend lama? Penuh dengan flare dan effects.
Tak ada masalah. Saya cuma mengetengahkan konsep baru. Jika para designer masih ingin mengekalkan citarasa sedia ada, terpulang. Ia hanya konsep design. Cuma mungkin ketinggalan 7 tahun ke belakang. Sama seperti konsep retro, grunge dan pop culture… Sama juga ketika designer lama menggunakan kerawang dan brushes dalam Photoshop. Raikan sahaja. Walaupun mungkin anda dah pakai blend mode dan konsep double exposure.
Tidak semestinya perlu mengikut trend. Anda boleh kekalkan konsep yang anda suka seperti beberapa media dakwah yang saya suka kunjungi. Mereka mengekalkan kosep design sedia ada, dan itulah citarasa designernya.
Tapi, pandangan awam tetap terkesan dengan trend. Mana yang old school mungkin dianggap tua, ketinggalan dan kurang diminati orang muda yang sifatnya sukakan trend yang baru. Tidak mengikut gaya generasi sebelumnya. Lumrah peredaran zaman.
Lagi satu tapi… sebagai orang seni, anda yang tentukan citarasa anda. Sebagai designer, anda perlu pentingkan padangan audien! Kerana karya anda adalah alat komunikasi.
Izzuddin Ismail
Tarbiah Kreatif
- Published in Uncategorized
Messenger Room Kini Di WhatsApp
Akhirnya, semua trio aplikasi milik Facebook dikuasakan dengan Messenger Room. Menariknya berbanding semua pesaing yang lain, WhatsApp, Facebook dan Instagram mempunyai pengguna yang tersendiri.
Dengan adanya fungsi Messenger Room anda boleh berkomunikasi secara “video call” rentas platform WhatsApp – Instagram – Facebook.
Fungsi ini telah dikuasakan dalam WhatsApp yang mula dikemaskini semalam untuk pengguna di seluruh dunia. Anda boleh gunakan sama ada dalam versi telefon pintar anda, di aplikasi PC mahupun WhatsApp Web.
Cara Menggunakan WhatsApp Messenger Room
Langkah 1: Buka WhatsApp (web/PC/Android/iOS), tekan butang panggilan video
Langkah 2: Klik “Create Room”
Langkah 3: Pilih “Continue in Messenger”. Anda akan dibawa ke aplikasi Messenger atau di aplikasi pelayar web anda kerana WhatsApp dan Messenger adalah dua aplikasi yang berbeza.
Langkah 4: Klik “Send Link on WhatsApp”untuk ke WhatsApp
Langkah 5: Pilih kontak atau WhatsApp Group untuk anda kongsikan pautan Messenger Room anda. Anda boleh menstrukturkan semula ayat untuk jemputan anda.
Langkah 6: Tekan butang “Send”
Pengguna boleh memasuki Room anda sebagai “Creator” atau “Guest”.
Anda juga boleh kongsikan (Share) ke pelbagai aplikasi lain selain WhatsApp – Instagram – Facebook dengan syarat, bila nak gunakan mesti pakai Messenger juga.
SELAMAT MENCUBA!
Tarbiyyah Kreatif
www.tarbiyyahkreatif.com
- Published in Uncategorized
Messenger Rooms Rentas Platform
DAH CUBA MESSENGER ROOMS?
Ya, Messenger Rooms akhirnya sudah boleh digunakan. Rooms berfungsi untuk group video calls sehingga 50 orang. Rooms penting untuk kegunaan harian dalam kondisi sekarang setelah ramai warganet menggunakan platform pendahulu Facebook; Zoom, Hangout Meets dan Teams. Seperti aplikasi lain, ia juga menyokong fungsi ‘Screen Share’.
MESSENGER ROOMS DI FB & IG
Menariknya, seperti kami maklumkan sebelum ini, Messenger Rooms boleh guna rentas platform! Anda boleh ‘join group’ dengan log masuk menggunakan FB, IG atau melalui aplikasi Messenger dengan menggunakan nombor telefon bimbit anda. Cubalah di IG dan FB anda!
Malah, akan datang, kawan anda dari WhatsApp juga boleh sertai panggilan video tersebut.
Selain aplikasi telefon di platform Android dan iOS, Messenger turut menawarkan aplikasi untuk versi PC di App Store dan Microsoft Store. Anda boleh gunakan Messenger tanpa perlu melalui aplikasi pelayar web.
DAH LIHAT FACEBOOK PORTAL?
Portal belum dijual secara rasmi di Malaysia. Tetapi, beberapa kedai online dalam platform Shopee sudah menjualnya. Portal memberi kemudahan panggilan video melalui tv atau gadget ringkasnya, tanpa perlu anda bergantung kepada telefon bimbit atau komputer. Mudah untuk menghubungi anak kecil atau nenek anda di kampung.
