Apps Apa Bagus Untuk Edit Video Dengan Smartphone?
Hari ni kami nak share pasal aplikasi video editing untuk mobile phone.

1. KineMaster – iOS, Android
Aplikasi percuma ni sangat popular di kalangan netizen di Malaysia. Sampai artis-artis, Youtuber, Instafamous pun pakai. Sangat simple. Sekadarnya. Nak viral, konten kena bagus atau buat orang meluat. Baru jadi. VivaVideo adalah pesaing utama. Fungsi yang sama.
2. FilmoraGo – iOS, Android, (Filmora for Mac, Windows)
Kalau pelajar kampus atau remaja yang terdedah kepada software video editing, diorang lebih suka FilmoraGo. Features yang lengkap.UI/UX yang bagus. Mudah dikendalikan.
3. Magisto – iOS, Android
Pesaing rapat FilmoraGo. Fungsi yang hampir sama. Sangat mudah walaupun seorang amatur dan sangat selesa digunakan dalam henfon (UI/UX terbaik!)
4. PowerDirector – Android, Windows
Dalam 5 tahun lalu, apps ni paling popular untuk henfon. Tapi sekarang tidak lagi. Fungsinya lengkap. Lebih kurang sama macam kat PC. Tapi UI/UX seperti versi PC ni kurang sesuai untuk henfon. Orang pakai henfon nak cepat dan mudah. So, rupanya kena ubah. Kalau pakai tab lebih selesa.
5. Adobe Premiere Rush – Android, iOS
Nama je Adobe mesti best kan… Hi-End. Yup! Mudah. Boleh integrate dengan versi PC Adobe Premiere Pro untuk MacOS dan WIndows. Tapi nak pakai full version kena beli. RM47 sebulan bai… Bukan selama-lamanya… Lagi Yahudi, tak termasuk Adobe Premiere Pro.
6. Adobe Spark – iOS, Android, online (Windows, MacOS)
Nak FREE pakai yang ni. Boleh buat design untuk post (Adobe Spark Post) dan video (Adobe Spark Video). Boleh buat kat PC juga secara online. Macam Canva. Tapi yang ni ada watermark… haha~ kalau nak yang Premium atau full version, sama macam Rush juga. RM47 sebulan!
7. Quik – iOS, Android
Dibangunkan oleh GoPro. Ada GoPro lagi best. Tapi boleh je dari henfon korang pun. Mudah dan FREE.
Nak tau lebih lanjut, mana yang best, kurang best, murah, mahal, Senang guna? Sertai Bengkel Video Editing Smartphone 15 Mac ini di Tarbiyyah Kreatif – Grafik & Multimedia Kuala Terengganu.
- Published in Video & Multimedia
Majlis Solat Hajat & Doa Selamat TK 2020
Terima kasih sahabat-sahabat yang hadir ke Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat di teratak @tarbiyyahkreatif pagi Jumaat yang penuh barakah yang lalu. InsyaAllah, kami berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan reka grafik, percetakan dan studio fotografi dan video di sini.
Jazakallah khairan القارئ بلال الحسيني Qari Sheikh Bilal Al-Hossayny yang memimpin Solat dan doa serta para jemaah, tetamu, sahabat trainer dan pelanggan kami. Alhamdulillah. Semoga Allah merahmati kita semua.
Doakan kami dan teratak ini agar sentiasa diberkati Allah, diimarahkan dengan majlis-majlis ilmu dan zikrullah, menjadi punca rezeki yang halal lagi barakah serta dilindungi dari anasir yang tidak baik.
Terima kasih juga di atas bimbingan dan sokongan pihak RISDA. Tetap hadir walaupun tak sempat dengan majlis.
- Published in Berita & Aktiviti
Media Cetak vs Media Digital
Ramai yang bertanya kami tentang masa depan media cetak terutamanya setelah berakhirnya sebuah legasi surat khabar, Utusan Malaysia. Wallahua’lam…
Bagi kami sama ada buku, banner, bunting, poster dan semua bahan iklan bercetak… Ia masih kekal relevan, melainkan suatu masa nanti ada media lain yang mampu tukar ganti. Contohnya semua orang akan pakai billboard elektronik sahaja dengan harga yang murah. Mungkin masa itu bahan cetak tidak lagi laku.
Tetapi setakat ini tiada tanda begitu. Bahan visual grafik statik tetap dipamer sekalipun di media sosial dan internet, videografik makin mendominasi setiap platform.
Jadi, tidak salah untuk anda terus menyediakan perlhidmatan atau menggunakan bahan visual statik seperti poster, infografik, banner dll.
- Published in Reka Bentuk
Mudah Je Nak Edit Gambar di ‘Musim’ Jerebu
Ada banyak kaedah untuk sunting gambar dalam persekitaran berjerebu supaya lebih jelas. Namun, bermula Adobe Photoshop CC 2015 dan Adobe Lightroom Classic CC 2015, ia menjadi lebih mudah!

