Teknik Menggunakan AI untuk Meningkatkan Kualiti Gambar Lama
Seiring dengan kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI), pemulihan dan peningkatan kualiti gambar lama kini menjadi lebih mudah dan efisien. AI mampu mengembalikan kejelasan gambar lama, membaiki kecacatan, serta menambah warna pada foto hitam putih. Berikut adalah beberapa teknik yang boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti gambar lama dengan bantuan AI:
1. Meningkatkan Resolusi Gambar (Image Upscaling)
AI boleh meningkatkan resolusi gambar lama tanpa kehilangan butiran penting. Teknik ini menggunakan machine learning models untuk menambah piksel secara pintar dan memperbaiki kejelasan gambar.
- Contoh AI: Topaz Gigapixel AI – Alat ini menggunakan pembelajaran mendalam (deep learning) untuk meningkatkan saiz gambar sehingga 600% tanpa kehilangan kejelasan.
(Topaz Labs, 2024)
2. Membuang Kecacatan dan Kesan Bunyi (Noise Reduction & Artifact Removal)
Gambar lama sering mengalami kecacatan seperti bintik-bintik, goresan, dan noise akibat usia atau proses digitalisasi yang kurang baik. AI dapat mengenal pasti dan membaiki kecacatan ini secara automatik.
- Contoh AI: Remini – Aplikasi ini menggunakan teknologi AI untuk menghilangkan noise, membaiki goresan, dan memulihkan wajah dalam foto lama.
(Remini, 2023)
3. Pewarnaan Gambar Hitam Putih (Colorization)
Teknologi AI mampu menambah warna ke dalam foto hitam putih dengan hasil yang realistik. AI menganalisis unsur dalam gambar dan meramalkan warna yang paling sesuai berdasarkan data imej berwarna yang serupa.
- Contoh AI: DeOldify – Model AI berasaskan pembelajaran mendalam yang digunakan untuk pewarnaan gambar hitam putih dengan ketepatan tinggi.
(Antic & Fast.AI, 2024)
4. Pemulihan Wajah dalam Gambar Kabur (Face Restoration)
AI boleh mengembalikan kejelasan wajah dalam gambar yang kabur atau rosak dengan mengenal pasti struktur wajah dan mengisi butiran yang hilang secara pintar.
- Contoh AI: GFPGAN (Generative Facial Prior GAN) – Model AI yang mampu membaiki wajah dalam foto lama dengan memelihara ekspresi dan keunikan wajah.
(Tencent ARC, 2023)

5. Penghapusan Latar Belakang dan Pemisahan Subjek
Dalam beberapa kes, latar belakang gambar lama boleh mengganggu fokus utama. AI boleh membantu menghapuskan latar belakang atau menggantikannya dengan yang lebih sesuai.
- Contoh AI: Remove.bg – Alat AI yang digunakan untuk menghapuskan latar belakang secara automatik dalam gambar.
(Kaleido AI, 2024)
Kesimpulan
Dengan bantuan AI, proses pemulihan dan peningkatan gambar lama menjadi lebih mudah dan berkualiti tinggi. Teknologi ini bukan sahaja membantu menghidupkan semula kenangan lama, tetapi juga memberi nilai sejarah yang lebih jelas dan bermakna kepada foto-foto bersejarah.
Rujukan
- Antic, J., & Fast.AI. (2024). DeOldify: AI-Powered Image Colorization. Retrieved from https://github.com/jantic/DeOldify
- Kaleido AI. (2024). Remove.bg – Automatic Background Removal. Retrieved from https://www.remove.bg
- Remini. (2023). Remini AI Photo Enhancer. Retrieved from https://www.remini.ai
- Tencent ARC. (2023). GFPGAN: Generative Facial Prior for Real-World Face Restoration. Retrieved from https://github.com/TencentARC/GFPGAN
- Topaz Labs. (2024). Gigapixel AI: Enhance Image Resolution with AI. Retrieved from https://www.topazlabs.com/gigapixel-ai
- Published in AI Kreatif
Bengkel PowerPoint Gaya Korporat, 31 Okt di Kuala Terengganu
Bosan template PowerPoint yang lama? Warna tak menarik? Design tak menawan? Infografik kurang mengancam? Gambar tak WOW?Nak nampak lebih profesional?MEH! Atas permintaan sahabat-sahabat, kami bawakan kembali Bengkel PowerPoint Gaya Korporat pada 31 Oktober ini di Tarbiah Kreatif – Grafik & Multimedia Kuala Terengganu.

