Bengkel Advanced Photoshop dan Illustrator Siri Terakhir 2019

INGIN TINGKATKAN KEMAHIRAN VISUAL GRAFIK?
Takkan nak sama je tahap design dulu dengan sekarang… JOM belajar guna tools dan advance features Adobe Photoshop dan Illustrator!
Kami telah mengendalikan pelbagai kursus dan bengkel tahap ADVANCE untuk para pereka grafik dan trainer yang nak UPGRADE SKILLS diorang.
InsyaAllah, atas permintaan ramai Tarbiyyah Kreatif akan meneruskan Bengkel Visual Grafik: Advanced Photoshop akan diadakan pada 30 November dan Bengkel Visual Grafik: Advanced Illustrator pada 7 Disember, siri terakhir pada tahun ini di Tarbiyyah Kreatif Training Centre, Kuala Terengganu.
Klik pautan di atas atau di ruangan fb.com/tarbiyyahkreatif/events untuk kandungan kursus dan maklumat lanjut mengenai bengkel ini.
Pendaftaran DIBUKA sekarang! TERHAD 30 orang sahaja!
Scan QR CODE atau layari https://tiny.cc/grafiknov atau wasap terus kami untuk pendaftaran:
www.wasap.my/60105758397/AdvancedPhotoshop
www.wasap.my/60105758397/AdvancedIllustrator
- Published in Berita & Aktiviti
Adobe Perkenal Photoshop dan Illustrator Versi Penuh Untuk iPad
Sebagaimana telah diumumkan sejak Oktober tahun lalu, Adobe masih giat membangunkan perisian Adobe Photoshop versi iPad dengan keupayaan sepenuhnya seperti di platform PC.
Perisian ini dijadualkan akan dilancarkan selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Terkini, Adobe juga telah mengumumkan untuk membawa Adobe Illustrator sepenuhnya ke platform iPad menyusul selepas Adobe Photoshop dan dijadualkan akan berada di pasaran pada tahun depan.
Ini mungkin mengubah pasaran Apple yang agak merosot kerana Macbook Pro dan iMac sehingga kini masih belum dikuasakan dengan pen dan skrin sentuh. Maka, pengguna dan peminat Apple kini mempunyai pilihan dengan menggunakan iPad tanpa perlu berhijrah kepada jenama lain.
Selain Adobe, pereka grafik juga mempunyai pilihan yang setara di platform iPad iaitu Affinity Designer yang telah mendahului lebih awal sebagai perisian reka grafik cross platform, dan Autodesk Sketch Pro.

#tarbiyyahkreatif
www.tarbiyyahkreatif.com
- Published in Adobe
Bengkel Kuasai Grafik Perkasa Pemasaran Digital & Usahawan Percetakan

cof 
dav 

















KUALA TERENGGANU – Bengkel Kuasai Grafik selama 3 hari telah berlangsung dengan jayanya pada 11-13 Oktober 2019 di Tarbiyyah Kreatif Training Centre Kuala Terengganu. Bengkel ini merangkumi latihan visual grafik perisian Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan Adobe Indesign.
Sambutan yang hangat memenuhkan bilik seminar Tarbiyyah Kreatif Training Centre. Peserta yang hadir terdiri daripada para usahawan, designer, trainer grafik, pegawai IT, pelajar dan guru yang hadir dari pelbagai daerah di Terengganu, Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur.
Terdapat juga peserta-peserta yang telah hadir beberapa sesi kerana ingin mengulangkaji dan menggilap kemahiran yang ada.
Latihan ini merangkumi servis percetakan biasa, korporat, media sosial termasuk penerbitan buku.
Semangat para peserta ditonjolkan dengan hasil kerja yang dihantar untuk sesi penilaian oleh jurulatih.
Semoga program ini dapat menambah nilai dan mutu perkhidmatan serta pemasaran perniagaan masing-masing.
- Published in Berita & Aktiviti
Tarbiyyah Kreatif Turut Menjayakan Karnival Inovasi ICT Negeri Terengganu 2019
KUALA TERENGGANU – Karnival Inovasi ICT Negeri Terengganu 2019 telah berlangsung dengan jayanya pada 6-8 Oktober 2019 di Terengganu Digital Hub – TD1303 Coworking Space. Pelbagai program menarik diadakan antaranya, pertandingan Esport seperti PUBG dan Mobile Legend, pertandingan Bayblade, Demonstrasi Robotik dan Percetakan 3D, Science Challenge, Cabaran Stem, Robot Tracer, Pengalaman Virtual Reality dan Portable Dome Show.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Tekonlogi Maklumat, Ariffin Deraman berkata, program tersebut ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negeri Terengganu.
Program tersebut merupakan flatform terbaik bagi memberi pendedahan dan kesedaran tentang perkembangan teknologi ICT semasa serta memberi peluang kepada pengunjung untuk mengikuti taklimat dan bengkel ICT yang ditawarkan secara percuma oleh pemiliknya.
Antaranya ialah MCMC, MDEC, MAMPU, PDRM, Marii, SMEcorp, MIDF, Softbravo, Tarbiyyah Kreatif, MAGIC dan TD1303
YB Ariffin Deraman, EXCO Kerajaan Negeri Terengganu merangkap ADUN Alur Limbat.
Tarbiyyah Kreatif turut menyumbang tenaga dengan slot Adobe Illustrator Workshop pada 6 Oktober 2019.
Sebanyak 22 agensi pempamer daripada jabatan dan agensi kerajaan dan swasta serta sekolah2 di seluruh negeri Terengganu turut mengambil bahagian untuk mempamerkan hasil produk inovasi ICT.
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 8 Oktober 2019.
- Published in Berita & Aktiviti
PROMOSI 3-in-1 Bengkel Kuasai Grafik Adobe Ps, Ai dan Id
PROMOSI ISTIMEWA OKTOBER INI – PAKEJ LENGKAP VISUAL GRAFIK DARI ZERO SELAMA 3 HARI!