Photoshop
1. Klik Filter > Camera Raw Filter2. Tinggikan amaun ‘Dehaze’ untuk mengurangkan kesan jerebu

Lightroom
1. Tinggikan amaun ‘Dehaze’ pada ruangan ‘Presence’ dalam panel ‘Basic’.

MUDAH SANGAT KAN?
www.tarbiyyahkreatif.com
#tarbiyyahkreatif
- Published in Adobe
Flat VS Realism Design Trend
Design berkonsep flat telah menguasai trend dunia grafik sejak 2013 hingga sekarang kerana ciri-cirinya:
- Fail yang ringan dan mesra semua gadjet dan dalam semua kelajuan internet.
- Tanpa efek. Tidak memerlukan ‘shadow’, ‘flare’ bagai, tekstur, gradien dan lain-lain kerana ia akan memberatkan fail dan loading. Teknik warna gelap menggantikan ‘shadow’.
- Warna yang menyerlah. Warna flat yang solid tidak terlalu terang, tapi tidak pula kusam. Sesuai dan mudah dipilih.
- Tipografi. Tulisan yang sederhana. Mudah dibaca.

REALISM
Sejak 2013 lagi, kami jarang hasilkan grafik sarat efek 3D dan lain-lain berkonsep realism walaupun mahir kerana ia agak ketinggalan. Zaman realism bermula pada gerbang alaf 21 (tahun 1999 – 2012) di mana orang berlumba-lumba menghasilkan design dengan efek 3D kerana perkembangan animasi 3D ketika itu.
Lihat saja konsep design di web tahun 2000-an… ditambah fungsi hover dan lain-lain.

FLAT MENGUASAI TREND
Setelah ledakan internet 3G dan 4G, dunia inginkan bahan mudah diakses di internet di seluruh pelusuh dunia, hatta di ceruk kampung dan dengan peranti yang berkualiti rendah. Maka, bahan grafik mesti berkonsep minimal untuk mudahkan capaian. Kejar trafik dan viral. Justeru, flat menjadi pilihan berbanding design yang sarat tetapi sukar dicapai atau dikongsi. Baik dalam medium visual design grafik mahupun video grafik. Muncullah trend infografik dan tipografi.
Trend ini sudah sekian lama wujud, namun dipopularkan kembali oleh Microsoft menerusi Windows 8 dan Google menerusi OS Android. Realism pula ibarat Apple dan sememangnya Apple masih berkonsep realism. Masih tetap ada market tapi dilihat eksklusif dan tidak semua orang mampu capai.
ADAPTASI FLAT-REALISM
Namun sejak 2016, trend ini mula beradaptasi dengan tambahan efek daripada teknik realism dan digelar semi-flat design.