Anda boleh mengubah persepsi atau pandang pertama orang yang sangat BERHARGA kepada syarikat anda melalui persembahan slide korporat yang POWER!
APA YANG ANDA AKAN PEROLEHI DARIPADA BENGKEL NI?
Anda akan dibimbing bagaimana untuk menghasilkan dan menyusun infografik syarikat anda dalam slide yang sepatutnya.Anda juga akan dibekalkan contoh yang lengkap. Tinggal lagi tukar gambar dan perkataan je. Bukan hanya edit. Kami bimbing sekali macam mana nak bina dan guna template.
Anda akan dapat menghasilkan slaid, iklan infografik, video infografik korporat, siap animasi, PDF softcopy profil syarikat ready to print yang LEBIH POWER dan BERTARAF DESIGNER PROFESIONAL! InsyaAllah.
PALING BEST! Ada tips & trik macam mana nak buat animasi yang bagus, font yang sedap pandang, warna yang WOW, gambar yang best, video yang cun! Program PADAT 1 hari siap latihan yang dibimbing dan akan disiapkan dalam bengkel.
TERHAD 15 orang sahaja di musim PKP ini. Sila patuhi SOP.
Maklumat lanjut di:https://www.facebook.com/events/3432680283511943/
Daftar segera di:https://tiny.cc/pptkorporat
KLIK TERUS ye!https://tiny.cc/pptkorporat
- Published in Berita & Aktiviti
14 Konsep Design dan Trend Grafik
Bermula 2013, dengan kepesatan kemajuan teknologi gajet dan internet, trend design telah berubah dari zaman realism (penuh efek – 3D, flares, detail texture dll) di era millennium ke flat design (solid flat color tanpa sebarang efek).
Faktor trend ini adalah bagi memudahkan perkongsian dan akses maklumat ke pelbagai peranti dan di seluruh pelusuk dunia, walaupun dengan kelajuan internet “super siput”.
Kemudian, beralih ke trend semi flat (konsep flat dicampur warna gradient atau sedikit efek seperti shadow dan flat 3D dengan warna solid) sekitar 2016 hingga kini.
Pelbagai konsep diadun bersama konsep flat dan semi-flat design. Antara yang menjadi trend kemudian ialah flat doodle, typography, origami dll.
Sekitar 2017, sebahagian web menukar konsep kepada hand drawing dan duotones dan kini bright color gradients.
Walau bagaimanapun, semua konsep ini masih relevan dan ada peminatnya yang tersendiri.
Di antara penganalisis dan “trend setter” utama dalam dunia reka grafik ialah web Shutterstock.com. Anda boleh ikuti web ini untuk perkembangan design semasa.
Berdasarkan pengalaman kami yang mengikuti analisis trend sejak 2012, kebiasaanya, trend akan meledak di US dan Eropah kemudian merebak ke Malaysia selepas 2-3 tahun berikutnya.
Ok. Cukup ni dulu secara ringkas. Anda boleh pelbagaikan design poster dengan 14 pilihan konsep design ini.
Selamat mencuba!
- Published in Reka Bentuk
Flat VS Realism Design Trend
Design berkonsep flat telah menguasai trend dunia grafik sejak 2013 hingga sekarang kerana ciri-cirinya:
- Fail yang ringan dan mesra semua gadjet dan dalam semua kelajuan internet.
- Tanpa efek. Tidak memerlukan ‘shadow’, ‘flare’ bagai, tekstur, gradien dan lain-lain kerana ia akan memberatkan fail dan loading. Teknik warna gelap menggantikan ‘shadow’.
- Warna yang menyerlah. Warna flat yang solid tidak terlalu terang, tapi tidak pula kusam. Sesuai dan mudah dipilih.
- Tipografi. Tulisan yang sederhana. Mudah dibaca.