Kombo 3 software utama visual grafik. Kelas asas yang lengkap. Sesuai untuk usahawan, peniaga, pereka grafik junior, mahasiswa, pelajar dan sesiapa sahaja yang ingin menyungkil bakat atau memupuk minat dalam grafik.
Anda akan belajar buat flyer, banner, buku, majalah, ebook, brosur, logo, ilustrasi dan iklan digital.
Semuanya dalam bengkel khas selama 3 HARI pada HARGA ISTIMEWA! Biasa dengan kami RM300. Kali ni je… kami kasi kurang 40-50%. Tak repeat dah ni. Mana sempat, dia rembat dulu…
Berminat? Ajak kawan sekali. Boleh berpakat buat kerja grafik lepas ni.
Untuk pendaftaran,
IMBAS je kod QR ni
atau layari: http://tiny.cc/grafikokt
atau wasap ke www.wasap.my/60175658397
KANDUNGAN BENGKEL:
TENTANG KAMI:
- Published in Sumber & Promosi
Pengajian Percuma Bersama Qari Bantu Penguasaan Al-Quran
KUALA TERENGGANU – Mengambil keberkatan bulan Ramadhan lalu, Tarbiyyah Kreatif Training Centre bertempat di Kg.Wakaf Tembesu mengambil inisiatif dengan membuka peluang kepada masyarakat memperbaiki dan menguasai bacaan Al-Quran bersama Qari Sheikh Bilal Al-Hossayny yang merupakan juri Majlis Tilawah Al-Quran Negeri Terengganu dan pernah menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa. Beliau yang berasal dari Iraq kini sedang menyiapkan pengajian di peringkat ijazah doktor falsafah di Universiti Malaysia Terengganu.
Kelas Tadarrus Al-Quran untuk dewasa ini diadakan setiap Jumaat bermula 10 Mei lalu dengan menekankan tajwid dan belajar secara talaqqi musyafahah bersama guru Qari Sheikh. Namun, ruang kelas dan masa mengikat jumlah penyertaan dihadkan 30 orang bagi satu sesi pengajian buat masa ini. Selain mengikuti bacaan Qari Sheikh dan pengajaran dalam tajwid, peserta juga diberi ruang menyampaikan bacaan masing-masing untuk disemak.
Tanpa mengenakan sebarang yuran, kelas ini merupakan sebuah program kemasyarakatan Tarbiyyah Kreatif di samping menganjurkan pelbagai bengkel grafik dan multimedia menggunakan perisian Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe Indesign, Adobe After Effects dan pelbagai lagi secara bertahap.
Menurut En. Mohd Izzuddin Ismail, Pengurus Tarbiyyah Kreatif, kelas talaqqi ini diadakan secara berterusan sehingga tamat atau ke tahap tarannum sebagai salah satu sumbangan TK kepada masyarakat setempat.
“Kami sangat berbesar hati di atas kesudian Qari Sheikh yang memilik sanad Al-Quran bersama kami memberikan khidmat pendidikan Al-Quran kepada masyarakat awam. Kelas talaqqi al-Quran ini memberi satu makna yang penting bagi kami dan semoga Allah memberkati usaha ini dan para peserta pengajian. Terima kasih di atas sambutan dan sokongan semua pihak kepada kami dalam menjayakan pengajian ini.”
Izzuddin Ismail, Pengurus Tarbiyyah Kreatif
Dalam bidang grafik dan multimedia, Tarbiyyah Kreatif telah menjalankan latihan sejak 2013 untuk pelbagai segmen; kerajaan, swasta, universiti awam dan swasta, usahawan serta komuniti masyarakat di seluruh negara. Pada Disember 2017, Tarbiyyah Kreatif membuka Tarbiyyah Kreatif Training Centre di Kuala Terengganu sebagai pusat latihan utama. Ia bertujuan untuk meberi pendedahan, melatih dan mendidik masyarakat terutama golongan muda dan para usahawan di Pantai Timur untuk bersaing di peringkat nasional dalam dunia teknologi digital memandangkan industri ini masih belum giat dijalankan di sini.
Untuk maklumat lanjut mengenai pengajian Quran atau bengkel grafik dan multimedia, sila layari www.tarbiyyahkreatif atau melalui halaman Facebook dan Instagram Tarbiyyah Kreatif atau hubungi 017-5658397 untuk pertanyaan dan penyertaan.