Sebab itu kami sentiasa memilih warna design yang solid flat… Kadang-kadang mix juga dengan shadow, flare dan gradient. Konsep semi-flat.
www.tarbiyyahkreatif.com
#tarbiyyahkreatif
- Published in Reka Bentuk
Peraduan Grafik: Nasihat Puasaraya 2019
Sertai peraduan design kata-kata hikmah Nasihat Puasaraya 2019 anjuran TK.SYARAT-SYARAT UMUM PENYERTAAN1. Penyertaan atas nama individu sahaja. Penyertaan karya tidak terhad. Hanya yang terbaik akan dipilih. Boleh mengandungi imej tunggal atau karya pukal atau dalam satu album sehingga 10 imej dengan tema yang sama.2. Terbuka kepada seluruh rakyat berwarganegara Malaysia termasuk non-Muslim.3. Sekiranya mengandungi gambar, hendaklah mendapat kebenaran komersil atau memiliki hakcipta karya.4. Mengandungi sekurang-kurangnya SATU potongan atau sebutan ayat Al-Quran atau Hadis (terjemahan) atau mutiara kata yang baik atau infografik dakwah berkaitan Ramadhan, al-Quran dan Aidilfitri.5. Meletakkan logo penganjur dalam karya sebagai tanda karya ini adalah khas untuk peraduan ini.6. Dimuatnaik ke halaman Facebook dengan hashtag: #puasaraya dan #tarbiyyahkreatif7. Karya anda hendaklah dihantar menerusi emel dalam bentuk softcopy raw
(Ai/Ps/Cdr dll) ke admin@tarbiyyahkreatif.com selewat-lewatnya pada 31 Mei 2019 jam 5.00 petang. Penyertaan selepas tempoh tersebut tidak akan dilayan.SYARAT KHAS PERADUAN1. Karya dibina di atas saiz sekurang-kurangnya 1080 x 1080 pixel (segi empat sama).2. Format warna RGB.HADIAH PERADUAN5X Hadiah Utama : Baucar bernilai RM150
5X Hadiah Saguhati : Bernilai RM50Karya akan diadili 60% berdasarkan hantaran (post) di Facebook dengan jumlah LIKE, SHARE dan COMMENTS terbanyak dan 40% daripada penilaian panel juri TK.Keputusan pemenang pertandingan daripada Tarbiyyah Kreatif adalah muktamad.Keputusan akan diumumkan pada 2 Jun 2019 secara LIVE VIDEO di laman Facebook Tarbiyyah Kreatif.TAJAANKami juga turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menaja hadiah bagi para pemenang. Hubungi kami di talian tarbiyyah.wasap.my
- Published in Berita & Aktiviti
Bengkel Adobe After Effects, Kini di Kuala Terengganu

Atas permintaan ramai, kami adakan juga Bengkel Asas Adobe After Effects buat julung kalinya di Kuala Terengganu. Permintaan ini dah lama. Cuma jadual kami penuh. Alhamdulillah, berjaya juga adakan Bengkel Video After Effects hari ni di KT dengan sambutan yang sangat baik. Ada dua orang datang jauh dari KL nak belajar. Ada cikgu, kakitangan kerajaan, mahasiswa dan usahawan. MasyaAllah. Semoga bermanfaat.
- Published in Berita & Aktiviti
Bengkel Video Dakwah di UPSI

Bengkel Video Dakwah bersama adik-adik mahasiswa di UPSI. Kehadiran penuh 100 orang dari pelbagai bangsa dan agama. Hebat Al-Mursyidin Club. Tahun lepas juga begini… bersama kami dalam Bengkel Adobe Photoshop. Mahasiswa UPSI antara pelanggan tetap kami. Setiap tahun, dua, tiga kali kami bermusafir ke Tanjung Malim. Terima kasih banyak-banyak.
Paling seronok bila review hasil karya diorang. Ramai berbakat! Thanks for your big effort to create such awesome videos!
Juga terima kasih di atas hadiah yang cukup bermakna buat kami.
- Published in Berita & Aktiviti
Menuju ke Alam Lensa bersama Mahasiswa UPSI
Alhamdulillah, hebat mahasiswa UPSI. Bengkel khusus photo editing menggunakan aplikasi Adobe Photoshop dan video editing menggunakan Adobe After Effects ini sangat mengujakan. Ada di kalangan mahasiswa Sains Komputer turut hadir. Pelajar Muslim dan Non-Muslim tak kekok untuk sertai, belajar bersama kami untuk kuasai dua perisian ini di Bilik Seminar Pusat Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dan… Setiap kali program di UPSI, jumlah peserta mencecah 100 orang! Penat tapi bersemangat dan seronok bila ramai-ramai macam ni. TAHNIAH penganjur, Al-Mursyidin Club!
Semoga bermanfaat!

- Published in Berita & Aktiviti


