Di Amerika, Facebook bukan sahaja menyokong e-commerce, malah turut menawarkan pembayaran secara PayPal dan e-payment yang tersendiri di Facebook dan WhatsApp.
Fungsi e-payment kini telah melebarkan sayap ke Brazil. Setakat ini, belum ada sebarang maklumat rasmi berkaitan penawaran perkhidmatan ini di Asia Pasifik yang dijangka akan memberi saingan sengit kepada pemain sedia ada di negara ini; GrabPay, M2UPay, Boost dan TnGo e-Wallet.
Izzuddin Ismail
Tarbiyyah Kreatif
www.tarbiyyahkreatif.com
- Published in Uncategorized
WhatsApp Bakal Hilang Citarasanya Tersendiri?
Terbaharu, setelah sekian lama Mark Zuckerberg mengambil alih syarikat gergasi itu kepada miliknya, beliau mungkin mula mengambil langkah sama seperti di Facebook dan Instagram.
WhatsApp adalah sebuah platform dan pengalaman yang hebat untuk berbilion pengguna di seluruh negara kerana tiada iklan diantra ruang sembang (chat), tiada gangguan promosi ‘pop-up message’ dan sebagainya, namun adakah semua keindahan ini bakal tamat setelah WhatsApp menjadi sebahagian keluarga Facebook ?
Bahkan, Brian Acton dan Jan Koum merupakan pengasas awal kepada WhatsApp juga meletak jawatan setelah didapati berbeza pendapat dengan pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg mengenai privasi data, dan mereka hanya mahu sebuah ruang sembang yang murni tanpa gangguan iklan dan sebagainya.
Langkah Zuckerberg merasakan platform WhatsApp terbaik untuk mempromosikan iklan kerana ramai yang tidak peduli apabila di iklan kan di tempat lain, jadi beliau mengambil peluang keatas syarikat gergasi rangkaian sosial ini kerana merasakan pengguna lebih mudah percaya dengan pengiklanan yang lebih tinggi.
TARBIYYAH KREATIF
Sumber : The Tribune, 13 July 2020
- Published in Uncategorized
GIVEAWAY: Taqwim Waktu Solat & Berbuka Ramadhan 1441H
Masih Mencari Kalendar Waktu Berbuka Puasa?
Kami nak kongsi di sini e-poster HD bersaiz A2. Download je di sini.
PERCUMA SAHAJA! Korang boleh cetak sendiri je kat rumah… TERHAD kepada 4 Zon berikut:
+ TERENGGANU – K.Terengganu/Marang/K.Nerus
+ TERENGGANU – Kemaman/Dungun
+ SELANGOR – Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Shah Alam
+ W. PERSEKUTUAN – Putrajaya/Kuala Lumpur
Ramadhan tiba! Ramadhan tiba! Ramadhan tiba!
Klik butang kanan pada gambar dan klik “Save Image As”
Selamat menjalani ibadah puasa.
- Published in Uncategorized
Aplikasi Pilihan Untuk Mesyuarat ‘Online’ Anda Ketika PKP
Masih mencari apakah aplikasi yang sesuai untuk mesyuarat syarikat anda secara atas talian? Nak yang percuma? Murah? Rentas platform iOS dan Android? Mudah digunakan? Ringan? Dan mungkin jarang digunakan atau sementara sahaja.
Tidak perlu tergesa-gesa untuk melanggan aplikasi berbayar. Kami kongsikan di sini sedikit maklumat aplikasi yang sebenarnya telah sedia ada di sekeliling anda, malah PERCUMA untuk perbandingan, pertimbangan dan anda gunakan selepas ini.
1. GOOGLE HANGOUTS MEET (Android / Windows / iOS / MacOS)
Jika anda pengguna G Suite, lebih baik anda terus menggunakan Google Hangouts Meet kerana ia termasuk aplikasi dalam pakej tersebut. Ia boleh menampung sesi konferensi sehingga 250 pada satu masa. Manakala, bagi pengguna Google biasa (akaun percuma), anda boleh menggunakan Google Hangouts untuk sesi mesyuarat sehingga 10 orang pada satu masa. Aplikasi ini sangat mudah, ringkas dan diintegrasi terus dengan Google Contacts dan Calendar anda. Anda boleh terus set mesyuarat dalam Calendar dan jemput rakan anda dari Contacts sedia ada.