sdr 
cof 
cof 
cof 
cof 
cof 
cof 
cof 
dav 
dav 
ptr 
ptr
- Published in Dakwah Kreatif
Bengkel Grafik di Lembah Kelang Ogos 2019
USTAZ BILA NAK BUAT BENGKEL DI LEMBAH KLANG PLAK? DAH LAMA TAK NAMPAK TURUN KL BUAT BENGKEL GRAFIK.
.
Okeylah memandangkan ramai juga yang bertanya kami untuk adakan bengkel grafik di area Lembah Klang…

kami cube..kami cube penuhi hajat sahabat-sahabat disana..😉
So, apa kata kita buat survey sikit siapa yang berminat untuk belajar grafik Asas Adobe Photoshop dan Asas Adobe Illustrator pada 31 Ogos & 1 September 2019
komen sikit kat bawah “saya nak!”😃
Cukup 10 orang yang betul-betuk serius nak join, kami sanggup turun ke sana walaupon jauh 😊
Kita sambut kemerdekaan dengan join kelas Bengkel Grafik jom…!
#BengkelGrafikTarbiyyahKreatif
#BengkelAdobePhotoshop
#BengkelGrafikLembahKlang
- Published in Berita & Aktiviti
Nak Buat Efek POWER Macam ni?
Nak Belajar Buat “POWER” Macam Ni?
Jika anda hadir ke Bengkel Advanced Illustrator dan Bengkel Advanced Photoshop pada bulan ini di Tarbiyyah Kreatif Training Centre Kuala Terengganu, anda akan dapat buat efek pada teks seperti ini dan pelbagai teknik yang akan memantapkan hasil kerja grafik anda sama ada pengiklanan digital atau percetakan.

+ Features Adobe Ai dan Ps yang Terkini
+ Tools yang Ramai Tak Tahu Guna
+ Trend Grafik Semasa
+ Advanced Templates
+ Sijil
+ Nota Modul
+ Manipulasi Foto (Photoshop)
+ Macam-macam lagi…
*****************************************
Hubungi kami di talian www.wasap.my/60105758397/advancedAiPs. Terhad 20 orang sahaja satu sesi bengkel!

KALAU NAK DAFTAR UNTUK DUA BENGKEL TERUS BOLEH KE USTAZ?
.
Ramai pulak yang tanye untuk daftar dua bengkel terus, maklumlah kan alang-alang menyeluk pekasam biar sampai hadam semua bab design Ai dan Ps ni kan.
.
DAH TU, KALAU DAFTAR DUA BENGKEL SKALI NI TAK KAN TAK ADA DISKAUN USTAZ?
Eh, Eh mestilah ada.. Kami nak bagi harga Istimewa buat mereka yang setia dan sentiasa menyokong kami 😊..
#PROMOSI EARLY BIRD😱😱😱😱
.
Promosi Early Bird Daftar Untuk 2 Bengkel skaligus Potongan sehingga 15%
Potongan hingga15% Harga pasti lebih Jimat!😱
Promosi ini hanya terhad Untuk 20 Penyertaan pertama yang berdaftar sahaja!
Apa tunggu lagi, bukan senang nak dapat harga promosi early bird ni, jarang-jarang berlaku 😁..kelas advanced pulak tu bukan “beshe beshe” 😬Jom daftar cepat-cepat!
- Published in Adobe
Asas Adobe Photoshop & Illustrator Julai 2019 di Kuala Terengganu