REALISM
Sejak 2013 lagi, kami jarang hasilkan grafik sarat efek 3D dan lain-lain berkonsep realism walaupun mahir kerana ia agak ketinggalan. Zaman realism bermula pada gerbang alaf 21 (tahun 1999 – 2012) di mana orang berlumba-lumba menghasilkan design dengan efek 3D kerana perkembangan animasi 3D ketika itu.
Lihat saja konsep design di web tahun 2000-an… ditambah fungsi hover dan lain-lain.

FLAT MENGUASAI TREND
Setelah ledakan internet 3G dan 4G, dunia inginkan bahan mudah diakses di internet di seluruh pelusuh dunia, hatta di ceruk kampung dan dengan peranti yang berkualiti rendah. Maka, bahan grafik mesti berkonsep minimal untuk mudahkan capaian. Kejar trafik dan viral. Justeru, flat menjadi pilihan berbanding design yang sarat tetapi sukar dicapai atau dikongsi. Baik dalam medium visual design grafik mahupun video grafik. Muncullah trend infografik dan tipografi.
Trend ini sudah sekian lama wujud, namun dipopularkan kembali oleh Microsoft menerusi Windows 8 dan Google menerusi OS Android. Realism pula ibarat Apple dan sememangnya Apple masih berkonsep realism. Masih tetap ada market tapi dilihat eksklusif dan tidak semua orang mampu capai.
ADAPTASI FLAT-REALISM
Namun sejak 2016, trend ini mula beradaptasi dengan tambahan efek daripada teknik realism dan digelar semi-flat design.

Sebab itu kami sentiasa memilih warna design yang solid flat… Kadang-kadang mix juga dengan shadow, flare dan gradient. Konsep semi-flat.
www.tarbiyyahkreatif.com
#tarbiyyahkreatif
- Published in Reka Bentuk
Bengkel Asas Illustrator Istimewa Ramadhan
25 Mei 2019
9.00 pagi – 4.00 petang
Tarbiyyah Kreatif Training Centre, Kuala Terengganu
“Nak design flyers, buku, box dan macam-macam… Tapi kedai printing minta file Ai… Tak reti la…”
ISTIMEWA RAMADHAN: FREE PREMIUM DESIGN
Kad raya, Sampul Duit Raya dll
—————————-
KANDUNGAN BENGKEL
—————————-
– Pengenalan Adobe Illustrator
– Fahami grafik/lukisan vektor
– Kenali Artboard / Multiple Artboard
– Melukis dengan Shape Tools / Pathfinder / Pencil,
Paintbrush dll.
– Asas mewarna dengan Gradient Tool & Panel
– Live Paint Bucket Tool
– Live Trace
– Type Tool – Teks dan Perenggan
– Rekabentuk Layout Grafik
– Typography
– TIPS & TRICKS
– TREND 2019
NOTA & TEMPLATES disediakan!
TERBUKA kepada pelajar sekolah, kolej dan IPT, peniaga online, peminat seni reka grafik, pekerja bidang reka grafik, pengguna Illustrator dan sesiapa saja yang berminat.
—————-
TRAINER:
—————-
Tarbiyyah Kreatif Consultancy. Kami telah berpengalaman mengadakan kursus grafik di IPTA/S, institusi kerajaan dan swasta di seluruh negara!
Dibimbing oleh Tuan Izzuddin Ismail, berpengalaman sebagai graphic designer dan trainer sejak 2010.
Pernah menjadi Tutor Industri di UiTM Jasin, Melaka dan UniKL BMI danPensyarah Pelawat di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.
——————-
PENDAFTARAN:
——————-
Yuran: RM300.00 ?
BUKAN! Hanya RM 100.00 seorang.
Promosi lagi RM270 untuk 3 orang.
Tempat terhad 30 orang sahaja! Ayuh!
———————–
PENDAFTARAN:
———————–
Hanya lengkapkan borang pendaftaran di https://forms.gle/VBUbVzgnzAKnH2Yv8
Untuk pertanyaan lanjut dan pendaftaran, SMS atau WhatsApp “ILLUS” ke:
www.wasap.my/60175658397
www.wasap.my/60105758397
Pembayaran hendahkan dibuat sebelum program bagi pengesahkan penyertaan anda.
——————————-
KAEDAH PEMBAYARAN:
——————————-
Pembayaran boleh dibuat menerusi akaun
Maybank Islamic: 5628 3463 2332
TARBIYYAH KREATIF CONSULTANCY
Hantarkan imej resit transaksi / slip pembayaran melalui WhatsApp:
www.wasap.my/60175658397
www.wasap.my/60105758397
atau email kepada izzuddin[at]tarbiyyahkreatif[dot]com beserta nama dan no telefon anda.
Sudi-sudikan SHARE dan SEBARKAN kepada rakan-rakan anda.
———————————
MAKLUMAN UNTUK PESERTA
———————————
Sila bawa laptop sendiri (kursus JIMAT ini jauh lebih MURAH berbanding pakej-pakej di luar) dan install Adobe Illustrator sebelum hadir ke bengkel (Recommended: CS6 to CC 2019).
– Nota hardcopy disediakan.
– Softcopy templates juga akan dibekalkan semasa program.
– Sijil disediakan.
———————————
Layari www.tarbiyyahkreatif.com untuk maklumat lanjut mengenai kami.