2. SKYPE (Android / Windows / iOS / MacOS)
Ia adalah aplikasi yang sangat popular selepas kegemilangan Yahoo! Messenger suatu ketika dahulu. Bagi pengguna Windows, anda boleh menggunakan aplikasi ini yang telah sedia ada dalam komputer anda kerana ia juga milik Microsoft. Skype boleh menampung sehingga 50 orang panggilan video pada satu masa. Sama seperti aplikasi Hangouts yang rentas platform, Hangouts dan Skype juga boleh digunakan secara online di web.
3. WORKPLACE BY FACEBOOK (Android / Windows / iOS / MacOS)
Paparan Workplace seperti Facebook, memudahkan anda menggunakannya. Jangan risau. Workplace seperti Instagram dan WhatsApp dibina secara berasingan tanpa mengganggu akaun Facebook peribadi anda. Tidak seperti G Suite yang dilihat berasingan, Workplace menawarkan fungsi Group, Chat dan Video Call pada satu laman yang sama. Bagi sesi panggilan video atau konferens, ia mampu menampung sehingga 50 orang pada satu masa. Ia juga boleh diintegrasi dengan Cloud storan simpanan anda (Google Drive, OneDrive, Box, Dropbox dan lain-lain) Cukup untuk anda bekerja dari rumah atau secara ‘remote’!
4. Microsoft Teams (Android / Windows / iOS / MacOS)
Bagi pelanggan sedia ada Microsoft 365 for Business, Microsoft Teams telah termasuk dalam pakej. Bagi anda yang ingin menjadi pelanggan baru, anda boleh gunakan secara PERCUMA di musim PKP Covid-19 ini.
Aplikasi ini boleh dimuat turun di laman Microsoft setelah anda mendaftar atau anda boleh gunakan secara atas talian melalui pelayar internet (Web Browser) sahaja.
Selain ‘chatting’ dan mesyuarat secara audio, Microsoft Teams turut menyokong sesi konferens video atau panggilan video sehingga 250 orang dan webinar atau ‘online event’ sehingga 10,000 penyertaan dari dalam mahupu luar organisasi anda.
5. FACETIME (iOS / MacOS)
Bagi pengguna Apple, anda boleh gunakan aplikasi sedia anda dan percuma dalam iPhone, iPad atau Mac anda, FaceTime. Ia sangat mudah dan ringkas. FaceTime mampu menampung sehingga 32 orang bagi sesi panggilan video. Namun, kelihatan sedikit tidak formal dan lebih sesuai untuk penggunaan peribadi atau keluarga.
6. SNAPCHAT (Android / Windows / iOS / MacOS)
Anda juga boleh menggunakan SnapChat juga sebagai alternatif. Ia mampu menampung sehingga 16 orang secara panggilan video pada satu masa manakala, bagi “Group call” secara audio boleh menampung sehingga 32 orang.
7. WHATSAPP (Android / Windows / iOS / MacOS)
Atau juga ingin santai dan hanya perlukan untuk kumpulan kecil 2 hingga 4 orang, anda boleh sekadar menggunakan aplikasi WhatsApp.
Isu Sekuriti Aplikasi ZOOM
Jangan gunakan aplikasi ZOOM walaupun ia agak popular ketika tempoh PKP ini. Ramai yang mencuba. Bagi akaun percuma ia mampu menampung sehingga 50 orang pada satu masa. Tetapi, hanya terhad sehingga 40 minit sahaja untuk mesyuarat berlangsung. Anda boleh menjadualkan mesyuarat dengan mudah tetapi proses untuk permulaan mungkin agak janggal dan rumit. Kelebihannya, ia mempunyai fungsi webinar. Selain ZOOM, anda mungkin temui aplikasi sepertinya (GoToMeeting, WebEx dan Join.Me) yang lebih sesuai dan khusus untuk mesyuarat atau sesi konferens namun sangat terbatas bagi akaun percuma dan berbayar untuk fungsi sepenuhnya berbanding aplikasi lain di atas.
Kami juga lebih suka aplikasi sedia ada dalam telefon dan laptop anda seperti Hangouts, Skype, Microsoft Team dan Workplace. Zoom bukan sahaja lebih mahal dan rumit, malah berlaku isu sekuriti dan kebocoran data beberapa hari lalu. Ia tidak kukuh dan tidak selamat.
ZOOM mengalami overnight success. Naik secara tiba-tiba ketika musim PKP di seluruh dunia dengan sistem sekuriti yang belum kukuh menyebabkan scammer dan hackers berjaya sakan.
Oleh: Izzuddin Ismail @ Tarbiyyah Kreatif – Grafik & Multimedia
www.tarbiyyahkreatif.com
#covid19
#dudukrumah
#stayathome
#workfromhome
#tarbiyyahkreatif
- Published in Uncategorized