Atas permintaan ramai, kami repeat balik bengkel asas untuk 2 software yang paling ramai nak belajar… Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator di Tarbiyyah Kreatif Training Centre, Kuala Terengganu.
Berminat? Terus wasap sebelum seat habis!
- Published in Berita & Aktiviti
Bengkel Asas Illustrator Istimewa Ramadhan
25 Mei 2019
9.00 pagi – 4.00 petang
Tarbiyyah Kreatif Training Centre, Kuala Terengganu
“Nak design flyers, buku, box dan macam-macam… Tapi kedai printing minta file Ai… Tak reti la…”
ISTIMEWA RAMADHAN: FREE PREMIUM DESIGN
Kad raya, Sampul Duit Raya dll
—————————-
KANDUNGAN BENGKEL
—————————-
– Pengenalan Adobe Illustrator
– Fahami grafik/lukisan vektor
– Kenali Artboard / Multiple Artboard
– Melukis dengan Shape Tools / Pathfinder / Pencil,
Paintbrush dll.
– Asas mewarna dengan Gradient Tool & Panel
– Live Paint Bucket Tool
– Live Trace
– Type Tool – Teks dan Perenggan
– Rekabentuk Layout Grafik
– Typography
– TIPS & TRICKS
– TREND 2019
NOTA & TEMPLATES disediakan!
TERBUKA kepada pelajar sekolah, kolej dan IPT, peniaga online, peminat seni reka grafik, pekerja bidang reka grafik, pengguna Illustrator dan sesiapa saja yang berminat.
—————-
TRAINER:
—————-
Tarbiyyah Kreatif Consultancy. Kami telah berpengalaman mengadakan kursus grafik di IPTA/S, institusi kerajaan dan swasta di seluruh negara!
Dibimbing oleh Tuan Izzuddin Ismail, berpengalaman sebagai graphic designer dan trainer sejak 2010.
Pernah menjadi Tutor Industri di UiTM Jasin, Melaka dan UniKL BMI danPensyarah Pelawat di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.
——————-
PENDAFTARAN:
——————-
Yuran: RM300.00 ?
BUKAN! Hanya RM 100.00 seorang.
Promosi lagi RM270 untuk 3 orang.
Tempat terhad 30 orang sahaja! Ayuh!
———————–
PENDAFTARAN:
———————–
Hanya lengkapkan borang pendaftaran di https://forms.gle/VBUbVzgnzAKnH2Yv8
Untuk pertanyaan lanjut dan pendaftaran, SMS atau WhatsApp “ILLUS” ke:
www.wasap.my/60175658397
www.wasap.my/60105758397
Pembayaran hendahkan dibuat sebelum program bagi pengesahkan penyertaan anda.
——————————-
KAEDAH PEMBAYARAN:
——————————-
Pembayaran boleh dibuat menerusi akaun
Maybank Islamic: 5628 3463 2332
TARBIYYAH KREATIF CONSULTANCY
Hantarkan imej resit transaksi / slip pembayaran melalui WhatsApp:
www.wasap.my/60175658397
www.wasap.my/60105758397
atau email kepada izzuddin[at]tarbiyyahkreatif[dot]com beserta nama dan no telefon anda.
Sudi-sudikan SHARE dan SEBARKAN kepada rakan-rakan anda.
———————————
MAKLUMAN UNTUK PESERTA
———————————
Sila bawa laptop sendiri (kursus JIMAT ini jauh lebih MURAH berbanding pakej-pakej di luar) dan install Adobe Illustrator sebelum hadir ke bengkel (Recommended: CS6 to CC 2019).
– Nota hardcopy disediakan.
– Softcopy templates juga akan dibekalkan semasa program.
– Sijil disediakan.
———————————
Layari www.tarbiyyahkreatif.com untuk maklumat lanjut mengenai kami.

- Published in Berita & Aktiviti






