- Published in Berita & Aktiviti
Peraduan Grafik: Nasihat Puasaraya 2019
Sertai peraduan design kata-kata hikmah Nasihat Puasaraya 2019 anjuran TK.SYARAT-SYARAT UMUM PENYERTAAN1. Penyertaan atas nama individu sahaja. Penyertaan karya tidak terhad. Hanya yang terbaik akan dipilih. Boleh mengandungi imej tunggal atau karya pukal atau dalam satu album sehingga 10 imej dengan tema yang sama.2. Terbuka kepada seluruh rakyat berwarganegara Malaysia termasuk non-Muslim.3. Sekiranya mengandungi gambar, hendaklah mendapat kebenaran komersil atau memiliki hakcipta karya.4. Mengandungi sekurang-kurangnya SATU potongan atau sebutan ayat Al-Quran atau Hadis (terjemahan) atau mutiara kata yang baik atau infografik dakwah berkaitan Ramadhan, al-Quran dan Aidilfitri.5. Meletakkan logo penganjur dalam karya sebagai tanda karya ini adalah khas untuk peraduan ini.6. Dimuatnaik ke halaman Facebook dengan hashtag: #puasaraya dan #tarbiyyahkreatif7. Karya anda hendaklah dihantar menerusi emel dalam bentuk softcopy raw
(Ai/Ps/Cdr dll) ke admin@tarbiyyahkreatif.com selewat-lewatnya pada 31 Mei 2019 jam 5.00 petang. Penyertaan selepas tempoh tersebut tidak akan dilayan.SYARAT KHAS PERADUAN1. Karya dibina di atas saiz sekurang-kurangnya 1080 x 1080 pixel (segi empat sama).2. Format warna RGB.HADIAH PERADUAN5X Hadiah Utama : Baucar bernilai RM150
5X Hadiah Saguhati : Bernilai RM50Karya akan diadili 60% berdasarkan hantaran (post) di Facebook dengan jumlah LIKE, SHARE dan COMMENTS terbanyak dan 40% daripada penilaian panel juri TK.Keputusan pemenang pertandingan daripada Tarbiyyah Kreatif adalah muktamad.Keputusan akan diumumkan pada 2 Jun 2019 secara LIVE VIDEO di laman Facebook Tarbiyyah Kreatif.TAJAANKami juga turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menaja hadiah bagi para pemenang. Hubungi kami di talian tarbiyyah.wasap.my
- Published in Berita & Aktiviti
PROMOSI DESIGN LOGO

PROMOSI DESIGN LOGO
Pakej Retrace: RM100
*Edit daripada logo sedia ada
– 3-5 hari berkerja
– 2 kali semakan (pembetulan)
Pakej Ekonomi: RM200
*Berikan idea ringkas (warna, bentuk, konsep & slogan)
2 sampel (pilih 1)
3-5 hari berkerja
2 kali semakan (pembetulan)
Format logo: Ai, JPEG & PNG
Pakej Niaga: RM250
*Berikan idea ringkas (warna, bentuk, konsep & slogan)
2 sampel (pilih 1)
3-5 hari berkerja
2 kali semakan (pembetulan)
Format logo: Ai, JPEG & PNG
+ Business Card Design
+ Letterhead Design
BERMINAT?
Wasap: www.wasap.my/60175658397
TERMA & SYARAT
1. Pelanggan diminta mengisi borang di atas tengan lengkap.
2. Bayaran penuh hendaklah dibuat SEBELUM tempahan anda diproses.
3. Khidmat kami adalah profesional. Sebarang perubahan setelah design dipersetujui oleh pihak pelanggan akan dikenakan cas tambahan sebanyak RM30.00 bagi setiap kali proses penyuntingan dan semakan semula (tidak termasuk kos bahan cetak).
4. Resit pembelian dan artwork akan dihantar kepada pelanggan menerusi emel.
KAEDAH PEMBAYARAN
Sila buat pembayaran ke akaun:
TARBIYYAH KREATIF CONSULTANCY
Maybank 5628 3463 2332
Hantarkan imej resit transaksi / slip pembayaran melalui WhatsApp 017-5658397 atau email kepada izzuddin@tarbiyyahkreatif.com beserta nama penuh anda. Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor yang tertera di atas.
- Published in Sumber & Promosi
6 Slide Presentation Yang Teruk & MESTI Elak!

1. Maklumat terlalu padat.
Macam karangan. Dengan saiz font yang kecil dan background yang mencacatkan pemandangan.

2. Gambar tahap terlalu basic.
Tak berkualiti. Pakai yang ClipArt je.

3. Skema pemilihan dan gabungan warna yang teruk!
Pakai warna fluoresce. Atau terlalu dull. Atau tenggelam warna teks sebab warna tak kontra.

4. Tulisan yang membosankan.
Slide yang stereotype. Copy paste dari kertas keje je ke? Tak ada ikon atau gambar ke apa ke. Pakai template gitu je… Tulisan plak jenis sakit mata. Times New Roman!

5. Tulisan Fancy.
Ni nak present kat budak sekolah ke apa? Main taruk macam-macam tulisan. Nak baca pun susah. Nampak tak pro. Tak serius!

6. Susunan yang gagal.
Gambar dan teks letak kat bawah. Nak baca tak nampak. Kena tunduk sikit nak baca. Yang present pun susah nak tunjuk. Diagram pula tak tersusun. Messy sangat!
- Published in Reka Bentuk
Bengkel Grafik Asas Adobe Photoshop di Kuala Terengganu
Bengkel Asas Photoshop berlangsung di Gong Badak Kuala Terengganu hari ini.
Sewaktu sesi Taaruf suai kenal bersama peserta-peserta awal pagi tadi,sangat happening? apabila masing-masing begitu semangat untuk belajar design sebab nak buat iklan,timeline fb,gambar fb ads dan macam-macam lagi untuk memajukan bisnes mereka..masyaAllah tabik spring kami??
jangan tak percaya,ada yang sampai sanggup beli laptop baru semata untuk belajar design hari ini,gigih kakak ini..semoga Allah memajukan bisnes dengan niat akak yang bersungguh2 untuk belajar.
Belajar buat design sendiri ini lebih rasa puas dihati sebenarnya daripada kita upah orang..
Nak warna apa..nak letak gambar apa..nak tulis apa..semuanya kita boleh buat dengan kreativiti dan keinginan kita sendiri..barulah best kan.
Terima kasih di atas kesungguhan, kegigihan, respon dan komitmen semua sepanjang bengkel tadi. Korang memang awesome!

- Published in Berita & Aktiviti
























